Saturday, 23 April 2011

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN "KEMBARA UKHUWAH"





LAPORAN MAJLIS PELANCARAN “KEMBARA UKHUWAH” 2011

RNSK, 15 April 2011: Exco Perumahan bersama Exco Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama unit Hal Ehwal Wanita Islam, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir telah berjaya melaksanakan satu Majlis Pelancaran “Kembara Ukhuwah” Jumaat lalu.Bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi, majlis ini telah dirasmikan oleh ayahanda, Tuan Hj. Mohd Zin Bin Abu, Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir.Turut hadir sama ialah bonda Puan Hjh. Habsah Binti Omar merangkap Pembantu Tadbir Pejabat Rumah Negeri Sembilan Kaherah, juga pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Shah Bin Rafiee.

Dengan tema “Ukhuwah Disemai Matlamat Dicapai” Kembara Ukhuwah atau sinonimnya lebih dikenali sebagai Kem.U adalah suatu pendekatan baru yang diharapkan dapat membina dan merapatkan ukhuwah di kalangan akhawat di Rumah Negeri Sembilan di samping beberapa pendekatan lain yang melibatkan kerohanian dan thaqafah.

OBJEKTIF

Kembara Ukhuwah ini adalah merupakan kesinambungan daripada beberapa objektif.Antara objektif Kem.U ialah:

1. Mengeratkan ukhuwah sesama ahli rumah.
2. Mewujudkan biah solehah.
3. Mengekalkankebersihan dan keceriaan rumah.
4. Memantapkan thaqafah di kalangan ahli.  













        
Melihatkan kepada objektif Kem.U ini, adalah diharapkan agar dapat membantu memupuk rasa cinta dan sayang antara akhawat Rumah Negeri Sembilan, khususnya di samping beberapa pengisian dan aktiviti yang mendidik jiwa,menjana minda serta menjaga keceriaan dan kebersihan rumah masing-masing.

HARAPAN
Menjadi harapan agar semua akhawat khususnya yang berada di Rumah Negeri Sembilan dan semua amnya dapat sama-sama menjaga ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita, saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, juga mengambil berat hal-hal sekeliling.Tidak dilupakan juga perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan menjadi pegangan kita disepanjang kehidupan.Kerana seperti peribahasa Melayu,Bersatu kita teguh, bercerai kahwin lagi  kita roboh.

Mudah-mudahan apa yang cuba kita sama-sama laksanakan ini diterima sebagai satu ibadah oleh Allah S.W.T. Moga Allah merahmati dan meredhai kita semua.Amin

Tayangan slide show

Nyanyian lagu tema


Bacaan doa Rabithah


Kalam Tanbih:
Dalam hadith Qudsi,Allah S.W.T berfirman:
“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi org2
yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi org2 yang saling
mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi org2 yang saling memberi kerana Aku"