Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Saturday, 30 July 2011

Doa paling utama di bulan Ramadhan


Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Surah Al-Baqarah:183



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.



Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w.  iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.Amin..

Let's try it..

AYAM DAUN PANDAN


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
2 sudu besar sos tiram
2 sm halia muda ] dikisar
2 ulas bawang putih]
Madu secukupnya
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Beberapa helai daun pandan
Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan yang lain hingga rata. Perapkan selama 30 minit. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam ini hingga garing. Ketika masih panas, bungkuskan ayam ini dengan daun pandan.

Friday, 22 July 2011

..SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA..


FORMULA DARI ALLAH

Nora Elena : Saya rasa, hati saya bermasalah la. Saya rasa tak suka sangat dekat seorang ni dan saya tak boleh nak maafkan kesalahan-kesalahan dia. Walaupun kadang-kadang dia tak buat jahat pada saya, tapi bila dia buat jahat pada rakan-rakan saya, saya rasa sakit hati sangat dengan dia, macam mana ek?
Asyikin : Tak boleh macam tu. Setiap orang buat salah, awak fikirlah kesalahan awak  dekat orang lain pun banyakkan sebelum ni. Mungkin dengan cara kita memaafkan orang lain, orang-orang lain yang pernah kita aniayai akan turut terbuka hati untuk memaafkan kita kan.
Nora : Tapi saya memang tak boleh la. Kalau orang buat jahat kat saya sekali, saya akan buat jahat pada dia tiga kali.
Asyikin : Kalau macam tu, awak hutang dia lebih la. Dia kene minta maaf dekat awak sekali je, tapi awak kene minta maaf pada dia 3 kali.
Nora : Arh..sape suruh dia jahat sangat dan pentingkan diri…orang lain pun ada perasaan jugak…dia la yang kene minta maaf.
Asyikin : Tak pe la…anggaplah sebagai kifarah kejahatan kita pada orang lain sebelum ni…awak buat baiklah pada dia, bagi hadiah ke, mungkin hati kita akan lebih terbuka untuk maafkan dia.
Nora :Takde maknanya…nak maafkan pun susah…ni nak bagi hadiah….mustahil
Asyikin : dengar ni…
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.(surah Fussilat : 34)

Nora : Ala…kalau kita buat baik je pada dia, mana dia nak sedar kesalahan dia. Boleh tak, saya tak nak buat apa-apa dan hanya bersabar je dalam beberapa waktu lagi?
Asyikin : Terpulang…tapi formula ni bukan saya yang cipta…formula ni Allah yang bagi sebagai panduan hidup kita, untuk kita gunakan dalam berhadapan dengan hablumminannas.
Nora : hmmm…

Formula dari Allah
Kadang-kadang apabila berhadapan dengan masalah, kita kurang merujuk Al-Quran. Kalau rujuk pun, kita seakan kurang yakin dengan solusi yang diberikan. Sedarkah kita bahawa segala yang tercatat di dalamnya adalah kalam Allah untuk kita? Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang kita, selain Yang Menciptakan kita semua?

HABLUMMINANNAS
Hidup ini tidak lari daripada ujian. Lebih-lebih lagi apabila kita memilih untuk hidup bermasyarakat, tidak menjadi kera sumbang seorang diri, kita pasti akan berhadapan dengan ujian dalam perhubungan sesama manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan antara kita semua. Namun dalam menangani masalah ini sebaik-baik perkara yang boleh kita lakukan adalah…

1.Berbaik sangka
Berbaik sangkalah kepada sesiapa sahaja yang telah secara sengaja atau tidak mengguris hati dan perasaan kita. Tak semua orang punya sensitiviti yang sama. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza membuatkan tak semua yang kita rasa tidak elok dilakukan, tidak elok juga bagi orang lain. Contohnya, bagi Aminah, bercakap dengan bahasa kiasan itu, lebih mudah diterima hati sedangkan Siti berpendapat, dengan berterus terang barulah orang tidak tersalah tafsir maksud yang hendak disampaikan. 2 cara yang berbeza, dan 2 penerimaan yang berbeza daripada setiap orang. Jadi, untuk mengelakkan sebarang persengketaan dan salah faham, lebih baik kita bersangka baik kepada orang lain yang mungkin punya citarasa tersendiri.

2.Berbuat baik
Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW,

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (riwayat Ibnu Abi Dunya)

Maka dengan itu berbuat baiklah kepada semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang pernah berbuat salah kepada kita. Kerana sesungguhnya itu lebih baik untuk diri kita.

3.Belajar memaafkan orang lain
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)
“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)

Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada setiap malam.
Diakui, tak mudah sebenarnya untuk kita mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)

Segala usaha anda menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kita membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW?
Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita akan bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia pada masa akan datang. Belajarlah menerima kekurangan orang lain.
Juga belajarlah untuk menjadi peribadi yang menyenangkan orang lain. Berbuat baiklah, bersangka baiklah pada saudara-saudara kita, walau seburuk manapun perangai mereka di pandangan kita. InsyaAllah, dengan kebaikan yang kita hulurkan, ramai yang akan terkesan dan berlembut hati dengan kita.
Tidak rugi mengalah dan memaafkan orang lain. Niatkan kita berukhuwwah keranaNya. Kita memaafkan juga keranaNya. Semoga ujian hablumminannas ini dapat kita hadapi dengan rasional. Semoga dengan kesabaran kita, Allah tingkatkan keimanan kita kepadaNya, insyaAllah.

credit to : Azzariyat.com