Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Wednesday, 25 January 2012

Kenapa perlu istighfar????

"Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Muhammad sendiri selalu beristighfar.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Tirmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.

Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". seperti dalam keadaan terkejut.
Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!.

Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran. 

"agar tenang", "agar dosa diampunkan", "agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya...

Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran. 

Istigfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t dalam surah an-nisa, ayat 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t

Dari surah Al-Anfar, ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun"

dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka. 

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, istri-istri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

(hari. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernamaHasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan. 

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”
Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)”.
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.


Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa

Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat" 

kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.
Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?. 

Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal" 

Maka kata Imam Ahmad : Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."

(sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8) 

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya. 

dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (hari.Muslim) 

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah. 

Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui.

Beramallah kita seperti seorang muslim

sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah. Aku seorang muslim!" tanpa ragu.

ALLAHUAKBAR!!!

syarat-syarat penampilan wanita di khalayak




Prasyarat Seseorang Wanita Tampilkan Diri Di Khalayak Ramai
(politik, pertandingan,events dan sebagainya)

* Bagi seseorang wanita yang mahu jadi atau dijadikan pemimpin, ketua, ustazah, tokoh, inspirasi bagi masyarakat atau kaum Hawa yang lain, haruslah dia:-

- Syarat asasnya cukup; yakni Islam, baligh, merdeka, ok pancaindera anggota badan dan waras pemikiran.
- Dari sudut karekter pula; mempunyai sifat al-'adaalah yakni, wanita yang bertaqwa pada Allah, adil, amanah, menunaikan hak, menghargai jasa orang lain ( org bawahan dan org lain yang berkaitan ) dan berani.

Etika yang harus dipatuhi seseorang wanita:


1. Tahu batas antara lelaki dan perempuan. 


Semestinya dalam banyak events, tidak dapat tidak akan berurusan jua dengan golongan lelaki. Jadi apa batas yang perlu diletakkan di sini? Letakkan keseriusan. Ya, serius. Bila anda serius, tidak akan wujud senda gurau, gelak sorak sorai dengan kaum lelaki. Kaum lelaki juga akan lebih menghormati anda jika anda serius sekaligus menutup pintu kemungkaran. Namun, dalam keseriusan perlulah mengucapkan kata-kata yang baik. Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:"..dan ucapkanlah olehmu ( kaum wanita ) perkataan yang baik."


2. Menundukkan pandangan.


Firman Allah dalam Surah al-Nuur (24):30 dan 31 yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Syeikh Rashid Rida ada mengatakan pandangan seseorang lelaki kepada wanita ajnabi dan sebaliknya pandangan seorang wanita kepada lelaki ajnabi pada tempat yang bukan aurat adalah HARUS. Tetapi pandangan yang disertai dengan syahwat adalah haram mengulanginya. 

Jadi, wanita boleh melihat lelaki dalam berurusan. Cuma diberikan syarat dengan sekadarnya sahaja. Sebaiknya tundukkan pandangan.


3. Menghindari berjabat tangan dengan lelaki ajnabi


Tidak boleh bagi wanita itu berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya walau dalam apa keadaan sekali pun. Bimbang dunia sekarang ini adanya sentuhan syahwat apabila berjabat tangan dengan berlainan jantina.

Walaupun wujud hadith-hadith yang mengharuskan menyentuh ketika ada hajat dan aman dari fitnah, namun didahulukan hadith-hadith yang menunjukkan kepada pengharaman menyentuh dengan syahwat, serta hadith-hadith yang menunjukkan Nabi SAW menghindari berjabat tangan ketika melakukan bai'ah dengan kaum wanita. Pendek kata, perbuatan berjabat tangan dengan bukan mahram ini adalah tidak disenangi oleh Rasulullah. Jadi, jangan lakukan.

Berjabat tangan pun tak boleh, apatah lagi nak sentuh part yang lain atau menari-nari, berduet joget dengan lelaki bukan mahram. Astaghfirullah!

4. Memisahkan lelaki dari wanita. Elak dari bercampur lelaki perempuan!


Dalam sesuatu events yang melibatkan wanita, seharusnya dielakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan. Jika perlu, diadakan pemisah ruang di antara tempat lelaki dan perempuan, atau dikhususkan terus tidak boleh audience lelaki hadir di events tersebut. 


Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Bagaimanakah jika kita biarkan pintu ini untuk kaum wanita?" - menunjukkan pengkhususan untuk wanita sahaja tanpa laluan itu dilalui oleh lelaki.

Imam al-Sarakhsi berkata:
"Begitu juga wanita tidak perlu mencium Hajar al-Aswad seandainya tempat itu terlalu ramai, sebab wanita dilarang menyentuh lelaki dan bersesak-sesakan dengannya kecuali apabila tempat itu sepi dari kaum lelaki."

Bagaimana dengan konsert pula? Konsert bercampur lelaki dan wanita adalah haram sama-sekali. Kecuali ada diwujudkan pemisahan dan konsert itu bukannya konsert maksiat dan mungkar.



5. Menghindari khulwah (bersunyi-sunyian), pertemuan kerap dan lama, situasi yang menimbulkan curiga dan syak wasangka.

Bab ini rasanya tidak perlu dibincangkan panjang. Namun, disimpulkan tidak boleh berdua-duaan samada dengan guru(lelaki)nya sebagai contoh  dalam sesuatu tempat yang tertutup. ( Sila tanya jika hendak huraian panjang ). 

Contoh jelas kemungkaran yang berlaku kini: Akademi Fantasia dan lain2 rancangan realiti tv, yang bercampur gaul lelaki perempuan, wujud khulwah dan sebagainya. Rancangan2 seumpama ini hukumnya haram kesemuanya. Apatah lagi menjadi pengikut fanatik kepada artis-artis mungkar ni. Wal'iyazubillah.


6. Menjauhi dosa zahir dan batin. Selalu memohon perlindungan dari Allah dari manusia, jin dan syaitan.


*********


Seterusnya masuk perbincangan prasyarat yang lebih penting iaitu etika keperibadian wanita Muslimah yang sepatutnya.


1. Berpakaian sopan dan menutup aurat


Untuk lebih lanjut rujuk Surah al-Nuur (24):31 dan Surah al-Ahzab (33):59.

Dari kedua-dua surah tersebut, wujudnya perintah wajib tutup aurat, menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan.


2. Keizinan suami atau wali


Nak masuk mana-mana contest, events, pilihanraya atau apa-apa sahaja yang perlu berdiri di khalayak ramai wajib mendapat keizinan suami atau wali/keluarga. Namun, hendaklah diketahui suami yang dayus apabila membenarkan isterinya menyertai rancangan2 realiti yang menjurus kepada kemungkaran dan mempamerkan apa yang sepatutnya milik suami sahaja. Begitu juga wali keluarga adalah menjadi saksi dihumban ke neraka kelak kerana mengingkari ayat "Qu anfusakum wa ahlikum naara". Tak perlulah duk bangga nangis2 anak masuk contest nyanyian dalam TV, gadis melayu ke ape ke....awas! neraka di hadapan!


Rasulullah SAW bersabda:

"Hak suami atas isterinya ialah janganlah dia (isteri) keluar dari rumahnya melainkan dengan keizinan suaminya. Sekiranya dia keluar tanpa izin, maka malaikat di langit, malaikat rahmat, dan malaikat azab melaknatinya sehingga ia pulang ke rumah."

3. Bahaya Tabarruj


Tabarruj ialah wanita menzahirkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi. Abu Ishak berpendapat bahawa al-tabarruj ialah menzahirkan perhiasan dan menzahirkan sesuatu yang boleh mendorong syahwat lelaki seperti menghentakkan kaki dan memakai perfume secara berlebihan. Kesimpulannya, al-tabarruj difahami sebagai tindakan wanita mempamerkan sebahagian anggota badan atau perhiasan barang kemas atau kecantikan dirinya dengan apa cara sekalipun seperti bersolek berlebihan dan cara berpakaian atau cara lenggok berjalan. Kesemua ini dilarang melainkan terhadap suami.


4. Serius (jiddiyyah) dalam berbicara.


Serius dalam berbicara dan berkata-kata dapat mengelakkan gangguan lelaki yang ada penyakit hati dalam jiwa mereka. Kita lihat firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33):32 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."


Tafsir ni khusus untuk isteri-isteri Baginda sahaja, namun hukumnya adalah umum untuk semua wanita. 


*****


Kesimpulannya, sebaiknya kamu (wanita) lebih cintakan taqwa dari perhatian manusia di dunia. Tampil di khalayak ramai adalah diharuskan oleh agama, namun bersyarat. Patuhilah syarat-syarat yang ada ni. Dan mungkin ada banyak lagi syarat yang lain yang lebih syadid. Tambah-tambah lagi jika niat tampil di khalayak ramai untuk menunjuk-nunjuk dan test kesolehan masing-masing, dengan rasa riak dan bangga diri semata-mata.


Takutlah pada Allah.


- Nota ini adalah kupasan dari penulisan Zulqarnain Hassan dan Mohamad Zaidi Abdul Rahman.

wallahua`lam