Prasyarat Seseorang Wanita Tampilkan Diri Di Khalayak Ramai
(politik, pertandingan,events dan sebagainya)
(politik, pertandingan,events dan sebagainya)
* Bagi seseorang wanita yang mahu jadi atau dijadikan pemimpin, ketua, ustazah, tokoh, inspirasi bagi masyarakat atau kaum Hawa yang lain, haruslah dia:-
- Syarat asasnya cukup; yakni Islam, baligh, merdeka, ok pancaindera anggota badan dan waras pemikiran.
- Dari sudut karekter pula; mempunyai sifat al-'adaalah yakni, wanita yang bertaqwa pada Allah, adil, amanah, menunaikan hak, menghargai jasa orang lain ( org bawahan dan org lain yang berkaitan ) dan berani.
Etika yang harus dipatuhi seseorang wanita:
1. Tahu batas antara lelaki dan perempuan.
Semestinya dalam banyak events, tidak dapat tidak akan berurusan jua dengan golongan lelaki. Jadi apa batas yang perlu diletakkan di sini? Letakkan keseriusan. Ya, serius. Bila anda serius, tidak akan wujud senda gurau, gelak sorak sorai dengan kaum lelaki. Kaum lelaki juga akan lebih menghormati anda jika anda serius sekaligus menutup pintu kemungkaran. Namun, dalam keseriusan perlulah mengucapkan kata-kata yang baik. Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:"..dan ucapkanlah olehmu ( kaum wanita ) perkataan yang baik."
2. Menundukkan pandangan.
Firman Allah dalam Surah al-Nuur (24):30 dan 31 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Syeikh Rashid Rida ada mengatakan pandangan seseorang lelaki kepada wanita ajnabi dan sebaliknya pandangan seorang wanita kepada lelaki ajnabi pada tempat yang bukan aurat adalah HARUS. Tetapi pandangan yang disertai dengan syahwat adalah haram mengulanginya.
Jadi, wanita boleh melihat lelaki dalam berurusan. Cuma diberikan syarat dengan sekadarnya sahaja. Sebaiknya tundukkan pandangan.
3. Menghindari berjabat tangan dengan lelaki ajnabi
Tidak boleh bagi wanita itu berjabat tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya walau dalam apa keadaan sekali pun. Bimbang dunia sekarang ini adanya sentuhan syahwat apabila berjabat tangan dengan berlainan jantina.
Walaupun wujud hadith-hadith yang mengharuskan menyentuh ketika ada hajat dan aman dari fitnah, namun didahulukan hadith-hadith yang menunjukkan kepada pengharaman menyentuh dengan syahwat, serta hadith-hadith yang menunjukkan Nabi SAW menghindari berjabat tangan ketika melakukan bai'ah dengan kaum wanita. Pendek kata, perbuatan berjabat tangan dengan bukan mahram ini adalah tidak disenangi oleh Rasulullah. Jadi, jangan lakukan.
Berjabat tangan pun tak boleh, apatah lagi nak sentuh part yang lain atau menari-nari, berduet joget dengan lelaki bukan mahram. Astaghfirullah!
4. Memisahkan lelaki dari wanita. Elak dari bercampur lelaki perempuan!
Dalam sesuatu events yang melibatkan wanita, seharusnya dielakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan. Jika perlu, diadakan pemisah ruang di antara tempat lelaki dan perempuan, atau dikhususkan terus tidak boleh audience lelaki hadir di events tersebut.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Bagaimanakah jika kita biarkan pintu ini untuk kaum wanita?" - menunjukkan pengkhususan untuk wanita sahaja tanpa laluan itu dilalui oleh lelaki.
Imam al-Sarakhsi berkata:
"Begitu juga wanita tidak perlu mencium Hajar al-Aswad seandainya tempat itu terlalu ramai, sebab wanita dilarang menyentuh lelaki dan bersesak-sesakan dengannya kecuali apabila tempat itu sepi dari kaum lelaki."
Bagaimana dengan konsert pula? Konsert bercampur lelaki dan wanita adalah haram sama-sekali. Kecuali ada diwujudkan pemisahan dan konsert itu bukannya konsert maksiat dan mungkar.
5. Menghindari khulwah (bersunyi-sunyian), pertemuan kerap dan lama, situasi yang menimbulkan curiga dan syak wasangka.
Bab ini rasanya tidak perlu dibincangkan panjang. Namun, disimpulkan tidak boleh berdua-duaan samada dengan guru(lelaki)nya sebagai contoh dalam sesuatu tempat yang tertutup. ( Sila tanya jika hendak huraian panjang ).
Contoh jelas kemungkaran yang berlaku kini: Akademi Fantasia dan lain2 rancangan realiti tv, yang bercampur gaul lelaki perempuan, wujud khulwah dan sebagainya. Rancangan2 seumpama ini hukumnya haram kesemuanya. Apatah lagi menjadi pengikut fanatik kepada artis-artis mungkar ni. Wal'iyazubillah.
6. Menjauhi dosa zahir dan batin. Selalu memohon perlindungan dari Allah dari manusia, jin dan syaitan.
*********
Seterusnya masuk perbincangan prasyarat yang lebih penting iaitu etika keperibadian wanita Muslimah yang sepatutnya.
1. Berpakaian sopan dan menutup aurat
Untuk lebih lanjut rujuk Surah al-Nuur (24):31 dan Surah al-Ahzab (33):59.
Dari kedua-dua surah tersebut, wujudnya perintah wajib tutup aurat, menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan.
2. Keizinan suami atau wali
Nak masuk mana-mana contest, events, pilihanraya atau apa-apa sahaja yang perlu berdiri di khalayak ramai wajib mendapat keizinan suami atau wali/keluarga. Namun, hendaklah diketahui suami yang dayus apabila membenarkan isterinya menyertai rancangan2 realiti yang menjurus kepada kemungkaran dan mempamerkan apa yang sepatutnya milik suami sahaja. Begitu juga wali keluarga adalah menjadi saksi dihumban ke neraka kelak kerana mengingkari ayat "Qu anfusakum wa ahlikum naara". Tak perlulah duk bangga nangis2 anak masuk contest nyanyian dalam TV, gadis melayu ke ape ke....awas! neraka di hadapan!
Rasulullah SAW bersabda:
"Hak suami atas isterinya ialah janganlah dia (isteri) keluar dari rumahnya melainkan dengan keizinan suaminya. Sekiranya dia keluar tanpa izin, maka malaikat di langit, malaikat rahmat, dan malaikat azab melaknatinya sehingga ia pulang ke rumah."
3. Bahaya Tabarruj
Tabarruj ialah wanita menzahirkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi. Abu Ishak berpendapat bahawa al-tabarruj ialah menzahirkan perhiasan dan menzahirkan sesuatu yang boleh mendorong syahwat lelaki seperti menghentakkan kaki dan memakai perfume secara berlebihan. Kesimpulannya, al-tabarruj difahami sebagai tindakan wanita mempamerkan sebahagian anggota badan atau perhiasan barang kemas atau kecantikan dirinya dengan apa cara sekalipun seperti bersolek berlebihan dan cara berpakaian atau cara lenggok berjalan. Kesemua ini dilarang melainkan terhadap suami.
4. Serius (jiddiyyah) dalam berbicara.
Serius dalam berbicara dan berkata-kata dapat mengelakkan gangguan lelaki yang ada penyakit hati dalam jiwa mereka. Kita lihat firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33):32 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Tafsir ni khusus untuk isteri-isteri Baginda sahaja, namun hukumnya adalah umum untuk semua wanita.
*****
Kesimpulannya, sebaiknya kamu (wanita) lebih cintakan taqwa dari perhatian manusia di dunia. Tampil di khalayak ramai adalah diharuskan oleh agama, namun bersyarat. Patuhilah syarat-syarat yang ada ni. Dan mungkin ada banyak lagi syarat yang lain yang lebih syadid. Tambah-tambah lagi jika niat tampil di khalayak ramai untuk menunjuk-nunjuk dan test kesolehan masing-masing, dengan rasa riak dan bangga diri semata-mata.
Takutlah pada Allah.
- Nota ini adalah kupasan dari penulisan Zulqarnain Hassan dan Mohamad Zaidi Abdul Rahman.
wallahua`lam