Adakah anda (seorang muslim) pasti dengan status setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan anda selama anda hidup hingga sekarang? Halal @ haram @ syubhah? Dalam konteks Islam,setiap muslim wajib mengkaji dan prihatin terhadap makanan yang bakal disantap, bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan dari aspek status sesuatu makanan tersebut.
Berdasarkan Hadith Rasulullah, status barangan dalam islam dibahagikan kepada 3;
HALAL , HARAM dan SYUBHAH
PRODUK HALAL
Berasal dari kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan
Produk halal – produk yang diluluskan menurut al-Quran dan as-Sunnah dengan nas yang qat’ie atau berdasarkan ijtihad Ulama’
“Menuntut (mencari) yang Halal adalah wajib ke atas setiap Muslim”
“Mencari yang Halal adalah satu jihad”
PRODUK HARAM
Produk Haram adalah produk yang tidak diizinkan oleh syara’ untuk digunakan atau dinikmati oleh manusia terutamanya orang Islam
PRODUK SYUBHAH
Produk syubhah adalah produk yang diragui statusnya sama ada berada dalam kelompok Halal atau Haram.langkah terbaik dan selamat ialah dengan meninggalkannya.
Sabda Rasulullah, “Perkara yang Halal itu jelas dan yang Haram pun jelas. Tetapi di antara keduanya ada perkara SYUBHAH yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa yang menjauhi perkata Syubhah bererti beliau telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara Syubhah, bererti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang Haram. Samalah keadaannya seperti seorang pengembala yang mengembala di tepi pagar. Dikhuatiri kelak beliau akan mengembala di dalam pagar itu”
Berikut adalah sedikit panduan untuk kita bersama supaya kita tidak tergolong dalam golongan yag dimurkai Allah..Fal ‘iyazubillah..
Senarai produk di bawah adalah hasil kajian HPA (terhadap syarikat-syarikat yang meragukan ) yang tercatat di dalam buku berjudul “HALAL HARAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.
Senarai barang yang mengandungi lemak babi :
1. Minyak masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinamoto (Thai)
4. Semua tauhu buatan orang China
5. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA, & Thai
6. Sabun Fab Berbuku
7. Mee & kueteow Basah ( Buatan China )
8. Krim muka Hazeline Snow
Senarai barang yang mengandungi kulit babi,uri & binatang yang tidak halal :
1. Semua jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk,Kulit Popia,Fish Cake & Bebola ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin,Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis `Gold Cup’
6. Berus Gigi Jenis ‘Reach’
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi yang di import
9. Ajinomoto Kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jln Kuchai Lama KL
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
Kod barangan syubhah – penting untuk ummat islam –
Kod-kod berikut adalah kod yang meragukan pada makanan. Jika terdapat kod-kod tersebut di dalam kandungan produk yang akan kita beli, maka mestilah berhati-hati kerana produk yang mengandungi kod-kod tersebut mungkin mengandungi lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.
Disini disertakan antara contoh produk yang berada di pasaran Mesir dan terdapat padanya kod-kod barangan Syubhah..Terdapat banyak lagi produk yang mengandungi kod tersebut di pasaran. Setakat pemerhatian saya dan beberapa orang sahabat yang lain, Mini Kek yang tidak mempunyai kod syubhah hanyalah kek berjenama `MONGINIS’. Bi ma’na, selain dari itu semuanya tergolong dalam barangan Syubhah.
Moga-moga sedikit coretan yang tidak seberapa ini mampu mencuit hati sahabat-sahabat untuk lebih peka dan prihatin dengan apa yang akan masuk ke dalam tubuh badan dan seterusnya mengalir dalam darah kita..
Ingatlah bahawa di dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya. Apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah! Daging itu adalah Hati…
Tuesday, 23 March 2010
ANDA PASTI..?
12:17:00 am
Ruhul Fatayat