Sunday, 10 April 2011

IHYA' SYUHUR

Assalamualaikum sahabat budiman.. "Sesungguhnya setiap kali insan melakukan suatu dosa, maka terbentuknya satu bintik hitam di hatinya. Namun, jika ia bertaubat kepada Allah S.W.T akan terhapus bintik hitam tersebut. Namun, jika ia tidak bertaubat sehingga membiarkan hatinya terus dalam dosa dan kemaksiatan maka hati itu akan terus menghitam, dan bertambah keras, kaku dan terus mati." na'uzubillah..Moga-moga kita tidak tergolong di dalamnya... Pada 7&8April 2011 bersamaan Khamis dan Jumaat yang lepas pihak kami telah mengadakan Iftor jamai'ie dan Qiamullail. Alhamdulillah, ia berjalan dengan baik dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menjayakannya. Semoga hati-hati kita semua thabat dengan aktiviti seperti ini. Amin.. Kami juga mengalu-alukan sahabat-sahabat yang tinggal di luar RNSK turut serta untuk kali yang akan datang. Syukran & Salam ukhwah untuk semua..:) Disediakan oleh, TIMB. EXCO DAKWAH DAN TARBIYAH HEWI MTPNS 2010/11