Assalamualaikum warahmatullahi barokatuh...
Alhamdulillah..thummal hamdulillah..Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi..Syukur pada Nya,, dengan limpahan kasih sayangNya kita masih bisa meneruskan perjuangan hidup di bulan Ramadhan Mubarak ini..
Sempena bulan kareem ini, kami cukup berbesar hati untuk menghadiahkan kalian beberapa mutiara kata dari beberapa barisan kepimpinan HEWI MTPANSM.. Moga sama-sama beroleh manfaat darinya..
" Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa.Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat.Aku mencari segala bentuk rezeki tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar"-Khalifah Umar-
Salam Ramadhan untuk semua.
Ustzh Syahirah binti Mohd Yusof-Ketua Hewi MTPANSM
" Bismillahirrahmanirrahim...Sesungguhnya bagi orang yang "lurus niatnya", hidup ini adalah pentas untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan dirinya kepada Allah s.w.t.Dengan berkata"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, tuhan semesta alam.Adapun bagi orang yang "tersalah niatnya", malah "tidak punya niat" dalam menjalani kehidupan dimuka bumi ini.Orang seperti ini tidak sedar arah dan tujuan hidupnya.Bagi mereka hidup ini tidak lain setakat silih berganti siang dan malam dan tidak ada misi yang mesti dilaksanakan......
Ramadhan Kareem buat semua.Bersama-samalah kita mengambil peluang berada di bulan yang mulia ini, dalam mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.Jadi usah tertumpu kepada amal fardhiyah sahaja.Harus diingat, amal jama'ie tidak kurang pentingnya.Kerana RAMADHAN BULAN KESATUAN UMMAH.
Ustzh Noraasikin Binti Mohd Alowey-Timbalan Exco Dakwah dan Tarbiyah
" Kehadiran Ramadhan itu berkali-kali, namun hidup hanya sekali, jadilah hamba yang pandai menghargai, semoga Ramadhan kali ini mampu meningkatkan taqwa dalam diri, dalam perbuatan seharian, dan bukannya sekadar lakonan bulan Ramadhan tetapi permulaan untuk kehidupan selepasnya.. "
Ustzh Nor Halimah Binti Ismail-Timbalan Exco Pendidikan
RAMADHAN KAREEM.Moga kita sama-sama beroleh rahmat dan limpahan maghfirah dalam bulan yang dijanji Allah dengan 1001 keberkatan ini.Amin...Wallahu'alam
Thursday, 4 August 2011
Seuntai kata untuk dirasa..
11:55:00 pm
Ruhul Fatayat