:: Liga Bola Tampar :: |
Pada hari Jumaat bertarikh 5 April 2013 pihak
Hewi MTPANSM telah menganjurkan sebuah program berbentuk riadah iaitu ‘
AKTIFKAN HARIMU ’ bagi menggantikan Muzakarah Berkelompok. Bertempat di Nadi
Syabab,Hayyu Sadis. Aktiviti bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.3o tengah
hari. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan ahli siswi
mengamalkan gaya hidup sihat,menjadi platform kepada ahli bagi mengasah bakat
dalam bidang sukan serta memperkukuhkan ukhuwah antara ahli siswi. Program ini
diadakan untuk semua serikandi Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan taakhi
rumah masing-masing.Yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah LE 5.Seramai
32 orang ahli yang telah sama-sama melibatkan diri dan menjayakan program ini.
:: Futsal :: |
:: Futsal= Kejar bola ke tunggu bola ?? :) :: |
Perjalanan program bermula dari sarapan di
musolla Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK) jam 7 – 7.30 pagi.Kemudian kami
bertolak ke Nadi Syabab dengan menaiki tremco yang telah disediakan. Setibanya
di sana,majlis dibuka dengan alunan Asmaul Husna, bacaan doa dan aerobic
yang dikendalikan oleh Ustazah Fatin Izzati binti Noorazmi,Ustazah Khairunnisa
binti Jauri dan Ustazah Nor Halimah binti Ismail. Seterusnya taklimat mengenai
perlawanan disampaikan oleh Ustazah Syarifah Dura ‘Aisyah binti Syed
Hashim.Antara perlawanan yang dijalankan ialah Perlawanan Bola Tampar dan
Futsal. Setiap rumah diminta untuk menghantar wakil bagi menyertai perlawanan
tersebut.
Tepat jam 12 tengah hari,kedua-dua perlawanan
telah berjaya ditamatkan dan diteruskan dengan majlis penutup.Ucapan penutup
telah disampaikan oleh Ketua HEWI merangkap pengarah bagi program ‘Aktifkan
Harimu’ iaitu Ustazah Noraasikin binti Mohd Alowey dan berakhir dengan
penyampaian hadiah bagi para pemenang.Program bersurai tepat jam 12.30 tengah
hari.Harapan kami agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan
datang.
P/s : Maaf kerana terlewat di 'publish' atas sebab-sebab tertentu.
P/s : Maaf kerana terlewat di 'publish' atas sebab-sebab tertentu.