Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Friday, 21 March 2014

JOM IKUT RASULULLAH !! ^_^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh warga pena siswi .. 

Mari kita belajar bagaimana cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi. Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.

Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-

1. Selalu bangun sebelum Subuh.

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

4. Gemar berjalan kaki.

Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pernah iri hati.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

6. Tidak pemarah.

Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

7. Pemaaf.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang

Monday, 17 March 2014

RAUDHATUL ILTIZAM 2014

Pada 14 Februari 2014 yang lalu,barisan HEWI telah mengadakan Program Raudhatul Iltizam yang bertempat di Dewan Sheikh Qadir Al-Jailani,RNSK. Program bermula pada jam 8 pagi. Ibu Hamidah juga turut serta menyertai dan memantau program ini.

Program bermula dengan Penerengan KEM-U dan RAUDHATUL ILTIZAM .Penerangan kem-u disampaikan oleh Ukht Syuhaida dalam bentuk video yang menarik manakala penerangan dan penjenamaan raudhatul iltizam menggantikan muzakarah berkelompok oleh Ukht Khadijah .

Program disambung dengan Diskusi Kutaib yang bertajuk “Risalah Min Ghoriq”. Ukht Asyikin terlebih dahulu memeperkenalkan barisan Naqibat Raudhatul Iltizam.Diskusi kitab kemudian disampaikan oleh para Naqibat.Berikut ialah senarai nama barisan Naqibat sesi 2014 :
1    -      Ukht Asyikin
2    -      Ukht Ida
3    -      Ukht Syahidah
4    -      Ukht Amira
5    -      Ukht Rehan

Sebelum berakhir,pembahagian taakhi diadakan.Setiap akhawat hendaklah mencabut sehelai kertas yang berada didalam kotak dan mencari taakhinya menurut cabutan kertas.Pembahagiaan taakhi ini diadakan untuk mengerat ukhwah sesama akhawat disamping saling mengingatkan antara satu sama lain.

Program  berakhir jam 10 pagi dan semua akhawat bersurai.










Sunday, 16 March 2014

RISALAH RUHUL FATAYAT EDISI 3 : FORMULA REDHA

FORMULA REDHA 



[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139

Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?
Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

Bagaimana Untuk Redha?

Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah. Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.
Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.

Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.
Andai  selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

p/s: perkongsian




Tuesday, 11 March 2014

#prayforMH370


Nothing much to say..
Just ‪#‎keepprayingforMH370‬.

Allah tahu apa yg terbaik.
Yakin, setiap kejadian ada hikmah.
Jangan putus berdoa kepadaNya.

Sahabat2ku, mari kita kembali bermuhasabah.
Moga taubat kita hari ini mmbuka jalan keluar buat mereka.
dan… semoga takdir mereka adalah yg terbaik!

Allah, kuatkan kami dengan Islam.
Allah, kuatkan Islam dengan kami.

Mari menjadi hamba!


Credit : langit ilahi.