~Pesanan Hati ke Hati~
Ya Allah, Engkau mengetahui
bahawa hati-hati ini. Berkumpul kerana
mengasihiMu,
bertemu kerana
mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban
dakwahMu,
hati-hati ini telah
mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
maka eratkanlah
ikatannya,
kekalkanlah kemesraan
antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada
hati-hati ini jalannya yang sebenar,
penuhkanlah hati-hati
ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
lapangkanlah
hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta
keindahan tawakkal kepadaMu,
suburkanlah hati-hati
ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan
kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam
perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik
sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami,
Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda
seluruhnya..
Ya Allah, restuilah
junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda
semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.
Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah pemilik CINTA yang sempurna juga pemegang hati-hati
setiap hamba-hambanya. Ayuh lahirkan rasa syukur kita atas segala nikmat yang
Allah sudi pinjamkan kepada kita yang hanya sebentar cuma. Moga-moga kita
sentiasa menjadi hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur.
Jika direnung dan
difikir kembali. Allah itu Maha Adil, kerana DIA sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA
dengan memberi ujian. Cumanya ujian yang kita hadapi itu barangkali situasinya
jauh berbeza dari saudara-mara kita yang berada di Syria dan Palestin sana.. Terkadang
ujian yang diberi itu hanya kecil sahaja. Itupun sudah membuatkan diri kita mengeluh panjang.
Lantas hatipun seraya melatah. Seolah-olah ujian itu sebesar gunung. Walhal
barangkali ada lagi ujian yang besar menanti kita kelak. Ke mana hilangnya
rasa syukur kita...???? Tepuk dada
tanyalah iman. Usah bertanya pada makhluk
yang bernama “nafsu”..!! Kerana apa??
Kerana nafsu tidak akan pernah puas. Kerana nafsu itu tidak layak untuk
dimanjakan jauh sekali untuk dimenangi dan dituruti segala kemahuannya.
Selayaknya, nafsu itu sentiasa diasuh dan dididik dengan berpandukan iman dan
taqwa yang sebenar.
Sebagai insan
yang berakal, dan beremosi sempurna juga sentiasa yakin dengan setiap
janji-janji Penciptanya, kita seharusnya menerima ujian dengan hati yang penuh
terbuka dan fikiran yang positif agar nanti diri kita mampu mengatasi setiap ujian
yang mendatang dengan bijak. Pujuklah hati bahawa setiap ujian yang mendatang
itu adalah satu pertarbiyahan jiwa juga sebagai satu wasilah untuk kita
sentiasa dekat disampingNYA. Lebih manis lagi, ujian yang Allah berikan kepada
kita merupakan tanda kasihnya dan ingatan Allah pada diri kita, kerana Allah itu
Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-hambaNYA mengatasi sesuatu ujian
yang Allah berikan. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Allah tidak
memberati/membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Setiap orang
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa
kejahatan yang dilakukannya”. (surah Al – Baqarah 2: 286)
Potongan ayat
tersebut sudah jelas untuk menjawab persoalan yang sering melanda kotak
pemikiran kita yang selama ini kita lupa, kita alpa, yang mana setiap ujian itu
datangnya dari Al- Kholiq. Malah kita semudahnya melahirkan keluhan yang
panjang tanpa kita menyedari hakikat ujian tersebut kurniaan Allah. Ayuh
sahabat!!! Bangkitlah dari lenamu yang panjang. Bersyukurlah dengan apa yang
kita miliki saat ini.Kita perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita harus
menggunakan setiap kurniaan dan kebaikan yang Allah kurniakan kepada kita untuk
terus menyumbang pada Islam yang kita cintai. Usah kalah dengan ujian yang
melanda malah jadikannya sebagai batu loncatan untuk kita terus tabah dan
tenang dalam ketaatan kita kepada Allah Taala.
Sahabat-sahabat seakidahku, ayuh kita renung sebentar
petikan dibawah,
“Adakah kebangkitan dan kemenangan Islam itu akan berlaku
secara tiba-tiba sahaja..? Gedebuk!!! Nah kau negara Islam”! Begitu..
jawapannya tentu sekali ‘tidak’.
Dan mustahil juga negara Islam Madinah dapat dipertahankan
seandainya tidak wujud para sahabat ‘Super Saiya’ yang bermati-matian
mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam. Tetapi yang lebih utama, para
sahabat tidak mungkin dapat di'Super-Saiya'kan tanpa adanya tarbiyyah, tunjuk
ajar dan bimbingan daripada ar-Rasul SAW.
Itulah. Itulah tugas dan kerja kita sekarang ini. Kerja kita
adalah mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah...
(sila ulang sehingga air liur anda habis) tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Tanpa berputus-asa dengan janji-janji Allah. Tanpa ada rasa menyesal walau
sedikit sekalipun.
Sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada kita. Semoga
apabila kemenangan itu dikurniakan kepada kita, kita sudah benar-benar bersedia
untuk membahunya. Juga tahan dan sabar dengan mehnah dan cobaan yang akan
datang bersama-samanya. Dan seandainya kita tidak 'menang' di dunia ini sekalipun,
kemenangan yang agung dan hakiki sedang menunggu kita di akhirat sana. Allah
sentiasa peka dengan kemampuan setiap hamba-hambaNYA.
~Bergembiralah
bagi insan yg selalu diuji dan diduga..Kerana engkau diberi peluang olehNya
untuk memiliki kelebihan sabar dan syukur kpdNya sedangkan insan yg selalu
senang dan bahagia hanya mampu merasai nilai kesyukuran atas
nikmatNya..Ingatlah ujian dan dugaan itu mampu mematangkan jiwa dan juga minda,
dan kesenangan yg berpanjangan akan lebih memanjakan diri kita...~