Pada
3 April 2015
bersamaan Hari Jumaat yang
lalu, Exco Kesenian Kebudayaan
dan Sukan Majlis
Tertinggi Pengurusan Anak-anak
Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah
menghantar wakil sepasukan
pemain bola jaring
ke satu pertandingan
terbuka bola jaring
yang dianjurkan oleh
Sahabat Daulah dan Al
Quran Medik (AQM).
Program ini
diadakan di padang
Dewan Malaysia Abbasiyyah
Kaherah (Istad DMAK). Pertandingan
ini berlangsung dari
jam 9.00 pagi
sehingga jam 2.00 petang.
Pasukan dari Negeri
Sembilan yang diberi
nama "WAGHIH" ini
dianggotai oleh 10
orang pemain kesemuanya. Wakil pasukan ini
juga mendapat sokongan
penuh dari Pegawai
Atase Ayahanda Abd
Hamid bin Jaman
serta pembantu pegawai
Ibu Hamidah binti Puteh.
Program ini
bertujuan untuk menguji
ketahanan fizikal dan jasmani
dengan sukan disamping mencergaskan
badan dan mencerdaskan
akal. Selain itu juga, saling
merapatkan ukhwah dan berkenal-kenalan dengan
ahli pasukan yang
lain memandangkan ia
datang dari tempat
yang berbeza-beza.
Pertandingan bola
jaring terbuka ini
diadakan secara liga, dan terdapat
7 pasukan yang menyertai
pertandingan ini termasuk
pasukan Waghih. Pasukan-pasukan ini
telah dibahagi kepada
2 kumpulan dan
pertandingan pertama diantara
Waghih menentang kumpulan
Bayam iaitu pasukan
dari Medik Azhar.
Waghih telah memenangi liga yang
pertama.
Pertandingan diteruskan
lagi dengan penentangan
terhadap 4 kumpulan
seterusnya yang mana
Waghih telah menang
kesemuanya. Pada peringkat akhir, Waghih
telah bertemu dengan
Infiniti yang diwakili
oleh Pergigian Azhar
majoritinya, dan
Alhamdulillah Waghih telah
berjaya meraih tempat
pertama dalam pertandingan
terbuka bola jaring
2015 ini.
Akhir
kata, syukur atas
nikmat Allah atas
segalanya dan pasukan
Waghih berbesar hati
kerana telah diundang
oleh pihak penganjur untuk
menyertai pertandingan ini
serta jutaan terima
kasih kepada semua
yang menyokong dan
mendoakan kejayaan pasukan
Waghih. Diharapkan, agar
program seperti ini
dapat dianjurkan lagi
pada masa-masa akan datang. Insyallah. Sekian, terima kasih.