M
|
asa awak kat
mana?..Awak kat mana?.. Dalam kesibukkan kita sebagai mahasiswi di bumi Ardhul
Kinanah ini,masih ramai lagi diantara kita yang masih terumbang-ambing dalam
menguruskan masa mereka. Allah s.w.t telah mengingatkan manusia tentang
kepentingan masa dan ketelitian dalam menguruskannya. Firman Allah s.w.t dalam
surah Al-Asr (Masa) yang bermaksud :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia
itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”
Dalam
artikel kali ini, penulis ingin berkongsi Sembilan (9) saranan bagi pengurusan
masa yang berkesan:
1. Menjaga 5 waktu solat sehari semalam
– Menunaikan solat tepat pada waktunya membuatkan anda tidak lagi leka dengan
kerja-kerja yang tidak bermanfaat dan membantu melicinkan perjalanan hari anda.
2. Budayakan
Tabiat Suka Mencatat – Umumnya ramai dalam kalangan kita yang merasa penat
kerana terlalu memikirkan banyak perkara, terutama apabila kita cuba untuk
memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kenapa
tidak cuba untuk membudayakan diri kita membuat catatan, ia sangat membantu
meringankan beban fikiran.
Budaya suka
mencatat juga dapat memastikan idea tidak dibazirkan hanya kerana kita lupa,
sebaliknya dapat dikembangkan. Idea tidak datang selalu, jadi amalkan membawa
buku catatan kecil dan pen dimana jua anda berada.
3. Susun & bezakan Tugas Mengikut
Keutamaan – Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan diri kita lebih
fokus disamping dapat menjimatkan masa. Elakkan dari mencampur-adukkan tugasan
utama dan tugasan sampingan.
4. Rancangkan Jadual Kerja Anda –
Rancang jadual kerja mengikut minggu dan bulan. Peruntukkan waktu untuk
merancang kerja dan menyemak kembali pencapaian setiap minggu.
5. Jadualkan Tugasan Harian Anda –
Terdapat tugasan atau perkara-perkara yang dibuat secara rutin setiap hari.
Agihkan waktu yang bersesuaian untuk memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.
Letakkan jadual tugasan anda di tempat yang mudah untuk dilihat.
6. Berfikir Sebelum Bertindak &
Belajarlah Berkata Tidak – Amalkan berfikir sebelum bertindak dan
memberikan sebarang persetujuan. Manusia dipegang pada janji dan kerana mudah
menerima dan berjanji, maka ramai dalam kalangan kita yang merasa terbeban
untuk memenuhinya. Belajarlah untuk berkata tidak kepada perkara-perkara yang
dirasakan tidak perlu dan membazirkan masa.
7. Cari
hobi yang bermanfaat – Masa yang kosong membuatkan anda menghabiskan masa
dengan perkara melalaikan. Luangkan masa anda dengan melakukan hobi yang minat
berfaedah.
8. Kenalpasti Tabiat Buruk Anda–
Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, apatah lagi dalam pengurusan
masa. Cuba kenalpasti dan hapuskan tabiat
buruk berkenaan. Aktiviti seperti berbual kosong, menonton video secara
keterlaluan, melayari internet tanpa tujuan, chatting dsb haruslah di kurangkan.
9. Jangan Jadi Perfectionist – Anda
pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas
memerlukan anda mengerahkan kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang
perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk
dilaksanakan.
Semoga Sembilan
(9) saranan ini dapat membantu anda dalam menggunakan masa dengan sebaiknya terutama dalam konteks
seorang mahasiswi. INGAT! Masa dan Ilmu adalah amanah kepada kita. Pepatah arab
ada mengatakan : ‘Masa itu ibarat pedang jika anda tidak memotongnya maka ia
akan memotong anda’. Marilah kita bersama menjadi Pahlawan Masa,kejarlah masa
bukan masa mengejar kita. Wallahualam.