Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Monday, 19 October 2015

~Saintis Pertama Di Dunia~ [RF.6]

Sejarah perkembangan sains sukar untuk diungkapkan kerana masih banyak lagi maklumat yang masih belum berjaya dileraikan  Korang tahu ke, siapa manusia pertama yang mampu mengungkapkan segala kejadian yang berlaku di dalam dan luar angkasa raya ini? Siapakah Saintis pertama itu? Nak tahu jawapannya, baca kat bawah ni…







وَعَلَّمَ ءَادَمَ الأَسمَآءَ كُلَّهاَ  ثُمَّ عَرَضَهُم عَلَى المَلآءِكَةِ   فَقَالَ أَنبِئُونِى  بِأَسمَآءِ هَؤُلآءِ إِن     كُنتُم صَدِقِينَ                                   

“Dan Dia (Allah SWT) telah mengajarkan Nabi Adam , akan segala nama benda-benda berserta kegunaannya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat . Lalu Dia (Allah SWT) berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar…”

                                                   ~al-Baqarah: 31~


Lalu dijawab oleh malaikat:


قَالُوا سُبحَنَكَ لاَ عِلمَ لَنآ إِلَّا مَا عَلَّمتَنَآ،إِنَّكَ أَنتَ العَلِيمُ الحَكِيمُ                          

“Malaikat  itu menjawab:Maha suci Engkau (Ya Allah )! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

                                                

                                                  ~al-Baqarah:32~


     Berdasarkan firman Allah di atas, menggambarkan bahawa Allah SWT telah mengajarkan Nabi Adam AS segala macam perkara serta kegunaanya sekali . Bahkan ,  Nabi Adam AS tidak perlukan  i-Pad, i-Phone dan internet dan segala macam alat teknologi canggih  ….Kerana yang menjadikan seseorang itu faham dan mengetahui sesuatu perkara ialah Allah SWT.


    Pastinya Nabi Adam AS mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas.Bahkan malaikat pun menyerah kalah.Sedangkan antara malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menjaga syurga, menurunkan hujan, mengawal peredaran bumi dan sebagainya.Tetapi Allah SWT memberikan ilmu pengetahuan yang lebih kepada Nabi Adam AS bagi menjawab pertikaian malaikat yang mempersoalkan, mengapakah  Allah SWT mahu menjadikan manusia khalifah di atas muka bumi ini.


      Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi anak-anak adam untuk terus menggali segala ilmu pengetahuan yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada nabi Adam suatu ketika dahulu. Tak kiralah ilmu perubatan ke..astronomi ke..sains dan teknologi ke…untuk itu kita boleh memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup manusia.


       Dunia tanpa sempadan hari ini membawa isyarat buat umat islam agar peka terhadap isu-isu yang nyata dan fakta pada masa kini. Perkembangan Sains dan Teknologi yang begitu cepat perlu diselaraskan dengan pemahaman agama, agar dapat disesuaikan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat di sekeliling. Insya-Allah , dengan menerapkan fakta Sains dan Teknologi yang bersandarkan al-Quran serta hadis manusia mampu menegakkan dakwah islam yang diperjuangkan oleh Nabi kita, Muhammad SAW. Seterusnya mengembalikan kembali zaman kegemilangan umat islam suatu ketika dahulu...


Insya-Allah….


by Mizah_92