Saturday, 3 September 2016

~Setanggi Cinta 2~ [RF.24]



MUHASABAH CINTA

Ini bukan semata tajuk lagu. Mencintai dan mengasihi Baginda Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban bagi setiap muslim, bukan sebuah pilihan yang samada mahu atau tidak. Terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta biarpun kecil. Ini kerana cinta dan kasih sayang merupakan dasar dan landasan ke arah melahirkan umat Muhammad SAW seperti yang telah diteladani oleh para sahabat RA.

Mencintai Baginda Nabi itu boleh bermacam cara.Sukar untuk saya ungkapkan satu persatu kerana terlalu banyak mungkin yang sahabat-sahabat tahu cuma terkadang lupa untuk melaksanakan, termasuklah saya.Namun, kalau boleh ditulis di sini sebagai ingatan antara yang boleh kita lakukan :

1. Sabda Baginda Nabi SAW ;"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama-sama aku di dalam syurga.." [HR Al-Sajary daripada Anas]

Jom sama-sama hidupkan sunnah Baginda.Kalau tak mampu buat banyak, mulakan dengan yang sedikit.Dan yang sedikit disertakan istiqamah itu lebih baik dari yang banyak tetapi ditinggal-tinggal.(Rabbuna Musta'an).

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]Nah sahabat-sahabat.Baginda juga menjamin, bagi siapa-siapa yang berselawat dan menyebut-nyebut serta mengingati Baginda adalah dari kalangan mereka yang Allah beri kelebihan.Allah~Azim kan kasih Nabi pada kita? Selalu kalau kita sayang pada seseorang sering kita sebut dan ingat akan dia, jadi apalah kiranya kita sediakan satu ruang ingatan itu khas untuk Nabi kita yang juga sentiasa tidak pernah lupa akan umatnya.

3. Mengasihi dan menyayangi ahli bait dan para sahabat Baginda Nabi SAW.
Katakanlah kalau kita menyayangi sahabat kita, kita juga pasti hormat dan sayang akan keluarganya.Begitulah juga dengan keluarga dan para sahabat Baginda.Malah lebih lagi.




4. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk" [Al-Alaq: 1]. Masih ingatkan kisah penurunan wahyu kepada Baginda.Belajar masa zaman kanak-kanak dulu (seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran KAFA) hinggalah ke hari ini.Jelas, Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang Allah beri kepada Baginda SAW.Kemudian disampaikan pula kepada kita.Jadi, adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaganya, mengamalkannya, membacanya serta tadabbur dan faham isinya.Memang, terkadang payah untuk memaksa diri sentiasa membacanya tapi, ingatkan hati bahawa Al-Quran itu penawar.Al-quran itu hadiah.Rugi kalau kita tak hargai hadiah Allah.Biarpun 5 minit, insyaAllah takkan rugi.Kan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ^_^
B A C A L A H!

5. "Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.Iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengigati Allah" [Al-Ahzab:33].
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana Nabi kita suka.Apa yang disukai Nabi itulah yang disukai Allah.Moga-moga dengan akhlak yang mulia dan baik menjadi tanda cinta kita pada Baginda.
Ehem..ehem..

"Tidak rugi kita berakhlak mulia, malah Allah lebih-lebih lagi suka,
beradab sopan kita sentiasa, mari bersama mengamalkannya"
Ini lirik nasyid adik-adik kecil.Mereka pun ajak kita semua berakhlak mulia sebab berakhlak mulia itu disukai Allah dan NabiNya.JOM!!





Last but not least,
Seorang penyair Arab ada bermadah ;

لو كان حبّك صادقا لأطعته
انّ المحبّ لمن يحبّ مطيع

Sekiranya cintamu itu benar, nescaya engkau akan mentaatinya,
Kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya.

Cinta kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu bukanlah hanya pada lantunan merdu alunan nasyid, ataupun dendangan syair-syair indah semata.Namun, yang paling penting adalah kata-kata dan janji setia terhadap Baginda haruslah seiring dan sejalan dengan hati.Jangan dipisahkan janji cinta itu dari hati.Sambut dan balaslah wahai diri, cinta Nabi Agung, Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dengan penuh ikhlas dan rendah diri.


Harapan, moga-moga entri yang saya kira istimewa ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat terutamanya pada diri dan sahabat-sahabat.Moga ungkapan kecintaan dan kerinduan ini bukan hanya manis dibibir bahkan, sentiasa bersemi di taman hati.Dan telah jelas, Bagindalah superhero yang lebih-lebih patut kita sanjungi.

{Allah, sampaikan salam kami pada KekasihMu.Semaikan hati-hati kami dengan rasa cinta dan rindu mendalam padaMu dan KekasihMu.Amin}

{Ya Rasulullah, syafaatkan kami.}

اللهم صلى على سيّدنا وحبيبنا محمّد صلى الله عليه واله وسلّم

“Your face is bright like the shining moon,
Lighting up darkness of the night,
We are here, we think of you,
Oh Muhammad Rasulullah.”


*Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu tulisan ini biasa-biasa sahaja.
Wallahua'lam.

---------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/kecintaan-para-sahabat-kepada.html
               :  http://muslim.or.id/manhaj/antara-cinta-nabi-dan-perayaan-maulid-nabi-1.html
               :  http://usrahkeluarga.blogspot.com/2011/04/muhasabah-cinta-pada-rasulullah-saw.html
               :  Buku Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : As if You Can See Him; Dr 'Aid Al-Qarni