Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Sunday, 21 March 2010

Wasiat buat kaum Hawa



Assalammualaikum waramatuhllahi wabarakahtuh...

 
Wasiat buat Kaum Hawa
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidaa gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik
juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki



Wassalam

Perdebatan Syurga dan Neraka

HADIS QUDSI
 
Perdebatan Syurga dan Neraka
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga,
Neraka berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong)".
Syurga pula berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin".
Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: "Kamu adalah siksaan Ku.
Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu". 

Allah berfirman: "Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap
siapa saja yang Aku kehendaki".
Allah berfirman pula kepada Syurga: "Kamu  adalah rahmat Ku. Aku akan
berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang  Aku kehendaki.
Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh".
 
Iktibar & Pengajaran Hadis
  • Sifat zalim dan takabbur (sombong) adalah sifat keji yang wajib dijauhi
  • Zalim bermaksud tidak melakukan sesuatu perkara itu menurut ketentuannya. Ia adalah lawan kepada sifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yng sewajarnya.
  • Takabbur/sombong adalah satu perasaan bahawa dirinya mempunyai kelebihan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara seperti lebih banyak ilmunya, lebih banyak perjuangannya, lebih cantik, lebih banyak amal solehnya dan sebagainya.Ia adalah lawan kepada sifat tawadhu' iaitu merendah diri.
  • Golongan fakir miskin dan lemah adalah lebih mudah memasuki syurga sekiranya mereka sabar dengan kemiskinan yang menimpa dan sentiasa bertaqwa kepada Allah.
  • Allah Ta'ala memasukkan seseorang itu ke dalam syurga dengan rahmatNya.
  • Oleh itu, rebutlah rahmat Allah dan redhaNya dengan memperbanyakkan amal kebajikan.





Mari jadi sihat!

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan
spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)




Semoga kita semua sihat selalu!

Hai anak adam....



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



 
Ya Allah, lindungilah kami dari godaan syaitan yang terlaknat. Amiiiin~

Wednesday, 10 February 2010

LAWATAN MENTERI BESAR

Sukacita dimaklumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan akan mengadakan lawatan kerja ke Mesir. Beliau akan berada di Mesir selama 2 hari dan akan melawat Rumah Negeri Sembilan Kaherah serta pelajar-pelajar Negeri Sembilan dalam tempoh tersebut.



Diharap agar semua anak-anak Negeri Sembilan dapat menghadirkan diri ke program tersebut bagi menyerikan dan memeriahkan program.