Monday, 30 August 2010

PROGRAM LIQA’ GABUNGAN







Tajuk   : IKHTILAT BERDASARKAN SYARA’

Tarikh : 20 OGOS 2010

Hari    : Jumaat
Sabda Rasulullah SAW (maksudnya) : “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya..”
Mantop!Itulah antara reaksi beberapa orang akhwat mengenai pengisian yang dirancang rapi oleh pihak Unit Dakwah dan Tarbiyah dengan kerjasama Unit Teknikal dan Rakaman MTP pada minggu lalu.Program yang bermula pada jam 8.30 pg dan berakhir lebih kurang jam 11.00 pg itu membawa sahabat-sahabat meneroka isu yang mula dipandang enteng oleh masyarakat zaman kini.
Pengisi slot,Ustazah Fitri Nurul Ain bt Nordin bijak membuka mata pendengar dengan menceritakan peristiwa-peristiwa di luar jangkaan yang benar-benar pernah terjadi di kalangan azhari sendiri,yang berpunca dari ikhtilat tidak syar’ie.Majlis diceriakan lagi dengan moderater yang mencuit hati penonton,Ustazah Zurimi Bt ZainalAbidin.Beliau telah berjaya mengendalikan slot dengan baik dan lancar.Slot diakhiri dengan tayangan video ‘Himpunan Tangkap Basah yang dibuat oleh JAIS’.Ia telah mengundang berbagai reaksi dari pihak penonton,ada yang menjerit,yang geram,tidak kurang ada yang dah tak mampu lagi untuk meneruskan tontonan..Apa pun halnya, semuanya bertujuan bagi membuka minda sahabat-sahabat agar mengatur langkah lebih efektif dalam bermu`amalah dengan jantina yang berlainan.Tayangan diteruskan lagi dengan video berkaitan dengan Tudung, ‘antara adat@ibadat@fashion?’. Akhirnya,slot pada pagi tersebut diakhiri dengan Naqibah Usrah mengumpulkan ahli kumpulan masing-masing bagi mendapatkan fit-back,pandangan serta kesimpulan dari mereka sendiri.
Berikut adalah beberapa input yang mungkin boleh dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir pada hari tersebut :
Ikhtilat ialah hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi sama ada di tempat sunyi atau tempat terbuka.Kesan dari ikhtilat ialah mengotorkan hati serta membuka ruang kepada berlakunya penzinaan dalam kalangan masyarakat.Namun tidak semua ikhtilat tidak dibenarkan.
Ikhtilat dapat dibahagikn kepada dua bahagian.Pertama,Ikhtilat syar’ie dan Ikhtilat tidak syar’ie.Ustazah Fitri yang merupakan isteri kepada Ustaz Abdul Rahman menjelaskan Ikhtilat Syar’ie dapat diwujudkan melalui 3 konsep :
1)     Ikhtilat yang dilakukan mempunyai tujuan berasas sehingga tidak menimbulkan fitnah
2)     Jika ingin berjumpa pastikan ada mahram
3)     Jaga adab
Apabila tercapainya 3 konsep tersebut maka tercapailah apa yang dinamakan sebagai Ikhtilat Syar’ie.Disini juga terdapat beberapa tips bermuamalah dengan pihak ikhwah agar batas-batas syariat terjaga dengan baik:
1)     Dari segi waktu : Waktu Ikhtilat seperti mesyuarat tidak perlu terlalu lama sehingga tersasar jauh dari tujuan sebenar.
2)     Dari segi suara : Perlu dijaga, jangan dilembutkan,tetapi jangan terlalu kasar sehingga mengguris perasaan orang.
3)     Jaga pandangan serta tindakan.
4)     Jangan memakai wangi-wangian terlalu kuat sehingga mengundang kepada fitnah.
5)     Jaga adab dan perilaku anda.
Demikian sahaja perkongsian kita pada kali ini.Moga-moga ianya memberi manfaat untuk kita dan Islam.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung,juga untuk sahabat-sahabat yang memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung.Jazakumullah khoiran kathiran.Sekian,Wallahua’lam.