RAUDHATUL IMTIHAN
Kejayaan yang hakiki hanyalah dari Robbul Izzati,justeru itu sentiasalah MURAQABAH kepadaNya dengan wasilah yang ada, antaranya :
1. Sentiasa meyakini bahawa usaha kita semata tidak mampu mencipta kejayaan melainkan menyerahkan segala pengharapan kepada Allah yang lebih mengetahui mana yang terlebih baik buat hambaNya.
2. Istiqamah dengan solat jemaah kerana doa yang lahir daripada kekuatan roh jemaah adalah lebih mustajab dan lebih mudah diterima.
3. Lazimkan diri dengan zikir dan bacaan Mathurat kerana amalan ini akan memudahkan kita mendapat ketenangan jiwa dan memperolehi nusrah dan inayah daripada Allah.
4. Melatih diri menjadi Ruhbanullail yang bermunajat kepada Allah di sepertiga malam serta sentiasa membaca dan mentadabbur kalam-kalam Allah S.W.T kerana antara doa yang tidak ditolak oleh Allah adalah doa seorang hamba di waktu sepertiga malam. Amalan ini juga dapat meleraikan belenggu nafsu dan SYAITAN yang mendorong kepada sifat MALAS yang akan membawa kepada kegagalan.
5. Tetapkan agenda solat hajat berjemaah setiap hari sebagai langkah tawakKal dan pengharapan yang tidak putus kepada Allah S.W.T
6. Awasi hubungan kita sesama hamba Allah Taala, jangan ada hati-hati yang terluka kerana bimbang Allah Taala akan menghijab kejayaan kita lantaran sikap dan kelakuan kita menyakiti hati hamba-hambaNa.
7. Sentiasa membasahkan lidah dengan bacaan ayat seribu dinar sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat dan hayati pengertian azimat ini.
8. Berdoalah selalu kepada Allah pemilik semesta alam, sesungguhnya Dia tidak pernah menghampakan permintaan hambaNya...insyaAllah kejayaan yang hakiki pasti menjadi milik kita.
“CITA-CITA YANG TIDAK DISERTAKAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTAWAKKAL HANYALAH IMPIAN SEORANG PENDUSTA KERANA UNTUK MENDAPATKAN MADU YANG MANIS DAN BERHARGA MESTILAH BERTARUNG DENGAN SENGATAN LEBAH YANG BERBISA”
Tuesday, 28 December 2010
IMTIHAN...IMTIHAN...
2:17:00 pm
Ruhul Fatayat