Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Thursday, 24 November 2011


TENTATIF PROGRAM PEARL’S IN YOU SIRI 3 SESI 2011

HARI PERTAMA: 25 NOVEMBER 2011 (JUMAAT)

7.00 A.M              :              Sarapan
7.30 A.M              :               Pendaftaran ahli
8.00 A.M              :               Sayyidul Ayyam
9.00 A.M              :               Srikandi kedepan
11.30 A.M            :               Rehat (makan /solat)
12.30 P.M            :               Jejak mahabbah
2.30 P.M              :               Solat Asar
3.00 P.M              :               Who wants to be a Mumtazah
4.45 P.M              :               Solat Maghrib/rehat/makan/solat isyak
8.00 P.M              :               MAAL HIJRAH (Kemana  hala tuju kita?)

HARI KEDUA: 26 NOVEMBER 2011 (SABTU)

7.00 A.M              :               Sarapan
8.00 A.M              :               Wanita dan Kesihatan
10.30 A.M            :               Restart IQ
11.30 A.M            :               Rehat/solat
12.30 P.M            :               Explorace RNSK
2.30 P.M              :               Solat Asar
3.00 P.M              :               Rehat
7.15 P.M              :               Perasmian Penutup
                                                                -ucapan pengarah program
                                                                -ucapan pegawai
                                                                - Penyampaian hadiah/slot khas HEWI/persembahan/slide show


gambar sekadar hiasan

      
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia


PEARLS IN YOU III SESI 2011



SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

KUMPULAN 1:   UTKRSTA’ (INDIA)
KETUA:                 1. AISYAH BT MAZLAN
                                2. NORASYIKIN BT BAHAROM
                                3. HILWA BT MAHMAD
                                4. IDA HARYANI BT MOHD SAFARY
                                5. NUR ZALEHA BT AB. TALIB
                                6. NUR FARAHIN BT ABDUL HALIM
                                7. NUR LIYANA BT MOHAMAD RUSHDAN


KUMPULAN 2:   USUHAN  (KOREA)
KETUA:                 1. MUNIRATUL  AQILAH BT MUKHTAR
                                2. SYAHIRAH BT YUSOF
                                3. NOR HALIMAH BT ISMAIL
                                4. ANNIMAH BT ABU RIJAL
                                5. SITI NUR SYUHAIDA BT ABU HANIZAN
                                6. SALMI SHAKIRAH BT SELAMAT
                                7. NABILAH BT SHAMSUDDIN


KUMPULAN 3:   CHUSEDE  (CHINA)
KETUA:                 1. NURASYIKIN BT RAMLI
                                2. KHAIRUNNISA BT JAURI
                                3. NUR FATIHAH BT MOHAMAD FISAL
                                4. SITI ATHIRAH BT ABDUL RAHIM
                                5. NURUL SHUHADA BT ANUAR
                                6. NUR AMIRAH NABILAH BT AWANG
                                7. NURUL HANA BT HAMZAH


KUMPULAN 4:   CHENAK  (THAILAND)
KETUA:                 1. SITI HUMAIRA BT ROSLI
                                2. AMIRAH SABRINA BT IBRAHIM
                                3. NUR AZIEMAH BT OTHMAN
                                4. SITI FARHANA BT ABD MALIK
                                5. SITI RAMIZAH BT RAMLAN
                                6. KHAIRUN NAJWA BT ALI
                                7. SITI RODHIAH BT ZORKARNAIN


KUMPULAN 5:   TUYET VOI  (VIETNAM)
KETUA:                 1. NUR HAFIZAH BT ABD LATIF
                                2. NUR HANIS BT MOHD MANSOR
                                3. NORAASIKIN BT MOHD ALOWEY
                                4. NUR JANNAH ATHIRAH BT ARIF
                                5. FATEN SAKINAH BT SHAWARUDDIN
                                6.SYAZA MUTHIRAH BT ABD WAHAB
                                7. NURUL AZURA BT ALIAS


MAKLUMAN:
1->> BOLEH SEARCH NAMA NADA KUMPULAN DI INTERNET DENGAN KATA CARIAN ممتازة

2->> DIHARAPKAN SETIAP KUMPULAN DAPAT MENYEDIAKAN TREDMARK MASING-MASING DENGAN PENGGUNAAN BAHASA YANG BEBAS.

3_>> SESIAPA YANG TIDAK TERSENARAI NAMANYA DI ATAS DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT SERTA MENGIKUTI PROGRAM.

TERIMA KASIH ^_^

gambar sekadar hiasan


Friday, 21 October 2011

NIKMAT DAN UJIAN



Dalam hidup ini, nikmat dan ujian amat sinonim dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Kadangkala kita terleka dan alpa dengan nikmat sehingga Allah menurunkan ujian kepada kita sebagai satu peringatan, tetapi masih ada juga antara kita yang masih tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya. Berdasarkan tajuk di atas, saya telah memilih tema NIKMAT ALLAH DI CELAH UJIAN sebagai bingkisan buat entry kali ini. Mungkin ada yang terfikir apa motif sebenar saya memilih tema ini sebagai entry saya. Sebelum saya mengulas tajuk ini dengan lebih lanjut, ingin saya berkongsi satu kisah yang tajuknya juga sama seperti di atas. Hayati kisah ini:

Pada pertengahan1997, Hafizuddeen Mohd Napiah menghidapi sejenis penyakit yang menyerang bahagian otak. Ahli keluarga membawa dia dari sebuah pusat rawatan ke sebuah pusat rawatan yang lain dalam usaha untuk mengesan dan mengubati penyakit yang Allah ujikan kepadanya.
Ketika itu dia bertugas di Pertubuhan Peladang Negeri Perlis dan menetap bersama ibu bapanya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar. Ketika mula menderita sakit, dua minggu lamanya dia mengalami sakit kepala yang kronik. Saban hari dia menahan sakit dari jam sebelas pagi hingga enam petang.
“ Hari-hari sakit kepala pada waktu yang sama, pasal apa?” Soalan dari ketua tempat dia bekerja ini tidak mampu dijawabnya. Dia sendiri pun tidak tahu penyakit apa yang menyerangnya.
Oleh kerana selalu sangat sakit kepala, dia terpaksa kerap ambil cuti. Isterinya, Syahlina yang sedang mengandung kali kedua bimbang melihat keadaannya, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Waktu sakit kepala itu menyerang, picitan tidak menghilangkan rasa sakitnya.
Kira-kira dua minggu kemudian, Hafizuddeen koma ketika sedang duduk menonton berita di rumah. Waktu dia sedang meriba anak sulungnya yang berusia setahun lebih, apabila kepalanya berasa ringan bagaikan melayang. Selepas sempat menyerahkan anak kecilnya ke tangan ayahnya yang duduk berhampiran, dia memanggil-manggil ibunya, tetapi pandangannya terus gelap dan dia terbaring di lantai ruang tamu.

Malam itu keluarganya mengejarkan Hafizuddeen ke Hospital Kangar dalam keadaan dia koma. Mulutnya mengeluarkan cecair seakan-akan muntah ketika ayah, abang sulung dan adik bongsunya membawanya ke hospital dengan kereta Kancil. Keadaannya sangat kritikal. Dua hari dia koma.
Sedar dari koma, sakit kepalanya bertambah serius.Kerap kali Hafizuddeen akan berguling-guling menahan sakit. Doktor di Hospital Kangar gagal mengesan penyakit Hafizuddeen disebabkan kekurangan peralatan dan kepakaran. Adik-beradik tidak bersikap menunggu, sebaliknya terus berikhtiar membawanya ke sebuah klinik swasta.

Selepas proses imbasan masih gagal mengesan sebarang penyakit, ikhtiar lain pula dicuba. Mereka membawanya ke sebuah klinik pakar di Pulau Pinang. Selepas sekali lagi menjalani proses imbasan, barulah penyakitnya dapat dikesan. Doktor mengesahkan Hafizuddeen menghidap arteriovenous malformation (AVM) iaitu pendarahan otak yang berpunca daripada satu kelainan saluran darah di otak.

Atas nasihat pakar itu, keluarga merujuk kes Hafizuddeen ke Jabatan Neurosurgeri di Hospital Ipoh di mana dia menjalani rawatan dengan prosedur ‘burrhole’. Tetapi rawatan ini tidak memadai untuk menyembuhkan penyakitnya. Pakar perunding dan ketua Jabatan Neuri surgery hospital berkenaan, Dr. Saffari Mohd Shapani menyarankan Hafizuddeen menjalani rawatan radiosurgeri. Jika lambat dia mungkin akan mengalami pendarahan otak dan mendapat sawan.

“Kaedah rawatan ini masih baru tetapi efektif dan berisiko rendah”, beritahu Dr. Saffari. Doktor yang prihatin ini bersedia membantu menguruskan dan mengambil bahagian dalam rawatn itu kelak.
Hafizuddeen hanya pasrah. Pergantungan hatinya Cuma dengan Tuhan di samping mengharapkan doa daripada ibu ayah dan isteri tercinta. Apa yang tidak diketahui ketika itu ialah bagaimana ibu bapanya dan adik-beradiknya bertungkus-lumus mengumpul wang sebanyak RM 22,000. Itulah anggaran kos rawatan radiosurgeri untuknya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Demi melihat Hafizuddeen kembali sihat, adik-beradiknya bersatu hati. Hingga akhirnya Allah izinkan biaya sebanyak itu disediakan. Bagaimanapun pada saat akhir, RM 6000 lagi diperlukan untuk mencukupkan RM 28,000. Sekali kesatuan hati antara adik-beradik berjaya menyelesaikan masalah apabila seorang menambah sumbangan. Semua ini diluar pengetahuan Hafizuddeen.

Di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Hafizuddeen dipantau sehari suntuk dari Sembilan pagi hingga enam petang. Dr. Saffari sendiri mengambil bahagian penting dalam prosuder rawatan stereotaktik radiosurgeri atau ‘pisau X’ itu. Rawatan ini hanya mengambil masa 30 minit.

Alhamdulillah,Hafizuddeen selamat menjalani rawatan itu. Benih penyakit di otaknya berjaya dibuang. Keadaannya pulih seperti sediakala. Tiada langsung kesan-kesan penyakit seperti sebelumnya. Malah esoknya dia sudah dibenarkan pulang!

Selain daripada melihat kasih sayang Allah di sebalik ujian penderitaan yang dialaminya, peristiwa itu menyedarkan Hafizuddeen pada kasih sayang keluarga dan adik-beradik. Mereka sanggup bersusah-payah untuk melihat dia kembali sihat. Kalau sebelumnya dia kadang-kadang berasa agak tersisih daripada keluarga dan rasa kurang diberi perhatian. Kini dia sedar betapa mereka sangat mengambil berat akan dirinya. Dia berasa lebih dekat dengan keluarga dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan mereka.

Selang beberapa hari selepas dia pulang ke pangkuan keluarga, isterinya selamat melahirkan bayi kembar dua yang comel; seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Masya-Allah....ada nikmat yang besar di celah ujian.

Banyak pengajaran dan nilai moral yang boleh kita dapat daripada kisah di atas. Bagi saya pengajaran yang paling terkesan adalah kita hendaklah redha dengan semua ketentuan Tuhan dalam apa yang terjadi dalam hidup kita sama ada baik ataupun buruk. Hal ini kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang terselit disebaliknya. Dalam konteks nikmat, amat sedikit manusia yang bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan Allah. Memang tidak dinafikan manusia itu mudah lupa, tetapi jangan kekurangan itu dijadikan satu alasan untuk kita terus menjadi alpa. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda :
“Dunia nikmat yang sering manusia lupa; nikmat sihat dan nikmat waktu lapang” (riwayat Muslim dan Bukhari)
Lihat sahaja keadaan remaja pada hari ini yang dilihat semakin serius. Mereka sengaja menyakitkan diri dan membahayakan kesihatan mereka dengan menyalahgunakan dadah, minum minuman keras, melakukan seks bebas dan yang paling menyedihkan terdapat remaja perempuan yang tegar menggugurkan kandungannya untuk menutup malu. Di mata masayarakat dan keluarga berjaya dikaburi tetapi pada Allah, Tidak malukah mereka? Tepuk dada tanyalah iman. Seterusnya gejala-gejala tersebut turut membawa kepada pembaziran masa dan mensia-siakan waktu lapang.

Dalam konteks ujian pula, Allah sering mendatangkan ujian kepada manusia untuk menguji tahap keimanan seseorang. Terdapat dua bentuk ujian yang sering Allah turunkan kepada manusia, iaitu : kesenangan dan kesusahan. Ujian kesenangan sebenarnya untuk menguji sama ada seseorang manusia itu bersyukur atau kufur. Ujian ini boleh menyesatkan lagi manusia atau mendekatkan lagi manusia kepada penciptanya dengan bersyukur. Contoh ujian kesenangan yang acap kali dilihat adalah kekayaan yang melimpah ruah. Seterusnya, ujian kesusahan merupakan ujian yang Allah turunkan kepada hamba-Nya untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang manusia. Setiap kesulitan dan kesusahan yang terjadi dalam hidup manusia itu berlaku berdasarkan kemampuan manusia itu sendiri. Seperti firman Allah dalam al-Quran :
Mafhumnya : “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.                 (surah al-Baqarah:284)
Dan ketahuilah bahawa setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini semuanya ada hikmah di mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung di langit dan bumi. Kadang-kadang perkara yang kita suka itu sendiri membawa kemudaratan kepada diri kita tetapi pekara yang kita benci itulah yang membawa kebaikan kepada kita. Allah juga telah berfirman dalam ayat suci al-Quran :
Mafhumnya : “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (surah al-Baqarah:216)

Jadi, janganlah kita mudah melatah dengan setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita. Bersabarlah dan hadapinya dengan tenang dan redha. Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang yang bersabar. Terpulanglah kepada kita untuk menilai di mana baik dan buruk kerana setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran. Jangan jadi seperti binatang yang hanya tahu bertindak tanpa berfikir.

Kesimpulannya, nikmat dan ujian merupakan elemen penting yang akan menjadi rencah dalam kehidupan kita. Kita akan menjadi mukmin yang kuat mental dan fizikal jika menggunakan dua elemen ini pada jalan yang betul. Semua sedia maklum bahawa Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah kerana mukmin yang kuat diperlukan untuk menegakkan syiar Islam dan menjadi penggerak kepada dakwah islamiyah. Ingatlah bahawa setiap ujian itu pasti terdapat nikmat di dalamnya dan setiap nikmat itu merupakan salah satu ujian untuk menguji sama ada kita bersyukur ataupun tidak. Akhir kalam, semua yang yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri, hakikatnya kedua-duanya datangnya daripada Allah. Wallahua’lam.

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa berdukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah mukmin” (riwayat Ahmad dan al-Hakim)





Oleh,
Khairun Najwa binti Ali






  
                                                                             

Tuesday, 4 October 2011

Kedudukan Syaqah & Bilik


APARTMEN 3B

1.       NUR AZIEMAH BINTI OTHMAN                                  (D)
2.       MUNIRATUL AQILAH BINTI MOKHTAR                   (D)
3.       SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU HANIZAN              (D)
4.       NOREHAN BINTI MOHD YUNAN                                  (A)
5.       NUR SYAZANA BINTI SHUKOR                                    (A)
6.       NORAASIKIN BINTI MOHD ALOWEY                         (B)
7.       NUR AMIRA NABILAH BINTI AWANG                      (B)
8.       SITI RODHIAH BINTI ZORKARNAIN                            (B)

APARTMEN 4A

1.       ANNIMAH BINTI ABU RIJAL                                         (D)
2.       NABILAH BINTI SAMSUDDIN                                        (D)
3.       NURFATIHAH BINTI MOHAMAD FISAL                     (D)
4.       NADIA NURDIANA BINTI BAHRUM                             (D)
5.       SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF                                    (A)
6.       NUR LIYANA BINTI RAMLAN                                         (A)
7.       NURJANNAH ATIRAH BINTI ARIF                                (A)
8.       NURSUHADAH BINTI JAURI                                            (B)
9.       SYARIFAH DURA ‘AISHAH BINTI SYED HASHIM    (B)
10.   FATEN SAKINAH BINTI SHAWARUDDIN                   (B)

APARTMEN 4B

1.       KHAIRUNNISA BINTI JAURI                                         (D)
2.       SITI FARHANA BINTI ABDUL MALIK                        (D)
3.       AIN SYAFIQAH BINTI MUHAMAD MUHSIN           (D)
4.       SITI RAMIZAH BINTI RAMLAN                                   (A)
5.       NUR HANIS BINTI MUHAMAD MANSOR                 (A)
6.       SYAZA MUTHIRA BINTI AB WAHAB                        (B)
7.       SITI HUMAIRA BINTI ROSLI                                          (B)
8.       NUR FARAHIN BINTI ABDUL HALIM                         (B)

APARTMEN 5A

1.       NOR HAFIZAH BINTI ABDUL LATIF                               (D)
2.       NOR HALIMAH BINTI ISMAIL                                          (D)
3.       NURASHIKIN BINTI RAMLI                                                (D)
4.       IDA HARYANI BINTI MUHAMAD SAF                           (A)
5.       NOORAFFIDA BINTI MD. KAMAL                                    (A)
6.       NURZALEHA BINTI AB TALIB                                           (A)
7.       NUR LIYANA BINTI MUHAMAD RUSHDAN                  (B)
8.       HILWA BINTI MAHMAD                                                      (B)
9.       SALMI SHAKIRAH BINTI SELAMAT                                 (B)




APARTMEN 5B

1.       FATIN IZZATI BINTI NOORAZMI                                (D)
2.       RODZIAH BINTI SANUDIN                                             (D)
3.       AISHAH BINTI MAZLAN                                                (D)
4.       SITI ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM                         (A)
5.       NURSYAHIDA BINTI MOHD ADAM                            (A)
6.       NURUL HANA BINTI HAMZAH                                    (B)
7.       NURUL SYUHADA BINTI ANUAR                                 (B)
8.       KHAIRUN NAJWA BINTI ALI                                         (B)



PETUNJUK :
D = BILIK DEPAN
A = BILIK AMPAIAN
B = BILIK BELAKANG

Sunday, 25 September 2011

...Aurat...


      Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.


Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :              
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)

Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.

Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.

Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.



Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.

Saturday, 10 September 2011

MAKLUMAN UNTUK AKHAWAT

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
SENARAI NAMA AHLI APARTMEN (AKHAWAT) SESI 2011/2012 
APARTMEN 3B
1.       NOREHAN BINTI MOHD YUNAN
2.       NORAASIKIN BINTI MOHD ALOWEY
3.       NUR AZIEMAH BINTI OTHMAN
4.       MUNIRATUL AQILAH BINTI MOKHTAR
5.       NUR SYAZANA BINTI SHUKOR

APARTMEN 4A
1.       NUR LIYANA BINTI RAMLAN
2.       ANNIMAH BINTI ABU RIJAL
3.       SYAHIRAH BINTI MOHD YUSOF
4.       NABILAH BINTI SAMSUDDIN
5.       NURFATIHAH BINTI MOHAMAD FISAL
6.       NURSUHADAH BINTI JAURI
7.       SYARIFAH DURA ‘AISHAH BINTI SYED HASHIM
8.       NADIA NURDIANA BINTI BAHRUM

APARTMEN 4B
1.       SITI HUMAIRA BINTI ROSLI
2.       KHAIRUNNISA BINTI JAURI
3.       SITI FARHANA BINTI ABDUL MALIK
4.       AIN SYAFIQAH BINTI MUHAMAD MUHSIN
5.       NUR HANIS BINTI MUHAMAD MANSOR
6.       SYAZA MUTHIRA BINTI AB WAHAB 

APARTMEN 5A
1.       NOR HAFIZAH BINTI ABDUL LATIF
2.       HALIMAH BINTI ISMAIL
3.       IDA HARYANI BINTI MUHAMAD SAFARY
4.       NURASHIKIN BINTI RAMLI
5.       NUR LIYANA BINTI MUHAMAD RUSHDAN
6.       HILWA BINTI MAHMAD
7.       NOORAFFIDA BINTI MD. KAMAL

APARTMEN 5B
1.       NURSYAHIDA BINTI MOHD ADAM
2.       NURUL HANA BINTI HAMZAH
3.       FATIN IZZATI BINTI NOORAZMI
4.       RODZIAH BINTI SANUDIN
5.       AISHAH BINTI MAZLAN

      Nama yang di atas tidak termasuk dengan ahli baharu (adik-adik baru).Sebarang makluman lanjutan akan diberitahu kemudian.    
      Sebarang pertanyaan boleh emailkan atau facebook kepada Saudari Nor Halimah atau Saudari Khairunnisa.Kesulitan amat dikesali.


Friday, 5 August 2011

Tahajjud Cinta

Assalamualaikum w.b.t..buat semua akhwat,
Tawaran istimewa sempena Ramadhan (selain Ramadhan pun tawaran istimewa juga ^^ insyaAllah)

                    HARI        :   Sabtu (malam Ahad)
 TARIKH     :    6/8/2011
   TEMPAT     :    Syaqah 4A
  JAM          :    2.00 Pagi

Haaaa, ada apa dengan malam Ahad?..Jeng jeng jeng..


Jom ! Sama-sama QIAMULLAIL. Moga diberi kekuatan dan kesempatan dariNya.Moga mendapat keberkatan dari Allah.



Thursday, 4 August 2011

Seuntai kata untuk dirasa..

Assalamualaikum warahmatullahi barokatuh...
Alhamdulillah..thummal hamdulillah..Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi..Syukur pada Nya,, dengan limpahan kasih sayangNya kita masih bisa meneruskan perjuangan hidup di bulan Ramadhan Mubarak ini..

Sempena bulan kareem ini, kami cukup berbesar hati untuk menghadiahkan kalian beberapa mutiara kata dari beberapa barisan kepimpinan HEWI MTPANSM.. Moga sama-sama beroleh manfaat darinya..

      " Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa.Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat.Aku mencari segala bentuk rezeki tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar"-Khalifah Umar-
Salam Ramadhan untuk semua.
Ustzh Syahirah binti Mohd Yusof-Ketua Hewi MTPANSM

     " Bismillahirrahmanirrahim...Sesungguhnya bagi orang yang "lurus niatnya", hidup ini adalah pentas untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan dirinya kepada Allah s.w.t.Dengan berkata"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, tuhan semesta alam.Adapun bagi orang yang "tersalah niatnya", malah "tidak punya niat" dalam menjalani kehidupan dimuka bumi ini.Orang seperti ini tidak sedar arah dan tujuan hidupnya.Bagi mereka hidup ini tidak lain setakat silih berganti siang dan malam dan tidak ada misi yang mesti dilaksanakan......
Ramadhan Kareem buat semua.Bersama-samalah kita mengambil peluang berada di bulan yang mulia ini, dalam mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.Jadi usah tertumpu kepada amal fardhiyah sahaja.Harus diingat, amal jama'ie tidak kurang pentingnya.Kerana RAMADHAN BULAN KESATUAN UMMAH.
Ustzh Noraasikin Binti Mohd Alowey-Timbalan Exco Dakwah dan Tarbiyah 


     " Kehadiran Ramadhan itu berkali-kali, namun hidup hanya sekali, jadilah hamba yang pandai menghargai, semoga Ramadhan kali ini mampu meningkatkan taqwa dalam diri, dalam perbuatan seharian, dan bukannya sekadar lakonan bulan Ramadhan tetapi permulaan untuk kehidupan selepasnya.. "
Ustzh Nor Halimah Binti Ismail-Timbalan Exco Pendidikan


RAMADHAN KAREEM.Moga kita sama-sama beroleh rahmat dan limpahan maghfirah dalam bulan yang dijanji Allah dengan 1001 keberkatan ini.Amin...Wallahu'alam
               

Saturday, 30 July 2011

Doa paling utama di bulan Ramadhan


Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Surah Al-Baqarah:183



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.



Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w.  iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.Amin..

Let's try it..

AYAM DAUN PANDAN


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
2 sudu besar sos tiram
2 sm halia muda ] dikisar
2 ulas bawang putih]
Madu secukupnya
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Beberapa helai daun pandan
Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan yang lain hingga rata. Perapkan selama 30 minit. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam ini hingga garing. Ketika masih panas, bungkuskan ayam ini dengan daun pandan.

Friday, 22 July 2011

..SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA..


FORMULA DARI ALLAH

Nora Elena : Saya rasa, hati saya bermasalah la. Saya rasa tak suka sangat dekat seorang ni dan saya tak boleh nak maafkan kesalahan-kesalahan dia. Walaupun kadang-kadang dia tak buat jahat pada saya, tapi bila dia buat jahat pada rakan-rakan saya, saya rasa sakit hati sangat dengan dia, macam mana ek?
Asyikin : Tak boleh macam tu. Setiap orang buat salah, awak fikirlah kesalahan awak  dekat orang lain pun banyakkan sebelum ni. Mungkin dengan cara kita memaafkan orang lain, orang-orang lain yang pernah kita aniayai akan turut terbuka hati untuk memaafkan kita kan.
Nora : Tapi saya memang tak boleh la. Kalau orang buat jahat kat saya sekali, saya akan buat jahat pada dia tiga kali.
Asyikin : Kalau macam tu, awak hutang dia lebih la. Dia kene minta maaf dekat awak sekali je, tapi awak kene minta maaf pada dia 3 kali.
Nora : Arh..sape suruh dia jahat sangat dan pentingkan diri…orang lain pun ada perasaan jugak…dia la yang kene minta maaf.
Asyikin : Tak pe la…anggaplah sebagai kifarah kejahatan kita pada orang lain sebelum ni…awak buat baiklah pada dia, bagi hadiah ke, mungkin hati kita akan lebih terbuka untuk maafkan dia.
Nora :Takde maknanya…nak maafkan pun susah…ni nak bagi hadiah….mustahil
Asyikin : dengar ni…
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.(surah Fussilat : 34)

Nora : Ala…kalau kita buat baik je pada dia, mana dia nak sedar kesalahan dia. Boleh tak, saya tak nak buat apa-apa dan hanya bersabar je dalam beberapa waktu lagi?
Asyikin : Terpulang…tapi formula ni bukan saya yang cipta…formula ni Allah yang bagi sebagai panduan hidup kita, untuk kita gunakan dalam berhadapan dengan hablumminannas.
Nora : hmmm…

Formula dari Allah
Kadang-kadang apabila berhadapan dengan masalah, kita kurang merujuk Al-Quran. Kalau rujuk pun, kita seakan kurang yakin dengan solusi yang diberikan. Sedarkah kita bahawa segala yang tercatat di dalamnya adalah kalam Allah untuk kita? Siapa lagi yang lebih mengetahui tentang kita, selain Yang Menciptakan kita semua?

HABLUMMINANNAS
Hidup ini tidak lari daripada ujian. Lebih-lebih lagi apabila kita memilih untuk hidup bermasyarakat, tidak menjadi kera sumbang seorang diri, kita pasti akan berhadapan dengan ujian dalam perhubungan sesama manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan antara kita semua. Namun dalam menangani masalah ini sebaik-baik perkara yang boleh kita lakukan adalah…

1.Berbaik sangka
Berbaik sangkalah kepada sesiapa sahaja yang telah secara sengaja atau tidak mengguris hati dan perasaan kita. Tak semua orang punya sensitiviti yang sama. Cara didikan dan persekitaran juga berbeza membuatkan tak semua yang kita rasa tidak elok dilakukan, tidak elok juga bagi orang lain. Contohnya, bagi Aminah, bercakap dengan bahasa kiasan itu, lebih mudah diterima hati sedangkan Siti berpendapat, dengan berterus terang barulah orang tidak tersalah tafsir maksud yang hendak disampaikan. 2 cara yang berbeza, dan 2 penerimaan yang berbeza daripada setiap orang. Jadi, untuk mengelakkan sebarang persengketaan dan salah faham, lebih baik kita bersangka baik kepada orang lain yang mungkin punya citarasa tersendiri.

2.Berbuat baik
Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW,

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (riwayat Ibnu Abi Dunya)

Maka dengan itu berbuat baiklah kepada semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang pernah berbuat salah kepada kita. Kerana sesungguhnya itu lebih baik untuk diri kita.

3.Belajar memaafkan orang lain
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)
“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)

Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada setiap malam.
Diakui, tak mudah sebenarnya untuk kita mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)

Segala usaha anda menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kita membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW?
Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita akan bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia pada masa akan datang. Belajarlah menerima kekurangan orang lain.
Juga belajarlah untuk menjadi peribadi yang menyenangkan orang lain. Berbuat baiklah, bersangka baiklah pada saudara-saudara kita, walau seburuk manapun perangai mereka di pandangan kita. InsyaAllah, dengan kebaikan yang kita hulurkan, ramai yang akan terkesan dan berlembut hati dengan kita.
Tidak rugi mengalah dan memaafkan orang lain. Niatkan kita berukhuwwah keranaNya. Kita memaafkan juga keranaNya. Semoga ujian hablumminannas ini dapat kita hadapi dengan rasional. Semoga dengan kesabaran kita, Allah tingkatkan keimanan kita kepadaNya, insyaAllah.

credit to : Azzariyat.com