LAPORAN MAJLIS PELANCARAN “KEMBARA
UKHUWAH” 2011
RNSK, 15 April 2011: Exco Perumahan bersama Exco
Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama unit Hal Ehwal Wanita Islam, Majlis
Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir telah berjaya melaksanakan
satu Majlis Pelancaran “Kembara Ukhuwah” Jumaat lalu.Bermula pada jam 9.00 pagi
dan berakhir pada jam 11.00 pagi, majlis ini telah dirasmikan oleh ayahanda,
Tuan Hj. Mohd Zin Bin Abu, Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan
Mesir.Turut hadir sama ialah bonda Puan Hjh. Habsah Binti Omar merangkap
Pembantu Tadbir Pejabat Rumah Negeri Sembilan Kaherah, juga pengerusi Majlis
Tertinggi Pengurusan Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Shah Bin Rafiee.
Dengan tema “Ukhuwah Disemai Matlamat Dicapai”
Kembara Ukhuwah atau sinonimnya lebih dikenali sebagai Kem.U adalah suatu
pendekatan baru yang diharapkan dapat membina dan merapatkan ukhuwah di
kalangan akhawat di Rumah Negeri Sembilan di samping beberapa pendekatan lain
yang melibatkan kerohanian dan thaqafah.
OBJEKTIF
Kembara Ukhuwah ini adalah merupakan kesinambungan
daripada beberapa objektif.Antara objektif Kem.U ialah:
1. Mengeratkan ukhuwah sesama ahli rumah.
2. Mewujudkan biah solehah.
3. Mengekalkankebersihan dan keceriaan rumah.
4. Memantapkan thaqafah di kalangan ahli.
Melihatkan kepada objektif Kem.U ini, adalah diharapkan
agar dapat membantu memupuk
rasa cinta dan sayang antara akhawat Rumah Negeri Sembilan, khususnya di
samping beberapa pengisian dan aktiviti yang mendidik jiwa,menjana minda serta
menjaga keceriaan dan kebersihan rumah masing-masing.
HARAPAN
Menjadi
harapan agar semua akhawat khususnya yang berada di Rumah Negeri Sembilan dan
semua amnya dapat sama-sama menjaga ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita,
saling ingat mengingatkan antara satu sama lain, juga mengambil berat hal-hal
sekeliling.Tidak dilupakan juga perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan menjadi pegangan kita disepanjang kehidupan.Kerana seperti peribahasa Melayu,Bersatu kita teguh, bercerai kahwin lagi kita roboh.
Mudah-mudahan apa yang cuba kita sama-sama laksanakan ini diterima
sebagai satu ibadah oleh Allah S.W.T. Moga Allah merahmati dan meredhai kita
semua.Amin
|
Tayangan slide show |
|
Nyanyian lagu tema |
|
Bacaan doa Rabithah |
Kalam
Tanbih:
Dalam
hadith Qudsi,Allah S.W.T berfirman:
“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling
mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana
Aku; cinta-Ku mesti bagi org2
yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti
bagi org2 yang saling
mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi org2
yang saling memberi kerana Aku"