TAUFUFA TIMUR TENGAH aka TAUFUFA SAKURA (nama
asalnya dari blog pemilik asal)
nampak menarik kan? tp ini taufufa Malaysia ye.Gambar sekadar hiasan menambah semangat untuk mencuba masakan.:) |
Berada di negara orang membuatkan kita
perlu berdikari. Tatkala kaki melangkah ke bumi Mesir, banyak pula makanan
melayu yang dirindui. Apa yang pasti, sangat mustahil untuk mendapatkan makanan
yang 100% sama dengan makanan melayu disini. Untuk memenuhi keinginan
perut kita, terpaksalah kita mencipta satu resepi sendiri. Kepada sesiapa yang mempunyai
keinginan untuk makan Taufufa, jangan gusar, jangan sedih. InsyaAllah saya ada
penyelesaian kepada kegundahan hati kalian. Ingin berkongsi resepi membuat
taufufa segera yang dinamakan “Taufufa Timur Tengah’ sempena ia dicipta di bumi
Mesir di Timur Tengah.
BAHAN-BAHAN:
1) tauhu (yang biasa dijual ustaz-ustaz Indonesia yang rajin)
2) gula
3) air
CARA_CARA MEMBUATNYA:
1) masukkan gula kedalam air
dan didihkan untuk menghasilkan air gula
2) susun tauhu ke dalam bekas
3) siram tauhu dengan air gula
yang dimasak tadi
4) simpan didalam peti sejuk
selama beberapa jam
InsyaAllah rasanya seperti
taufufa di Malaysia malah mungkin lebih sedap dari itu. Selamat mencuba~