Al-Ma`thurat merupakan sebuah karya Hassan Al-Banna,iaitu seorang tokoh sejarawan islam..Ia mengandungi bacaan yang menjadi amalan junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W...Hari ini Al-Ma`thurat tidak lagi diketahui dan diamalkan oleh ahli jemaah islam sahaja,bahkan ia turut menjadi satu wirid yang digunakan oleh masyarakat umum.Namun terdapat di antara golongan ini yang mengamalkannya sahaja tanpa mengetahui kelebihannya.Dan ada pula yang mengetahuinya tapi tidak mengamalkannya atau istiqamah.Realiti hari ini,Al-Ma`thurat tidak lagi dijadikan sebagai pembuka majlis tapi cukup sekadar bacaan Al-Fatihah sahaja.
Oleh itu,antara kelebihan Al-Ma`thurat adalah:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga
5. Selamat dari segala sesuatu
6. Allah menyempurnakan nikmatnya keatas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya
9. Terhindar daripada syirik
10.Selamat dari bisa dan sengatan semua makhluk yang beracun
11.Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
12.Berhak untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.
13.Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sebaliknya.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa.
Perlu diketahui bahawa ketahanan Al-Ma`thurat hanya selama 12jam.Itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh,maka perlu diperbaharui selepas waktu asar.Semoga ia menjadi amalan kita bersama bagi memperoleh keredhaanNya.Semoga segala amalan kecil yang kita lakukan membantu kita diakhirat kelak..insyaALLAH..AMINNN!!!!