Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Tuesday, 29 January 2013

PEARL'S IN YOU SIRI 4...


Langkah mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia.Manusia sering memburu cinta yang berbeza.Ada yang memburu cinta wanita,suami,harta dan sebagainya.Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah.Cinta Allah-lah yang layak dikejar.
  Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi menakutkan.Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
  • Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu,tidak kira melakukan ibadah atau saat memerlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah,termasuk hati dan juga lidah.
  • Anggap dunia sebagai sebuah penjara.Abu hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."(Riwayat Muslim no 7606)Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan?Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya?Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
  • Renew.Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah.Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat.Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan,lakukanlah yang lain pula.
  • Aktif.Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak,pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
  • Ikhlas.Pastikan cinta kepada Allah ikhlas haya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
  • Pinta.Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cinta-Nya.Oleh sebab itu,pintalah daripada Allah cinta-Nya,dan laksanakan amalan yang di sukai-Nya.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang di benci-Nya.

Lazatkah maksiat?

Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara,sama ada berada dalam maksiat atau taat.Apabila Rasulullah s.a.w menyebut tentang "halawah al-iman",fahamlah kita bahawa iman itu manis.Taat kepada Allah itu manis.Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis.Membaca Al-quran,solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu,qiamullail itu semua manis.
   Namun,kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?Mungkin kerana hati kita sedang lazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis.Maka,hilanglah lazat dalam ketaatan.Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit.Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.
   Persoalannya,lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat?terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya.Tika itu,masih lazatkah jiwa?Mari kita telusuri beberapa maksiat.

Tidak memberi cahaya dalam hidup
  Usia remaja seharusnya di fokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh.Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.Namun,jika hidup disibukkan dengan maksiat,masih adakah ruang untuk ilmu melekat?
  Mungkin ada yang keliru"Kenapa ada kawan saya ni,nampak enjoy je selalu,tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?" Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.
  Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar.Menjadi sunnatullah,sesiapa yang berusaha dia akan dapat.Walau bagaimanapun,sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan diri bergelumang maksiat,ilmu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.
  Kalau betul pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi,maka haruslah  difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja.Sikap itu tidak akan menjamin kejayaanya pada masa-masa akan datang.Sijil yang bakal di genggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti.Tidak akan ada berkat.Tidak akan kemana-mana.Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya?Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat?Sah,kena tipu dek syaitan!!
  Imam al-Syafi`i pernah mengadu kepada gurunya Waki` mengenai hafalannya yang terjejas.Waki`lantas menasihatkannya,"Tinggalkan maksiat".

Disempitkan hidup
  Sama ada kita kaya atau miskin,jika kita suka berlazat dengan maksiat,hidup akan terasa sempit.
  Wahai remaja,adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya? 
   Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesempitan hati. Jika tujuh gunung emas dibentangkan dihadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan kawan baik mula menjauhkan diri daripadanya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaian dengan maksiat baru pula.
  Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya.''
  Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.

Melemahkan hati dan badan
  Kekuatan mukmin adalah pada hatinya.Ia raja kepada anggota badan.Apabila hatinya kuat,maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermatlamat.Ahli maksiat,biar pun badannya kuat,tetapi hatinya lemah dan mudah gelisah.
  Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.
  Abdullah bin Abbas berkata,"sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah,sinar pada hati,kelapangan pada rezeki,dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya".
  Paling menakutkan,ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan,terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dala kemaksiatan.Sewaktu dibangkitkan kelak,diri pasti mengeluh kesal:
 "Aduhai,sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini!!" (Surah Al-Fajr 89 : 24)

sama-sama kita renungkan.. :)


sharpen your potential



Pada hari Rabu bertarikh 23 Januari 2013 pihak Hewi MTPANSM telah menganjurkan sebuah program bersiri Cerah Softskill iaitu ‘Sharpen Your Potential’ . Bertempatkan di surau indah RNSK program dimulakan tepat jam 8:15 minit malam dengan alunan zikir-zikir.Objektif program ini diadakan untuk melahirkan seorang mahasisiwi yang berketrampilan( berani ke hadapan) dan memiliki jati diri yang berkualiti. Program ini diadakan khusus untuk semua serikandi Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) bagi melatih dan memantapkan kemahiran diri yang ada dalam diri setiap serikandi . Penceramah dijemput khas dari Alexandaria iaitu Ustazah Siti Iziatul Hawa binti Yusuf.


  Perbincangan dan perkongsian yang telah di ketengahkan oleh penceramah tersebut ialah tentang seni komunikasi berkesan iaitu pengucapan umum. Menurut saudari penceramah, selaku seorang mahasiswi dan remaja muslimah kita tidak seharusnya terikat dengan tugasan belajar semata-mata, bahkan kita perlu untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam melatih kemahiran dan mempertingkatkan potensi diri khususnya dalam bidang pengucapan umum.
Saudari penceramah yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Bahasa Arab itu mengatakan tidak semua orang itu fasih apabila bercakap di hadapan khalayak ramai. Akan tetapi, kefasihan itu bisa dipupuk dan disemai dalam diri masing-masing sekiranya kita mengetahui cara-cara yang sebenar dalam menyampaikan sebuah pengucapan umum tersebut.


 Antara isi-isi yang dibincangkan dalam slot ‘Sharpen Your Potential’ ini ialah bagaimana untuk menyampaikan sebuah pengucapan umum yang berkesan dan terkesan dengan mengetahui teknik-teknik umum sesebuah pengucapan umum. Teknik-teknik umum tersebut termasuklah pemilihan tajuk yang sesuai, merangka isi-isi yang bernas, penyampaian yang baik dan mengutamakan bahasa yang baik serta kelancaran yang fasih.
Selain mengetahui teknik-teknik umum, latihan berkala perlu dilakukankan agar keyakinan diri dapat ditingkatkan di samping mengurangkan kesalahan sebutan yang berulang semasa penyampaian ucapan umum tersebut. Selesai sahaja pengkongsian, praktikal pula dilakukan. Penceramah menjemput wakil beberapa orang mahasisiwi untuk mempraktikkan apa yang telah dibincangkan sebelum ini. Setiap mereka yang ke hadapan mempraktikkan teori-teori yang telah dipelajari dalam membaca teks Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Reaksi kesemua mahasiswi dan serikandi RNSK sangat positif dan menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan potensi dan kemahiran diri. Program bersurai tepat jam 10:30 malam. Nantikan siri yang akan datang. Allah Mustaan.

Wednesday, 23 January 2013

Organisasi HEWI 12/13

 ORGANISASI HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)
MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR 2012/2013

PENASIHAT
PEGAWAI KEBAJIKAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR

PENGERUSI
MUHAMMAD AUF BIN NORZAN SHAH
Tahun 3 Takhassus Qiraat Shoubra
No.Tel : +201116832468
E-mail : auf_1216@yahoo.com.my


KETUA HEWI

NORAASIKIN BINTI MOHD ALOWEY
Tahun 3 Kuliah Usuluddin Hadith,Kaherah
No.Tel : +201152033210
E-mail : abha_asyikin88@yahoo.com


SETIAUSAHA
(Timb.Exco Kebajikan) 

SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU HANIZAN
Tahun 1 Kuliah Bahasa Arab,Kaherah
No.Tel : +201122138511
E-mail : syue_aida65@yahoo.com my


BENDAHARI
(Timb.Exco Teknikal & ICT)

NURFATIHAH BINTI MOHAMAD FISAL
Tahun 2 Kuliah Usuluddin,Kaherah
No.Tel : +201145874698
E-mail : teha_1208@yahoo.com

AHLIJAWATANKUASA:

1.Timb.Exco Pendidikan

NURSUHADAH BINTI JAURI
Tahun 4 Kuliah Syariah Islamiah,Kaherah
No.Tel : +201146674258
E-mail : isnespain_imanibillah@yahoo.com


2.Timb.Exco Dakwah & Tarbiah
 
AISHAH BINTI MAZLAN
Tahun 3 Kuliah Bahasa Arab,Kaherah
No.Tel : +201116754098
E-mail : aishahm14@yahoo.com


3.Timb.Exco Perumahan

MUNIRATUL AQILAH BINTI MUKHTAR
Tahun 3 Kuliah Bahasa Arab,Kaherah
No.Tel : +201116749337
E-mail : muniraqilah_91@yahoo.com.my


 
4.Timb.Exco Kebudayaan,Kesenian & Sukan

SYARIFAH DURA `AISYAH BINTI SYED HASHIM
Tahun 2 Usuluddin,Kaherah
No.Tel : +201146674280
E-mail : syarifahdura@ymail.com





Tuesday, 22 January 2013

Akan Datang...


sharpen your potential