PABILA DINGIN MENYAPA
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadis Abi Sa'id Al-Khudri, dari Nabiﷺ bersabda,
"الشتاء ربيع الؤمن"
Ertinya: "Musim sejuk itu, musim bunga bagi orang yang beriman"
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dan selainnya, dengan lafaz tambahan, "Panjang malam harinya maka ia menghidupkannya dengan qiyamullail, dan pendek harinya maka ia hidupkannya dengan berpuasa"
Berkata Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali:
"Winter(musim sejuk) adalah Spring(musim bunga) bagi org mukmin kerana pada musim sejuklah subur taman-taman ketaatan dan mudah melakukan amalan kebaikan seperti suburnya tanaman di musim bunga. Jiwa dan hati kita pada musim bunga seperti berada di taman amalan-amalan yang mudah dilaksanakan. Sepertimana haiwan-haiwan di ladang pada musim bunga, penuhnya tanaman menyebabkan haiwan gemuk dan menyihatkan anggota haiwan, begitu jugalah agama orang yang beriman menjadi 'sehat' di musim sejuk oleh kerana dimudahkan oleh Allah untuk melaksanakan ketaatan.
Sesungguhnya orang mukmin itu pada musim sejuk, mampu berpuasa di siang hari tanpa masalah dan kepayahan seperti lapar dan dahaga kerana waktu siangnya adalah pendek dan dingin, hingga kita tidak merasakan halangan dengan berpuasa.
Manakala di waktu malam musim sejuk pula, oleh kerana panjang malamnya, kita boleh tidur secukupnya kemudian masih sempat juga untuk bangun beribadah, membaca Al-Quran dan berqiyamullail. Kita merasakan puas dan cukup tidur, dan dalam masa yang sama rasa cukup juga beribadah, maka bergabunglah kesempurnaan keperluan jasmani dan rohaninya"
Sabda Rasulullah ﷺ lagi: "Berpuasa di musim sejuk adalah harta rampasan yang mudah! (mendapat ganjaran besar tanpa halangan dan kesukaran)" (HR Tirmizi)
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Mas'ud berkata: "Selamat datang wahai musim sejuk yg turun padanya barakah(keberkatan), dipanjangkan malamnya untuk berqiyamullail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa"
Dan daripada 'Ubaid bin 'Umair, apabila datangnya musim sejuk, ia berkata:"Wahai ahli Quran, telah panjang malammu untuk membaca Al-Quran maka bacalah! dan telah pendek siangmu untuk berpuasa maka berpuasalah!
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Mas'ud berkata: "Selamat datang wahai musim sejuk yg turun padanya barakah(keberkatan), dipanjangkan malamnya untuk berqiyamullail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa"
Dan daripada 'Ubaid bin 'Umair, apabila datangnya musim sejuk, ia berkata:"Wahai ahli Quran, telah panjang malammu untuk membaca Al-Quran maka bacalah! dan telah pendek siangmu untuk berpuasa maka berpuasalah!
Allah SWT juga menguji kita agar menjadi penuntut ilmu yang sabar,seterusnya menunaikan hak pada diri sendiri iaitu dengan menjaga kesihatan,supaya apabila sihat,senang untuk kita menuntut ilmu dan yang paling utama adalah dapat beribadah kepadanya.
Berikut diterterakan tips2 buat sahabat2 untuk menjaga kesihatan di musim syita’ ini:-
1) Lazimi minuman panas atau suam serta makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu,coklat(bukan gula-gula),halia,lada dan bawang putih.
2) Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.
3) Pastikan tubuh di lap sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.
4) Elak keluar rumah sejurus selepas mandi .Rehat seketika ( 15 – 30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.
5) Pakai pakaian yang tebal dan selesa(panas) apabila berada di luar rumah.Elak memakai pakaian nipis terutamanya dibahagian dada.
6) Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
7) Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immunity badan .Pengambilan supplement seperti Vitacid@ pil habbatusauda juga digalakkan.
8) Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur,ikan dan daging) dan karbohidrat / kanji ( nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak yang berlebihan.
9) Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.
10) JAUHI TABIAT MEROKOK.Hal ini meningkatkan kecenderunagn untuk mendapat jangkitan pernafasan.Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).
11) Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.
12) Buka tingkap bilik anda (30 minit,sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.
13) Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immunity badan.
14) KECEMASAN- Rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (bertukar menjadi biru/ sangat pucat).
Namun perlu juga diingatkan di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya,kadangkala kita diuji dengan kesakitan.Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada para pesakit supaya mereka berubat.
Sabda Nabi s.a.w : “ Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar “.
Dalam satu peristiwa,orang Arab Badwi telah datang kepada baginda Nabi dan mereka bertanya:
“ Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?” Maka sabda Nabi : “ Ya,wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat,kecuali satu penyakit sahaja.”Maka mereka bertanya,”apakah penyakit itu?” Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Sekian.Selamat beramal.Selamat study.
-HEWI N9 2013/2014-