Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Sunday, 8 February 2015

~Pesanan Hati ke Hati~ [RF.1]


~Pesanan Hati ke Hati~

 
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini. Berkumpul  kerana mengasihiMu,
bertemu kerana mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
maka eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar,
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu,
suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya..
Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

     Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah pemilik CINTA yang sempurna juga pemegang hati-hati setiap hamba-hambanya. Ayuh lahirkan rasa syukur kita atas segala nikmat yang Allah sudi pinjamkan kepada kita yang hanya sebentar cuma. Moga-moga kita sentiasa menjadi hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur.
    
 Jika direnung dan difikir kembali. Allah itu Maha Adil, kerana DIA sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA dengan memberi ujian. Cumanya ujian yang kita hadapi itu barangkali situasinya jauh berbeza dari saudara-mara kita yang berada di Syria dan Palestin sana.. Terkadang ujian yang diberi itu hanya kecil sahaja. Itupun  sudah membuatkan diri kita mengeluh panjang. Lantas hatipun seraya melatah. Seolah-olah ujian itu sebesar gunung. Walhal barangkali ada lagi ujian yang besar menanti kita kelak. Ke mana hilangnya rasa  syukur kita...???? Tepuk dada tanyalah iman.  Usah bertanya pada makhluk yang bernama “nafsu”..!!  Kerana apa?? Kerana nafsu tidak akan pernah puas. Kerana nafsu itu tidak layak untuk dimanjakan jauh sekali untuk dimenangi dan dituruti segala kemahuannya. Selayaknya, nafsu itu sentiasa diasuh dan dididik dengan berpandukan iman dan taqwa yang sebenar.

     Sebagai insan yang berakal, dan beremosi sempurna juga sentiasa yakin dengan setiap janji-janji Penciptanya, kita seharusnya menerima ujian dengan hati yang penuh terbuka dan fikiran yang positif agar nanti diri kita mampu mengatasi setiap ujian yang mendatang dengan bijak. Pujuklah hati bahawa setiap ujian yang mendatang itu adalah satu pertarbiyahan jiwa juga sebagai satu wasilah untuk kita sentiasa dekat disampingNYA. Lebih manis lagi, ujian yang Allah berikan kepada kita merupakan tanda kasihnya dan ingatan Allah pada diri kita, kerana Allah itu Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-hambaNYA mengatasi sesuatu ujian yang Allah berikan. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Allah tidak memberati/membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang                               dilakukannya”.  (surah Al – Baqarah 2: 286)
     Potongan ayat tersebut sudah jelas untuk menjawab persoalan yang sering melanda kotak pemikiran kita yang selama ini kita lupa, kita alpa, yang mana setiap ujian itu datangnya dari Al- Kholiq. Malah kita semudahnya melahirkan keluhan yang panjang tanpa kita menyedari hakikat ujian tersebut kurniaan Allah. Ayuh sahabat!!! Bangkitlah dari lenamu yang panjang. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini.Kita perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita harus menggunakan setiap kurniaan dan kebaikan yang Allah kurniakan kepada kita untuk terus menyumbang pada Islam yang kita cintai. Usah kalah dengan ujian yang melanda malah jadikannya sebagai batu loncatan untuk kita terus tabah dan tenang dalam ketaatan kita kepada Allah Taala.
Sahabat-sahabat seakidahku, ayuh kita renung sebentar petikan dibawah,
“Adakah kebangkitan dan kemenangan Islam itu akan berlaku secara tiba-tiba sahaja..? Gedebuk!!! Nah kau negara Islam”! Begitu.. jawapannya tentu sekali ‘tidak’.
Dan mustahil juga negara Islam Madinah dapat dipertahankan seandainya tidak wujud para sahabat ‘Super Saiya’ yang bermati-matian mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam. Tetapi yang lebih utama, para sahabat tidak mungkin dapat di'Super-Saiya'kan tanpa adanya tarbiyyah, tunjuk ajar dan bimbingan daripada ar-Rasul SAW.
Itulah. Itulah tugas dan kerja kita sekarang ini. Kerja kita adalah mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah... (sila ulang sehingga air liur anda habis) tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tanpa berputus-asa dengan janji-janji Allah. Tanpa ada rasa menyesal walau sedikit sekalipun.

Sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada kita. Semoga apabila kemenangan itu dikurniakan kepada kita, kita sudah benar-benar bersedia untuk membahunya. Juga tahan dan sabar dengan mehnah dan cobaan yang akan datang bersama-samanya. Dan seandainya kita tidak 'menang' di dunia ini sekalipun, kemenangan yang agung dan hakiki sedang menunggu kita di akhirat sana. Allah sentiasa peka dengan kemampuan setiap hamba-hambaNYA.
~Bergembiralah bagi insan yg selalu diuji dan diduga..Kerana engkau diberi peluang olehNya untuk memiliki kelebihan sabar dan syukur kpdNya sedangkan insan yg selalu senang dan bahagia hanya mampu merasai nilai kesyukuran atas nikmatNya..Ingatlah ujian dan dugaan itu mampu mematangkan jiwa dan juga minda, dan kesenangan yg berpanjangan akan lebih memanjakan diri kita...~

"ANNUAL GRAND LIQA'"

ANNUAL GRAND LIQA





Pada 30 Januari 2015, HEWI MTPANSM Sesi 2014/2015 telah mengadakan pelancaran Raudhatul Iltizam dan Kembara Ukhwah atau lebih dikenali Kem-u. Tidak lain dan tidak bukan tujuan penubuhan Raudhatul Iltizam dan Kem-U ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli MTP.
Dengan tema "Muslimah Berthaqofah Pemangkin Srikandi Solehah" Hewi N9 berharap agar setiap ahli menyertai aktiviti yang diadakan dengan jayanya berdasarkan manhaj-manhaj yang telah digariskan.




Sebagai langkah menuju Solehah Program Taakhi juga telah diadakan. uniknya, Taakhi kali ini bukanlah berantai tetapi berpasangan. Semoga kita sama-sama mengingat dan menjaga taakhi kita sebaiknya agar sama-sama ke syurganya


.