Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Friday, 6 March 2015

~Demi Masa~ [RF.2]



M
asa awak kat mana?..Awak kat mana?.. Dalam kesibukkan kita sebagai mahasiswi di bumi Ardhul Kinanah ini,masih ramai lagi diantara kita yang masih terumbang-ambing dalam menguruskan masa mereka. Allah s.w.t telah mengingatkan manusia tentang kepentingan masa dan ketelitian dalam menguruskannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr (Masa) yang bermaksud :
               “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”
Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi Sembilan (9) saranan bagi pengurusan masa yang berkesan:

1.          Menjaga 5 waktu solat sehari semalam – Menunaikan solat tepat pada waktunya membuatkan anda tidak lagi leka dengan kerja-kerja yang tidak bermanfaat dan membantu melicinkan  perjalanan hari anda.

 2.        Budayakan Tabiat Suka Mencatat – Umumnya ramai dalam kalangan kita yang merasa penat kerana terlalu memikirkan banyak perkara, terutama apabila kita cuba untuk memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kenapa tidak cuba untuk membudayakan diri kita membuat catatan, ia sangat membantu meringankan beban fikiran.
Budaya suka mencatat juga dapat memastikan idea tidak dibazirkan hanya kerana kita lupa, sebaliknya dapat dikembangkan. Idea tidak datang selalu, jadi amalkan membawa buku catatan kecil dan pen dimana jua anda berada.

3.         Susun & bezakan Tugas Mengikut Keutamaan – Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan diri kita lebih fokus disamping dapat menjimatkan masa. Elakkan dari mencampur-adukkan tugasan utama dan tugasan sampingan.

4.         Rancangkan Jadual Kerja Anda – Rancang jadual kerja mengikut minggu dan bulan. Peruntukkan waktu untuk merancang kerja dan menyemak kembali pencapaian setiap minggu.

5.         Jadualkan Tugasan Harian Anda – Terdapat tugasan atau perkara-perkara yang dibuat secara rutin setiap hari. Agihkan waktu yang bersesuaian untuk memastikan tugasan tersebut berjalan lancar. Letakkan jadual tugasan anda di tempat yang mudah untuk dilihat.

6.         Berfikir Sebelum Bertindak & Belajarlah Berkata Tidak – Amalkan berfikir sebelum bertindak dan memberikan sebarang persetujuan. Manusia dipegang pada janji dan kerana mudah menerima dan berjanji, maka ramai dalam kalangan kita yang merasa terbeban untuk memenuhinya. Belajarlah untuk berkata tidak kepada perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu dan membazirkan masa.

 7.        Cari hobi yang bermanfaat – Masa yang kosong membuatkan anda menghabiskan masa dengan perkara melalaikan. Luangkan masa anda dengan melakukan hobi yang minat berfaedah.

8.         Kenalpasti Tabiat Buruk Anda– Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, apatah lagi dalam pengurusan masa.  Cuba kenalpasti dan hapuskan tabiat buruk berkenaan. Aktiviti seperti berbual kosong, menonton video secara keterlaluan, melayari internet tanpa tujuan, chatting dsb haruslah di kurangkan.

9.         Jangan Jadi Perfectionist – Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas memerlukan anda mengerahkan kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk dilaksanakan.
Semoga Sembilan (9) saranan ini dapat membantu anda dalam menggunakan masa  dengan sebaiknya terutama dalam konteks seorang mahasiswi. INGAT! Masa dan Ilmu adalah amanah kepada kita. Pepatah arab ada mengatakan : ‘Masa itu ibarat pedang jika anda tidak memotongnya maka ia akan memotong anda’. Marilah kita bersama menjadi Pahlawan Masa,kejarlah masa bukan masa mengejar kita. Wallahualam.