Selepas itu,peserta diminta berkumpul di dewan bagi meneruskan slot yang ketiga,Zoom In yang membuka minda para peserta untuk mengupas dan memberi pandangan serta memberi penyelesaian dalam pelbagai aspek.Selepas peserta menunaikan solat fardhu asar,para peserta berkumpul di Kampung LBJ untuk meneruskan program Happy Family.Diantara aktiviti yang dijalankan dalam slot Happy Family ialah permainan Sudoku, Regu, dan 3,6,9. Aktiviti ini dijalankan untuk melatih kerjasama sesama ahli kumpulan dan tahap fokus para peserta dalam sesuatu perkara. Dan program memberi laluan untuk para peserta berehat,makan malam dan Tafaquh Sidi Luqman sebelum bermulanya acara sambutan kelahiran para peserta bagi bulan Disember hingga Mac. Program diakhiri dengan dengan slot Kuiz Pearl In Us.
21 Mac 2015 - Pertandingan bola tampar dan sukaneka berlangsung di Nadi
Syabab, para peserta dibekalkan sarapan pagi sebelum acara bermula. Pertandingan
bola tampar dijalankan secara kalah mati. Kumpulan Biduri Bulan berjaya
mendapat saguhati dan diikuti dengan Kumpulan Zamrud tempat ketiga.Naib Johan berjaya
diraih oleh Kumpulan Diamond dan Johan berjaya dirangkul oleh Kumpulan Zircon.
Dan aktiviti diteruskan lagi dengan beberapa acara sukaneka. Alhamdulillah,pertandingan
berakhir pada pukul 11.00 pagi. Program ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam
bagi memberi ruang untuk persiapan penutupan dan persedian persembahan oleh
HEWI dan peserta. Majlis penutupan dihadiri Pegawai Kebajikan Khas Anak-anak Negeri Sembilan, Tuan Hj. Hamid bin Jaman dan isteri, Pengerusi MTPANS, Abdul Rahim bin Sabtani. Program penutupan dikendalikan oleh 2 orang pengerusi majlis. Dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan Pengarah Program,Pengerusi MTPANSM serta Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan.
Seterusnya,program diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada ahli jawatankuasa, cabutan bertuah, penyampaian hadian bagi tempat pertama yang disandang oleh Kumpulan Diamond,seterusnya tempat kedua disandang oleh Kumpulan Zircon,diikuti dengan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Biduri Bulan, dan tempat keempat disandang oleh Kumpulan Zamrud, serta cenderahati kepada Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan dan Pengerusi MTPANSM. Majlis menjemput tetamu untuk menjamu selera di Rumah Pegawai,diiringi oleh wakil HEWI.
Selepas itu, majlis penutupan dimeriahkan lagi dengan tayangan video penutupan serta persembahan dari HEWI dan para peserta.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama. Sebelum bersurai,para peserta dihidangkan dengan jamuan makan malam. Sekian terima kasih.





