Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Wednesday, 27 January 2016

CARTA ORGANISASI HEWI MTPANSM 2015/2016


ORGANISASI HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)  

  MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM)
 2015/2016



CARTA ORGANISASI HEWI MTPANSM 2015/2016


PENASIHAT
PEGAWAI KHAS KEBAJIKAN PELAJAR NEGERI SEMBILAN MESIR

ABD HAMID BIN JAMAN
+20115033382
hamdaj51@yahoo.com.my



PENGERUSI MTPANSM

MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLAN
+201270231837
ibnuramlan@gmail.com



KETUA HEWI

 SITI KHADIJAH BINTI AZMIN
+201159647311
kayazmin93@gmail.com



SETIAUSAHA HEWI
(Timb Exco Pendidikan)

NOR ATTIRA BINTI MOHAMMAD MAHADI
+201100707236
norattira@yahoo.com



BENDAHARI HEWI
(Timb Exco Teknikal, ICT dan Promosi)

SITI ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM
+201122109760
sitiathirah92@gmail.com



AJK HEWI
(Timb. Exco Dakwah dan Tarbiah)

ANIS SURAIYA BINTI RAMLI
+201116691853
surayaisgu94@gmail.com



AJK HEWI
(Timb. Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan)

ZULAIKA BINTI ZAMRI
+201124462588
ika_jzn@yahoo.com



AJK HEWI
(Timb. Exco Perumahan)

ZUKHIRNI BINTI MOHTAR
+201121338099
zukhirni94@gmail.com



AJK HEWI
(Timb. Exco Kebajikan)

SITI RAMIZAH BINTI RAMLAN
+201122071620
izzahct_92@gmail.com











Friday, 22 January 2016

~Semulia Imam Syafie…~ [RF.12]



Kakak, kenapa perlu hormat cikgu eh?” Tanya Arif yang berumur 8 tahun.
    Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab, tetapi pernahkah kita terfikir apakah jawapan yang sesuai dan terbaik untuk dilontarkan kepada budak sekecil itu?
    Bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?
   Selepas seketika, saya pun bersuara, “Arif, pernah tengok ibu tuang air teh dari teko tak?” Jawab Arif, “Pernah.”
   “Bila ibu tuang air teh, air keluar dari mana, teko atau cawan?” Tanya saya lagi. “Mestilah dari teko,” jawab Arif.
    “Antara teko dengan cawan, yang mana kedudukan dia lebih tinggi bila ibu tuang teh?” soal saya. “Mesti la teko kak. Teko kat atas, cawan kat bawah.” Jawab Arif sambil menggayakan kedudukan teko dan cawan menggunakan tangannya.
     “Hmm…kalau cawan tu lebih tinngi dari teko, boleh tak teh tu masuk dalam cawan?” soal saya lagi. “Mana boleh kak. Macam mana air teh nak jatuh ke atas pula,” jawab Arif tegas.
      “Haa…Kalau Arif nak tahu, hubungan murid dengan guru begitu juga.” kata saya. “Macam mana?” Soal Arif.
     “Ilmu datang dari cikgu, macam air teh datang dari teko juga. Murid menerima ilmu dari cikgu, macam cawan menerima teh dari teko,” balas saya.
      “Oh, maknanya kedudukan cikgu lebih tinggi daripada murid macam kedudukan teko lagi tinggi dari cawan lah kan?” “Betul tu Arif. Kalau murid tak hormat cikgu, umpama murid nak tukar kedudukan. Jadi, kalau murid tak hormat cikgu dan nak duduk kat atas, rasanya boleh tak murid tu dapat ilmu dari cikgu?” Soal saya sambil menaikkan kening.
     Arif diam tidak memberikan komen.
     “Ha, sebab tu la! Murid yang tidak menghormati cikgunya, nanti dia takkan dapat kuasai ilmu yang diturunkan oleh cikgunya,” balas saya.
       “Habis tu, kalau tak hormat cikgu, nanti boleh jadi bodoh la eh?” Soal Arif dengan nada bimbang.
       “Mungkin juga,” jawab saya dengan senyuman sinis.



Friday, 15 January 2016

~Pencarian~ [RF.11]





Aku mencari,                                                                                                               
Jiwa,
Cinta.

Aku mencari,
Rasa itu,
Di merata.

Walhal,
Jika hatiku,
Boleh bersuara,
Tentu ia berkata,
Dengan lantangnya,
Tanyalah pada,
Setiap yang ada,
Di dalam dada,
Di dalam jiwa,
Yang dalam diam.

Sentiasa,
Bertasbih,
Bertahmid,
Tunduk,
Sujud,
Pada Yang Esa.

Dalam diam,
Menanti,
Tuannya,
Untuk kembali,
Kepada fitrahnya,
Kepada pemlik jiwanya,
KepadaNYA.



Nukilan : A.S.I


Saturday, 9 January 2016

#FDAN16

Coming soon !!!

Guess what ??????

#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16
#FDAN16



#sitiathirah92🌷 .::TintaSamudera::.

Friday, 8 January 2016

~Pesanan Imtihan~ [RF.10]




Assalamualaikum buat para pencinta ilmu walau di mana jua kalian berada. Semoga jiwa dan jasad kita sentiasa dalam redha-Nya. In shaa Allah.
Bergelar seorang hamba membuatkan diri kita tidak akan pernah sunyi dengan pelbagai ujian. Allah hadirkan pelbagai bentuk ujian untuk menguji betapa teguhnya kebergantungan kita terhadap-Nya. Di samping menguji tahap keimanan seorang hamba, ujian itu merupakan tanda sayang dan ingatan Pencipta makhluk kepada hambanya. Cumanya, terpulang bagaimanakah kita mentafsirkan sebuah ujian yang Allah berikan.
Firman Allah: "Adakah patut manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” sedangkan mereka masih belum diuji dengan sebarang ujian?"
[Al-Ankabut : 2]

Sahabat-sahabat yang disayangi,
Begitu juga dengan status kita sebagai penuntut ilmu. Selain imtihan kehidupan, kita tidak akan terlepas dari menduduki imtihan ataupun peperiksaan untuk menguji tahap ilmu yang telah kita pelajari. Semestinya fatrah imtihan merupakan fatrah yang sangat-sangat menguji jiwa dan rasa. Namun begitu, ilmu yang telah kita pelajari tersebut bukanlah sekadar untuk dicurahkan sepenuhnya pada lembaran dan helaian kertas jawapan lalu dilupakan. Tidak! Akan tetapi kita mestilah sentiasa mempraktikkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian kita.
Justeru itu sahabat-sahabat yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, dalam kesibukan kita mentelaah pelajaran, fokusnya kita dalam menghafal sesuatu ilmu, kita hanya tumpukan untuk berjaya dalam peperiksaan atau imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Akan tetapi kita terlupa untuk mentajdid niat belajar. Oleh itu, marilah kita bersama memperbaharui niat belajar kerana Allah dan demi keberkatan ilmu tersebut. Marilah kita memperbanyakkan niat yang baik dalam menuntut ilmu. Semoga keberkatan ilmu yang kita pelajari berjaya diraih dengan cemerlangnya pelajaran dan akhlak kita.
"من علامات النجاح في النهاية الرجوع إلى الله في البداية"
Maksudnya: Antara tanda keberhasilan di akhir perjuangan adalah kuatnya penyerahan diri kepada Allah di permulaannya. -Hikam Al-Atoiyyah (hikmah 34)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Bangkitlah! Ayuh kita sama-sama sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu dan jangan sesekali kita berputus asa dalam menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu. Kerana apa ya sahabat? Kerana tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Tiada juga hamparan karpet merah untuk semudah itu kita berjalan demi mencapai sebuah kejayaan, kerana di sebalik sebuah kejayaan itu terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi.
Sentiasalah sematkan di dalam hati kita bahawa kejayaan sebenar bukanlah pada tingginya pointer yang kita peroleh tapi yakinlah Allah akan memberikan kita kejayaan dalam apa cara sekalipun selagi mana kita sentiasa berusaha dan teruskan berusaha. Yakinlah!
Justeru itu sahabat-sahabat, semoga apa yang kita usahakan menjelang peperiksaan ini mendapat kejayaan yang sentiasa diredhai Allah sekaligus menjadikan kita seorang hamba yang bertaqwa dan sentiasa bergantung harap hanya pada-Nya. Saling mendoakan sesama kita ya. In shaa Allah.

                                                                                                                                               ~SQ92~ 7/1/16



#sitiathirah92�� .::TintaSamudera::.


Tuesday, 5 January 2016

~Pemudi vs Pemoody~ [RF.9]



Jiwa pemudi terkesan melihat saudara di sekeliling jauh dari landasan,
Terkesannya jiwa pemudi menggerakkan qudrat menuju aslih nafsak wad’u ghairak.

Jiwa pemoody sibuk mengislah kekuatan stamina sang watak permainan android,
Sibuknya pemoody menggerakkan lalai di hati dan terus lemas dalam dunianya.

Jiwa pemudi luluh melihat darah dagingnya di Syria dibedil setiap hari.
Luluhnya pemudi memikirkan nasib iman mereka yang dibedil saban waktu.

Jiwa pemoody moody saat melihat crush atau teman alamaya mahupun alam realitinya bermesra dengan orang lain.
Moodynya pemoody mengundang seakan satu sahaja tujuan dalam hidup: Jodoh

Jiwa pemudi resah tanpa semangat dari ayat ayat suci Al- Quran dan zikrullah.
Resah pemudi menjemput sakinah ke dalam hati menjadi pemangkin perjalanan dakwah.

Jiwa pemoody terus lemas tanpa ‘pengisian’ mengalpakan dari WhatsApp teman tapi mesra, lagu lagu lagha kononnya mengisi jiwa yang kosong.

Wahai pemudi penegak cita,
Teruskan langkah jihadmu, tetapkan pendirian Mukminmu,
Dunia semakin longlai. Hanya kayuhan ilmumu menjadi harapan membonceng kebenaran!

Wahai pemoody harapan ummah,
Harapan masih menyala, ummah setia menyapa,
Ayuh sama sama mengislah diri bersama si pemudi yang juga manusia biasa.
Usah risau, ada yang sudi memimpin, sama ada engkau sudi atau tidak sahaja!

May Allah ease J