Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Saturday, 17 September 2016

~Sampaikan Salamku Padanya~ [RF.25]




..SAMPAIKAN SALAMKU PADANYA..

Aisyah menanggalkan cermin matanya. Tuala muka di birai katil dicapai, lantas muka ditekup lama. Menghilangkan sendu yang masih berbaki..Allah....memang sentap habis lah pengajian ustad tadi, teresak-esak penonton time baca doa penutup. Tadi ustad hurai satu hadith ni, dari sekolah rendah dah penah dengar dan baca, tapi tak penah sekali pon hinggap kat dalam hati ni.

Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga aku lebih dicintainya daripada ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya.”
Ada satu pepatah Arab kata, “ cinta itu membutakan & menulikan ”. Bila sebut c.i.n.t.a  je, apa yang terlintas? kalau tak teringat kat pakwe,(astaghfirullah..) mesti terbayang wajah redup ibu.(yang ni soleh sikit). Bercakap soal ibu, teringat sebuah kisah. Ada seorang wanita mengandung tinggal di sebuah rumah sewa bersama keluarganya dan juga emaknya yang sudah nyanyuk. Di balik hiruk-pikuk kota raya Kuala Lumpur, wanita gigih ini tabah melayani karenah emaknya yang ‘sebijik’ macam budak kecil berumur 5tahun. Bila diberi makan, pinggan ditepis. Bila nak dimandikan, meronta-ronta. Bila dibiarkan sebentar dalam bilik air, habis najisnya sendiri dibuat main. Habis kotor dan busuk bilik air itu dikerjakan. Agak-agaknya, kalau kawan kita buat semua perbuatan tu, mesti kita dah mengamuk kan?
Tambah lagi,emosi orang mengandung lebih kacau. Akan tetapi, setinggi mana amarah itu dimomokkan, tinggi lagi kasih anak pada ibunya. Anaknya itu masih lagi mampu tersenyum dan terus bersabar menjaga ibundanya yang sangat dicintai. Subhanallah.. Begitulah nilai cinta dalam kamus hidup insan. Segala apa yang ada di atas muka bumi sanggup digadai,dikorban, hanya kerana apa? CINTA..

Nah, sekarang cuba kita tanya diri kita, kalau kasih kita terhadap ibu setinggi gunung, setinggi mana pula kecintaan kita terhadap Rasulullah? Adakah tingginya seperti bintang di langit, atau sama banyak dengan sayang kita pada keluarga. Ataupun,kalimah cinta pada Rasulullah itu,seakan janggal je pada kita. Tanya iman! (tak perlu tepuk dada)..
Jom kita teroka zaman Rasulullah SAW... Dunia jadi gempar bila mendapat berita pemergian Nabi. Seluruh alam berubah kelam dan sugul..di sana sini kelihatan orang menangis sayu. Masing-masing tidak percaya. Seperti contoh, Saidina Omar. Apabila beliau menyedari bahawa Rasulullah benar-benar telah wafat, Saidina Omar tersentak sehingga kaki beliau tidak mampu menanggung jasadnya lalu Saidina Omar menangis teresak-esak. Kecintaan beliau terhadap Rasulullah yang terlalu mendalam menyebabkan beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rasulullah SAW yang dikasihinya telahpun meninggalkan mereka semua buat selamanya. 

Saidina Bilal bin Rabah, pada zaman Saidina Omar telah tinggal di Sham. Pada satu malam, beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah bersabda kepada beliau : “Apakah kekerasan hati ini wahai Bilal?!  Adakah belum tibanya lagi waktu untuk kamu menziarahiku?”
Mimpi ini telah mengejutkan Saidina Bilal daripada tidurnya. Beliau sangat sedih dan sangat merindui Rasulullah SAW lalu beliau terus bergegas menuju ke Madinah Munawwarah. Apabila beliau tiba di Madinah, beliau menuju ke pusara Rasulullah SAW lalu Saidina Bilal teresak-esak menangis sambil menggosok-gosokkan wajah beliau di pusara Rasulullah lantaran kerinduannya kepada Baginda Muhammad SAW. Saidina Hasan dan Saidina Husin yang mendapati Saidina Bilal ada di pusara datang bertemu dengan beliau. Kedua-dua cucu Rasulullah ini menyatakan bahawa mereka terlalu merindui azan Saidina Bilal yang pernah dilaungkan semasa hayat Rasulullah SAW. Atas permintaan cucu Rasulullah SAW, Saidina Bilal pun bersetuju untuk melaungkan azan di bahagian atas masjid, yang merupakan tempat beliau melaungkan azan ketika Rasulullah belum wafat. Berita bahawa Saidina Bilal akan melaungkan azan menyebabkan penduduk Madinah yang terdiri daripada kalangan para sahabat Rasulullah dan keluarga-keluarga mereka terus keluar dari rumah-rumah mereka dan berhimpun untuk mendengar suara Saidina Bilal melaungkan azan.
Azan yang dilaungkan oleh beliau akhirnya menyebabkan penduduk Madinah Munawwarah menangis teresak-esak dan menjerit kesedihan khususnya ketika Saidina Bilal melaungkan : “Asyhadu anna muhammadan Rasulullah”. Sehingga dikatakan bahawa Saidina Bilal sendiri tidak mampu untuk menyudahkan azan beliau lantaran tangisannya dan kepiluannya yang terlalu membungkam jiwanya ketika itu.Para sejarawan menyatakan bahawa hari tersebut adalah hari yang paling banyak bilangan orang-orang yang menangis di Madinah Munawwarah selepas kewafatan Rasulullah sehingga mereka menyatakan bahawa suasana tangisan, kepiluan dan kesedihan penduduk Madinah ketika itu adalah seperti kesedihan yang mereka alami semasa hari kewafatan Rasulullah SAW..
Kelas pengajian hari ini diakhiri dengan persoalan yang cukup menusuk kalbu. Jika Rasulullah SAW dan ibu anda berada di tempat bahaya, hanya seorang sahaja yang anda mampu selamatkan. Siapakah yang akan menjadi pilihan anda??





* * * *
Aisyah bangun dari katilnya setelah lama berteleku mengimbas kembali isi-isi pengajian hadith sebentar tadi. Dia menuju ke meja tulisnya lantas mengeluarkan sehelai kertas dan pen.
Perlahan-lahan dia mencoretkan sesuatu..
Warkah buatmu Ya Rasulullah...
Tiada sehari yang berlalu, tanpa ku mengingatimu..
Rindu padamu sentiasa mendambakan kasih dan sayangmu..

Tidak dapat ku gambarkan,
Rindu yang lahir dari hatiku,
Hanya yang mampu tuk ku lafazkan,
Aku merinduimu...


Terasa amat jauh diri ini,
Kerna kau tiada disisi,
Bergenang air mataku,
Bila terkenangkanmu...

Wahai kekasih Allah, sungguh diri ini hina untuk mendamba cintamu.. bahkan, mengharapkan syafaatmu...

Aku mengaku cintakanmu, tapi aku malu untuk menegakkan SunnahMu...
Tiap hari aku berikrar bahawa engkau utusan Tuhan, tapi hampir setiap hari aku melupakanmu..Ya Allah.. ighfir zunubana...

Apakah aku diterima atau kau kan membiarkan saja,
kerana ku berdosa, jangan biar ku terhina..
ku merayu padamu....

Maafkan diri ini wahai Kekasih Allah...
Hanya satu ku pinta, moga cinta yang baru berputik ini, membuahkan pertemuan antara kita di syurga kelak...amin Ya Robbal Alamin...


                             - PENCINTA AL-AMIN ^_^


Saturday, 3 September 2016

~Setanggi Cinta 2~ [RF.24]



MUHASABAH CINTA

Ini bukan semata tajuk lagu. Mencintai dan mengasihi Baginda Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban bagi setiap muslim, bukan sebuah pilihan yang samada mahu atau tidak. Terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta biarpun kecil. Ini kerana cinta dan kasih sayang merupakan dasar dan landasan ke arah melahirkan umat Muhammad SAW seperti yang telah diteladani oleh para sahabat RA.

Mencintai Baginda Nabi itu boleh bermacam cara.Sukar untuk saya ungkapkan satu persatu kerana terlalu banyak mungkin yang sahabat-sahabat tahu cuma terkadang lupa untuk melaksanakan, termasuklah saya.Namun, kalau boleh ditulis di sini sebagai ingatan antara yang boleh kita lakukan :

1. Sabda Baginda Nabi SAW ;"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama-sama aku di dalam syurga.." [HR Al-Sajary daripada Anas]

Jom sama-sama hidupkan sunnah Baginda.Kalau tak mampu buat banyak, mulakan dengan yang sedikit.Dan yang sedikit disertakan istiqamah itu lebih baik dari yang banyak tetapi ditinggal-tinggal.(Rabbuna Musta'an).

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]Nah sahabat-sahabat.Baginda juga menjamin, bagi siapa-siapa yang berselawat dan menyebut-nyebut serta mengingati Baginda adalah dari kalangan mereka yang Allah beri kelebihan.Allah~Azim kan kasih Nabi pada kita? Selalu kalau kita sayang pada seseorang sering kita sebut dan ingat akan dia, jadi apalah kiranya kita sediakan satu ruang ingatan itu khas untuk Nabi kita yang juga sentiasa tidak pernah lupa akan umatnya.

3. Mengasihi dan menyayangi ahli bait dan para sahabat Baginda Nabi SAW.
Katakanlah kalau kita menyayangi sahabat kita, kita juga pasti hormat dan sayang akan keluarganya.Begitulah juga dengan keluarga dan para sahabat Baginda.Malah lebih lagi.




4. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk" [Al-Alaq: 1]. Masih ingatkan kisah penurunan wahyu kepada Baginda.Belajar masa zaman kanak-kanak dulu (seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran KAFA) hinggalah ke hari ini.Jelas, Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang Allah beri kepada Baginda SAW.Kemudian disampaikan pula kepada kita.Jadi, adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaganya, mengamalkannya, membacanya serta tadabbur dan faham isinya.Memang, terkadang payah untuk memaksa diri sentiasa membacanya tapi, ingatkan hati bahawa Al-Quran itu penawar.Al-quran itu hadiah.Rugi kalau kita tak hargai hadiah Allah.Biarpun 5 minit, insyaAllah takkan rugi.Kan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ^_^
B A C A L A H!

5. "Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.Iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengigati Allah" [Al-Ahzab:33].
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana Nabi kita suka.Apa yang disukai Nabi itulah yang disukai Allah.Moga-moga dengan akhlak yang mulia dan baik menjadi tanda cinta kita pada Baginda.
Ehem..ehem..

"Tidak rugi kita berakhlak mulia, malah Allah lebih-lebih lagi suka,
beradab sopan kita sentiasa, mari bersama mengamalkannya"
Ini lirik nasyid adik-adik kecil.Mereka pun ajak kita semua berakhlak mulia sebab berakhlak mulia itu disukai Allah dan NabiNya.JOM!!





Last but not least,
Seorang penyair Arab ada bermadah ;

لو كان حبّك صادقا لأطعته
انّ المحبّ لمن يحبّ مطيع

Sekiranya cintamu itu benar, nescaya engkau akan mentaatinya,
Kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya.

Cinta kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu bukanlah hanya pada lantunan merdu alunan nasyid, ataupun dendangan syair-syair indah semata.Namun, yang paling penting adalah kata-kata dan janji setia terhadap Baginda haruslah seiring dan sejalan dengan hati.Jangan dipisahkan janji cinta itu dari hati.Sambut dan balaslah wahai diri, cinta Nabi Agung, Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dengan penuh ikhlas dan rendah diri.


Harapan, moga-moga entri yang saya kira istimewa ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat terutamanya pada diri dan sahabat-sahabat.Moga ungkapan kecintaan dan kerinduan ini bukan hanya manis dibibir bahkan, sentiasa bersemi di taman hati.Dan telah jelas, Bagindalah superhero yang lebih-lebih patut kita sanjungi.

{Allah, sampaikan salam kami pada KekasihMu.Semaikan hati-hati kami dengan rasa cinta dan rindu mendalam padaMu dan KekasihMu.Amin}

{Ya Rasulullah, syafaatkan kami.}

اللهم صلى على سيّدنا وحبيبنا محمّد صلى الله عليه واله وسلّم

“Your face is bright like the shining moon,
Lighting up darkness of the night,
We are here, we think of you,
Oh Muhammad Rasulullah.”


*Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu tulisan ini biasa-biasa sahaja.
Wallahua'lam.

---------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/kecintaan-para-sahabat-kepada.html
               :  http://muslim.or.id/manhaj/antara-cinta-nabi-dan-perayaan-maulid-nabi-1.html
               :  http://usrahkeluarga.blogspot.com/2011/04/muhasabah-cinta-pada-rasulullah-saw.html
               :  Buku Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : As if You Can See Him; Dr 'Aid Al-Qarni