Sunday, 13 November 2016

~Cerita Dia dan Kita~ [RF.26]




Muhammad S.A.W

Malam itu sunyi.Gelap gelita.Suara bunyi- bunyian anggerik dan unggas pun tidak kedengaran.Penduduk Mekah juga sudah ketiduran semuanya.Yang tinggal hanyalah patung-patung berhala yang berapi.Yang kononnya berjaga malam,menjaga keselamatan dan keamanan penduduk negeri itu.

Manakala,di sebuah rumah yang sunyi,seorang ibu pula sedang terkenangkan sesuatu.Fikirannya jauh melayang kepada suami tercinta.Terimbau susuk tubuh sasanya.Sesekali,perut yang membesar itu di sentuh dan di ulas lembut.Terbayang bagaimanakah nasib si bayi kecil apabila di lahirkan.Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.Namun,hati nuraninya berbisik seraya mendoakan,
”Walapun tidak berbapa anakku,moga kau menjadi anak yang soleh dan mampu berbakti kepada keluarga seperti ayahmu jua,” bisik ibu kepada bayi dalam kandungannya.Sambil mengelus lembut perutnya ia terus berdoa,moga ianya menjadi kenyataan.

Beliau terkenang saat bersama suaminya.Tidak sampai beberapa bulan bernikah,mereka sudah di kurniakan rezeki.Aminah mengandung setelah bernikah.Kemudian,Abdullah pula terpaksa berniaga jauh dari negeri Mekah.Beliau terpaksa meninggalkan isteri tercinta dan anak yang berada dalam kandungan.Hati isteri mana yang tidak wara-wiri di tinggalkan suami.Abdullah segera mengerti perasaan isteri.Bahkan ditenangkan hati Aminah yang penuh dengan gundah gulana.Tidak mahu suaminya bersusah hati,akhirnya Aminah segera berlapang hati.

Demi mencari rezeki yang halal,Aminah melepaskan dengan berat hati sang suami.Bisiknya dalam hati,
”Semoga dirimu selamat pergi dan pulang dengan segera.”



Pergilah Abdullah berdagang berbulan-bulan lamanya.Aminah menunggu dengan penuh sabar dan doa.Ketika mana hampir saat penuh bahagia ia menanti,tiba-tiba di khabarkan oleh saudagar lain,suami yang tersayang meninggal dunia.

Hati sedih bukan kepalang.Wajah ceria bertukar duka.Abdul Mutalib terduduk kecewa.Anak lelaki kesayangannya telah pergi terlebih dahulu di jemput ilahi.Mengalirlah butir-butir mutiara dari kedua belah pipinya Manakala adik beradiknya yang  lain turut bersedih hati.Adik bongsu telah beralih alam.Masing-masing bungkam membisu.Mengertilah kesemuanya,semua makhluk kepunyaanNya telah di ambil kembali.

Walaupun kesemuanya di rundung kesedihan,masing-masing perlu menabahkan hati. Tidak ada perkara yang akan di peroleh jika terus- terusan bersedih melainkan sakit mata dan bengkak. Lalu, Abdul Mutalib menenangkan Aminah.Berjanji akan menjaga Aminah dan bayi dalam kandungannya.Beliau juga berusaha menenangkan hati Aminah. Dilihatnya juga badan Aminah yang semakin susut.Manakala,usia dalam kandungan pula sudah semakin tiba.. Aminah bersabar dengan segala badai ujian yang melanda.Moga ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Saat yang di tunggu sudah tiba.Aminah tersentak.Lamunannya terhenti.Dirasakan perutnya bergerak-gerak.Lantas,tahulah dia,anak yang  dikandung telah tiba masanya untuk keluar ke dunia.

Malam itu,alam juga seakan mengetahui berita kelahiran Muhammad,Pesuruh Allah yang terakhir.Malam bertandang dengan cahaya yang bersinar-sinar dan terang benderang.Kesemuanya tidak mengetahui punca cahaya yang sangat bergemerlapan.

Tiba-tiba juga,kesemua berhala terpecah dengan sendirinya.Dari segenap pelosok negeri Mekah,kesemua berhala baik tersorok mahupun terpampang jelas habis terperosok.Jatuh berderai.Berhabuk dan bersisa.Api dari berhala Majusi dan Nasrani pula terus terpadam.Masing-masing diam terkaku.Tidak mengetahui asal usul mengapa hal sebegini boleh berlaku.

Manakala,ahli kitab mengetahui,inilah masanya.Akan lahir seorang bayi lelaki,iaitu nabi akhir zaman yang akan mengembalikan tamadun Islam.Mengeluarkan kezaliman kepada keamanan.Lantas,membasuh masyarakat kejahilan dengan sinar keimanan yang hakiki.

Pagi Isnin,12 RabiulAwal,maka lahirlah seorang bayi lelaki yang baik paras rupanya.Tiada langsung sebarang kesakitan ketika melahirkannya.Ibu berasa senang hati melihat putera hati telah di lahirkan.Ia sungguh sihat dan sangat comel.Semua yang menyambutnya sangatlah gembira dan bahagia.Maka berbagailah perayaan di raikan bersempena dengan kelahiran cucu yang telah lama dinanti.

Sehinggakan,Abu Jahal,bapa saudara nabi menyembelih seratus ekor unta untuk di jadikan kesyukuran sempena kelahiran anak buah tercinta.Bayi di usap dan di jaga dengan penuh kasih sayang.Abdul Mutalib lantas memberikan namanya Muhammad, bermakna Yang Terpuji.Hal ini kerana pada zaman itu,tiada seorang bayi pun yang bernama Muhammad.

Si bayi terpuji membesar dengan sangat baik.Walaupun keluarga datuknya hidup dalam serba kemewahan,namun baginda pada waktu kecil, tetap di latih dan di asuh oleh datuknya dengan diberi tanggungjawab mengembala kambing.Baginda juga menjadi cucu kesayangan Abdul Mutalib.

Saat umurnya kecil juga,baginda di susukan oleh Suwaibatul Islamiyah dan juga Halimatussaadiyah.Baginda di hantar jauh ke kampung supaya dapat merasai udara yang segar dan persekitaran yang baik.Manakala, tubuh badan Aminah pula makin lama semakin susut dan kurus.Aminah juga kerap kali geringnya.

Saat Muhammad berumur tujuh tahun,Aminah membawa Muhammad melawat makam suaminya.Sejurus pulang dari Abwa’ Aminah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di sana.Muhammad yang kesedihan lantas ditenangkan oleh Ummu Aiman.Maka,bermula siri kehidupannya sebagai anak yatim piatu.Sedari kecil telah kehilangan ibu dan ayah.

Membesarlah nabi menjadi pemuda yang sangat baik,sopan budi pekertinya,Apabila berniaga sangatlah tekun dan amanah.Tidak pernah melakukan perkara yang tidak bermoral,sehinggakan baginda digelar sebagai Al-Amin.Berkat kecekalan,ketabahan,kesabaran yang tinggi akhirnya baginda menjadi orang yang sangat di percayai.

Siti Khadijah yang selalu memerhatikannya bekerja lantas menyuruh Maisarah,pekerjanya menyelidik budi pekerti Muhammad.Setelah di percayai,Siti Khadijah akhirnya meminang Rasullullah.Baginda akhirnya bernikah bersama Khadijah yang berusia 40 tahun,manakala baginda beumur 25 tahun. Mereka hidup rukun dan damai.Menjadi pasangan yang sangat bahagia.Siti Khadijah,saudagar hartawan kini bergelar isteri Muhammad.Segala keperluan nabi di jaga dengan penuh hikmat.

Mereka juga di kurniakan seramai lima orang zuriat.Namunpun begitu,hanya Fatimah yang hidup lama sedikit.Fatimah menjadi orang yang sangat rapat dengan nabi.Sehinggakan,semua budi pekerti nabi ada dalam diri Fatimah.
Siti Khadijah menjadi seorang isteri yang sangat berakhlak mulia.Keperluan nabi yang tidak cukup,akan di cukupi.Segala kasih sayang di curahkan dari seorang isteri kepada suaminya.Bab pakaian,makan,minum di urus dengan baik sekali.Malah,nabi di layan dengan penuh baik.

Sejak belakangan ini,nabi tiba-tiba sahaja mahu bertahannuth.Dikhabarkan kepada isteri,beliau mahu segera berangkat ke Gua Hira’.Dihatinya mulai ada perasaan gundah gulana.Hati mula berteka-teki akan wujudnya Sang Pencipta.Bertujuan untuk mencari ketenangan,akhirnya nabi tinggal di gua Hira’.

Setelah beberapa lama Nabi Muhammad berulang-alik,Khadijah pula hanya terus bersabar.Menanti supaya suaminya Muhammad di kurniakan apa yang bakal di hajatinya.Terdapat juga persoalan yang sering berlegar di fikirannya,.namun jika ingin di tanya,di khuatiri akan menambah bimbang hati suami.Maka,di diamkan segala pra sangka di hati.Berdoa moga hati suami kembali tenang.

Dalam fikiran sedang jauh menerawang memikirkan punca si suami menjadi hilang punca,pintu rumah di ketuk bertalu-talu.

Tok..tok..tok..

……………………bersambung…………………