Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Sunday, 10 April 2011

Petua Kesihatan Gigi

Tips penjagaan gigi akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat ialah : 1. Memflos gigi sebelum memberus : Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul serta sekurang-kurangnya 2minit sebelah pagi dan malam secara pergerakan membulat. Amalkan memflos sebelum memberus gigi membantu menanggalkan makanan yang terlekat di celah gigi. Sekiranya sisa ini terlekat di permukaan gigi, ia akan menyebabkan kaviti, penyagingivitis. 2. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung : Wanita yang mengamalkan pil perancang atau mengandung serta mengalami menopaus perlu berjumpa doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gusi, pereputan gigi dan kaviti. Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis disebabkan perubahan hormone dan pertambahan aliran darah dalam badan. 3. Berhenti merokok, kurangkan minuman berkarbonat, kopi, dan alkohol : Merokok adalah penyumbang utama kepada penuaan gigi. Selain mengotorkan gigi, ia merencatkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser mulut. 4. Tingatkan pengambilan kalsium, vitamin C dan D : Tingkatkan pengambilan kalsium dengan memakan buah-buahan dan sayuran hijau. Makanan ini membantu mengurangkan pembentukan asid dalam air liur yang menyebabkan penghakisan enamel gigi. Vitamin C dan D pula dapat membantu penyerapan mineral berguna kepada gigi seperti kalsium dan fosforus yang dapat mengekalkan kesihatan tulang dan tisu gusi. 5. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam : Tidur dapat merehatkan badan dan merawat sebarang kerosakan akibat jangkitan atau kecederaan fizikal. Kekurangan tidur menyebabkan sistem ketahanan badan lemah dan memberi ruang kepada jangkitan kuman pada mana-mana bahagian badan, termasuklah bahagian di dalam mulut.

Thursday, 27 January 2011

" Mata Pena "


KUIZ INFO
“MATA PENA”
EDISI PERTAMA 2011
Anjuran ‘Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan’ MTPNS

Anda rasa anda cakna dengan persekitaran? Ada baca pamphlet kami?
Jika ada & anda berminat, inilah masa dan peluang untuk menguji pengetahuan anda.
Exco KKS, Majlis Tertinggi Pengurusan akan menganjurkan kuiz ‘Mata Pena’ bagi melihat sejauh mana anda cakna dengan info-info dan pamphlet yang telah kami keluarkan.
Jangan lepaskan peluang! Hadiah menarik menanti anda dan ia terhad!!JOM!

Butiran kuiz adalah seperti berikut:
Tarikh  :  28 Januari 2011
       Masa  :  Dari 8pagi sehingga malam.

Sebarang pertanyaan dan informasi,boleh merujuk :
Ikhwah ( Mohd Syukri Bin Amin)
Akhawat ( Ida Haryani Binti Muhamad Safary)


                                                                                                EKKS’11

Thursday, 30 December 2010

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SEMPENA IMTIHAN

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN(akhawat) SEMPENA PEPERIKSAAN 

 PADA 31 DISEMBER 2010(JUMAAT) 
JAM 10PAGI

TENTATIF:
 -SOLAT HAJAT 
-BACAAN YASIN 
-KALAM TAUJIHAD DARIPADA IBU dan HEWI 
-SOLAT ZOHOR 
-JAMUAN RINGAN 

HEWI2010/11

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SEMPENA IMTIHAN

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN(akhawat) SEMPENA PEPERIKSAAN PADA 31 DISEMBER 2010(JUMAAT) JAM 10PAGI TENTATIF: -SOLAT HAJAT -BACAAN YASIN -KALAM TAUJIHAD DARIPADA IBU dan HEWI -SOLAT ZOHOR -JAMUAN RINGAN HEWI2010/11

Tuesday, 28 December 2010

IMTIHAN...IMTIHAN...

RAUDHATUL IMTIHAN
Kejayaan yang hakiki hanyalah dari Robbul Izzati,justeru itu sentiasalah MURAQABAH kepadaNya dengan wasilah yang ada, antaranya :
1. Sentiasa meyakini bahawa usaha kita semata tidak mampu mencipta kejayaan melainkan menyerahkan segala pengharapan kepada Allah yang lebih mengetahui mana yang terlebih baik buat hambaNya.
2. Istiqamah dengan solat jemaah kerana doa yang lahir daripada kekuatan roh jemaah adalah lebih mustajab dan lebih mudah diterima.
3. Lazimkan diri dengan zikir dan bacaan Mathurat kerana amalan ini akan memudahkan kita mendapat ketenangan jiwa dan memperolehi nusrah dan inayah daripada Allah.
4. Melatih diri menjadi Ruhbanullail yang bermunajat kepada Allah di sepertiga malam serta sentiasa membaca dan mentadabbur kalam-kalam Allah S.W.T kerana antara doa yang tidak ditolak oleh Allah adalah doa seorang hamba di waktu sepertiga malam. Amalan ini juga dapat meleraikan belenggu nafsu dan SYAITAN yang mendorong kepada sifat MALAS yang akan membawa kepada kegagalan.
5. Tetapkan agenda solat hajat berjemaah setiap hari sebagai langkah tawakKal dan pengharapan yang tidak putus kepada Allah S.W.T
6. Awasi hubungan kita sesama hamba Allah Taala, jangan ada hati-hati yang terluka kerana bimbang Allah Taala akan menghijab kejayaan kita lantaran sikap dan kelakuan kita menyakiti hati hamba-hambaNa.
7. Sentiasa membasahkan lidah dengan bacaan ayat seribu dinar sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat dan hayati pengertian azimat ini.
8. Berdoalah selalu kepada Allah pemilik semesta alam, sesungguhnya Dia tidak pernah menghampakan permintaan hambaNya...insyaAllah kejayaan yang hakiki pasti menjadi milik kita.



“CITA-CITA YANG TIDAK DISERTAKAN USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTAWAKKAL HANYALAH IMPIAN SEORANG PENDUSTA KERANA UNTUK MENDAPATKAN MADU YANG MANIS DAN BERHARGA MESTILAH BERTARUNG DENGAN SENGATAN LEBAH YANG BERBISA”