Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Sunday, 26 May 2013

Tangisan itu Terlalu Istimewa






Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenaran malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan

Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah.

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah

Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi.

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk

Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya.

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah

Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran

Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu.



Perkongsian bersama. Semoga bermanfaat.

Thursday, 16 May 2013

" Aktifkan Harimu 2013 "


:: Liga Bola Tampar ::

Pada hari Jumaat bertarikh 5 April 2013 pihak Hewi MTPANSM telah menganjurkan sebuah program berbentuk riadah iaitu ‘ AKTIFKAN HARIMU ’ bagi menggantikan Muzakarah Berkelompok. Bertempat di Nadi Syabab,Hayyu Sadis. Aktiviti bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.3o tengah hari. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan ahli siswi mengamalkan gaya hidup sihat,menjadi platform kepada ahli bagi mengasah bakat dalam bidang sukan serta memperkukuhkan ukhuwah antara ahli siswi. Program ini diadakan untuk semua serikandi Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan taakhi rumah masing-masing.Yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah LE 5.Seramai 32 orang ahli yang telah sama-sama melibatkan diri dan menjayakan program ini.



:: Futsal ::



:: Futsal= Kejar bola ke tunggu bola ?? :) ::


Perjalanan program bermula dari sarapan di musolla Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK) jam 7 – 7.30 pagi.Kemudian kami bertolak ke Nadi Syabab dengan menaiki tremco yang telah disediakan. Setibanya di sana,majlis dibuka dengan alunan Asmaul Husna, bacaan doa dan aerobic yang dikendalikan oleh Ustazah Fatin Izzati binti Noorazmi,Ustazah Khairunnisa binti Jauri dan Ustazah Nor Halimah binti Ismail. Seterusnya taklimat mengenai perlawanan disampaikan oleh Ustazah Syarifah Dura ‘Aisyah binti Syed Hashim.Antara perlawanan yang dijalankan ialah Perlawanan Bola Tampar dan Futsal. Setiap rumah diminta untuk menghantar wakil bagi menyertai perlawanan tersebut.


:: Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah ::

Tepat jam 12 tengah hari,kedua-dua perlawanan telah berjaya ditamatkan dan diteruskan dengan majlis penutup.Ucapan penutup telah disampaikan oleh Ketua HEWI merangkap pengarah bagi program ‘Aktifkan Harimu’ iaitu Ustazah Noraasikin binti Mohd Alowey dan berakhir dengan penyampaian hadiah bagi para pemenang.Program bersurai tepat jam 12.30 tengah hari.Harapan kami agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. 

P/s : Maaf kerana terlewat di 'publish' atas sebab-sebab tertentu.

Wednesday, 20 March 2013

pemakaian cincin mengikut adab islam

Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam kepada Saidina Ali kw sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam.Nabi Salawatu Alai Wasalam berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1-jari manis
2-jari kelingking (anak jari)

Dan jangan memakai pada jari

1-jari tengah
2-jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian:cara memakai cincin adalah termasuk lelaki dan perempuan.Sila nasihatkan kawan-kawan,saudara mara atau anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat islam.

ruhul fatayat


Monday, 4 February 2013

TENTATIF PROGRAM PEARLS IN YOU 4 !!!


TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (Selasa - 05 Feb 2013)
07:00-07:30 pagi                     : Sarapan
07:30-08:00 pagi                     : Pendaftaran ahli
08:00-09:00 pagi                     : Perasmian program 
09:00-10:00 pagi                     : Slot HEWI
10:00 – 11:30 pagi                  : Ice breaking
11:30-12:30 tengahari             : ReSoMa (Rehat-Solat-Makan)
12:30-02:45 petang                 : Talk show - Muslimah Power
02:45 - 03:30 petang               : Rehat dan Solat Asar
03:30 - 05:00 petang               : Running Women
05:00 - 07:15 malam               : ReSoMa
07:15 - 09:30 malam                : Dunia dan Kita
09:30 – 11:00 malam               : LDK Kuiz 
11:00 malam                             : AdabTidur

HARI KEDUA (Rabu – 06 Feb 2013)
04:00 – 07:00 pagi                  : Qiamullail - Solat Subuh dan Surah Al Kahfi
07:00 – 07:45 pagi                  : Sarapan
07:45 – 08:00 pagi                  : Solat Dhuha dan berkumpul
08:00 –11:00 pagi                   : Bertolak ke Roksu Sidr
11:00 – 01:00 petang              : ReSoMa - Solat Jama Zuhur dan Asar 
01:00 – 03:00 petang              : Restart IQ 
03:00 – 04:30 petang               :Jeu De L’esprit 
04:30 – 05:20 petang               : Latihan untuk malam kebudayaan
05:20 – 07:30 malam               : ReSoMa – Solat Jama Maghrib dan Isyak
07:30 – 10:30 malam               : Malam Kebudayaan 
10:30 – 11-00 malam               : Refleksi dan Muhasabah
11:00  malam                            : AdabTidur

HARI KETIGA (Khamis – 07 Feb 2013)
05:00 – 06:30 pagi                  : Solat Subuh – Surah Waqiah 
06:30 – 07:45 pagi                   : Sarapan
07:45 – 08:00 pagi                   : Solat Dhuha 
08:00 – 10:30 pagi                   : Senamrobik dan Spontan 
10:30 – 01:00 petang               : ReSoMa
 01:00 – 04:00 petang              : Bertolak ke RNSK
04:00 – 07:30 malam               : Rehat – Solat – Jamuan ringan
07:30 – 09:30 malam               : Majlis Penutupan
09:30 malam                             : Makan malam