Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Saturday, 30 January 2010

Suatu ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu..

1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6. Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belu tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari illmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memukulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka berhati-hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.

~Cheese Brownies~

salam...

Tetibe je rase nak mkn kek ni la...adeiyh....sape nk tolong buat kan?!angkat tangan!!huhuhu...
Ni resipi yang diambik dr iLuvislam...nnt sape2 buat...bg kt ajk ict sket eh...hehe


Bahan-bahan
180 gm butter-dicairkan
275 gm. gula perang
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
120 gm. tepung naik sendiri
70 gm. serbuk koko

Cheese filling:
250 gm. cream cheese
45 gm. butter
80 gm. gula icing
1 biji telur
Sedikit chocolate chips (ditabur di atas brownies)

Cara Penyediaan:
(1) Gaul butter yang telah dicairkan dengan gula perang hingga sebati
(2) Masukkan telur, sebiji setiap kali. Gaul hingga betul-betul sebati. Masukkan sedikit vanilla essence
(3) Masukkan tepung dan serbuk koko secara perlahan-lahan dan kacau hingga terasa lembut.
(4) Untuk cheese filling: pukul cream cheese, butter and gula icing hingga sebati. Tambahkan telur dan kemudian teruskan memukul.
(5) Tuangkan setengah drpd adunan brownie ke dalam diikuti cheese filling.
(6) Tuangkan lebihan adunan brownie tadi di atas cheese filling. Taburkan chocolate chips di bahagian atas brownies.
(7) Bakar di dalam oven (170ºC selama 40 minit)

 ~SELAMAT MENCUBA~

Down syndrome (Mongolism)

Down syndrome (Mongolism)
   Setiap insan di dunia ini diciptakan daripada berbillion-billion sel. Terdapat 2 jenis sel di dalam badan kita iaitu:
Sel somatic (sel yang terdapat pada seluruh badan) dan
Sel gamete (sel ovum dan sel sperma).

Manusia yang normal memiliki 23 pasang kromosom=46 kromosom di dalam nukleus setiap sel somatic. Walau bagaimana pun, Allah selaku pencipta berhak menentukan ciptaannya, kerana setiap daripada apa yang diciptakannya mempunyai hikmah nya yang tersendiri untuk membuktikan kekuasaan-Nya terhadap hambanya.

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit Down Syndrome?
Down Syndrome merupakan salah satu daripada kejadian yang tidak normal berkaitan dengan jumlah kromosom di dalam badan manusia. Down Syndrome memiliki kelainan yang berlaku pada kromosom 21. Kromosom ini adalah satu-satunya pasangan kromosom yang berlainan dari kromosom yang lain.
Kenapa? Setiap kromosom itu memiliki pasangan masing-masing. Walau bagaimanapun, extra kromosom boleh terjadi dengan kuasa al-Khaliq. Maka terjadilah abnormaliti pada salah satu pasangan kromosom yang memiliki 3 kromosom berbanding yang sepatutnya adalah 2.

Kelainan pada kromosom 21. 

Tentu anda pernah melihat mereka yang memiliki ciri-ciri penghidap Down Syndrome ini. Mereka ini memiliki otak yang terencat dan secara fizikalnya mempunyai badan yang pendek, kepala yang kecil, hidung yang pesek, mata yang sepet dan mulut yang kecil. Sementara itu, lapisan kulit mereka biasanya tampak keriput atau kedut (dermatoglyphics).

Memang tidak dinafikan penderita Down Syndrome ini mudah dikenali bahkan anda pasti dapat mengenali kelainan wajah ini kerana rata-rata wajah mereka hampir sama tak kira berada di peringkat umur mana sekalipun. Abnormaliti pada kromosom ini boleh menyebabkan gangguan bahkan kerosakan pada sistem organ yang lain. 

Nah, yang demikian jangan lah kita memandang rendah ataupun mencaci malah menghina para penderita down syndrome ini kerana mereka telah ditakdirkan oleh pencipta sebegitu rupa dengan penuh hikmah yang mungkin kita sendiri tidak dapat untuk tafsirkan. Mungkin juga Allah ingin menguji sejauh mana iman kita dalam membantu insan-insan yang kurang bernasib baik ini.

Renungilah sahabat-sahabat,

Andai KROMOSOM itu merupakan struktur makromolekul besar yang memuatkan
DNA dan membawa MAKLUMAT GENETIK di dalam sel, maka Manusia (kromosom) memuatkan sejumlah besar darjat keimanan (DNA) dalam tubuh badan lalu berfungsi sebagai membawa manusia menelusuri hidayah melalui Dakwah (maklumat genetik) terhadap sekalian manusia.

Maka dengan yang demikian, sudah semestinya yang namanya DNA itu pasti berfungsi sebaik-baiknya dalam 
replication, kemudian di transkripsi atau disalinkan kepada bentuk RNA sesudah itu pula di translasi kepada bentuk polipeptida lalu terhasil lah protein yang diinginkan oleh sang DNA supaya informasi yang disampaikan oleh DNA itu sama seperti apa yang diterimanya. Lalu, lahirlah genetik-genetik yang sama seperti genetik yang asalnya sebagai mewarisi genetik­­­ sang DNA pada awalnya itu.

Subhanallah!

Namun, tidak semua proses yang berlaku itu perfect semuanya. Bahkan, akibat tersalah step
 dalam salah satu proses itu tadi, akhirnya protein yang dihasilkan akan berlainan. Lalu, terjadilah Down Syndrome bilamana kelainan itu terjadi pada kromosom 21 seperti yang disebutkan di atas.

KROMOSOM DAN MANUSIA.

Jika diteliti, tidak banyaklah beza fungsi kromosom itu dengan manusia. Ya, itulah kita. Kromosom, manusia.. yang hina. Jangankan hanya terdapat syndrome pada kromosom 21, malah syndrome manusia lebih banyak yang bermaharajalela.

'Syndrome keimanan' yang telah menapak dalam hati sang manusia telah lama bertapak malah semakin reput dek kerana kejahilan dan keakuran pada hawa nafsu yang pada zaman sekarang ini, kita lebih ber sindrom asa bangga andai lebih banyak berbuat berbuat maksiat. Semuanya berpunca daripada HATI..

"Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat..." (Hadis Mutafaqa'alaih)

Renungilah bersama;

"...Ketahuilah, dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, bila mana baiknya daging ini, akan baiklah tubuh badan itu seluruhnya, dan bila mana rosaknya daging ini, akan rosaklah tubuh badan seluruhnya. Ketahuilah, daging itu adalah HATI.."  (Hadith Arbain Imam Nawawi)

Sekiranya bagi anda para penghidap Down Syndrome ini hina dan keji, maka ketahuilah, kita lebih hina dan keji daripada mereka. Penyakit ini adalah rancangan Tuhan tetapi '  sindrom keimanan' yang berlaku pada kita ini adalah punca dari kurang kawalan diri atas dorongan hawa nafsu yang tidak boleh menyeimbangkan kita daripada yang makruf dan yang mungkar.

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu." (Hadis Riwayat Muslim)

Benar, Dia tidak memandang cacatkah kita atau sempurnakah kita tapi dia hanya memandang pada keikhlasan hati dan kesempurnaan iman hambanya yang beriman. 
Maka, tepuklah dada tanyalah iman.


Monday, 18 January 2010

Tawakkal kepada Allah S.W.T







Allah Azza Wa Jalla telah berfirman:
Ertinya: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal". (Ali Imran:159)

Alangkah agungnya maqam orang yang telah tenggelam ke dalam mahabbah Allah SWT. Dia akan mencukupi, juga menjaga dan mendapatkan keuntungan yang agung. Sesungguhnya seorang kekasih tidak akan diseksa, dijauhi mahupun dihalangi.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda:
Suatu ketika aku telah melihat beberapa umat. Kemudian aku melihat umatku telah memenuhi gunung dan jurang. Keadaan mereka amat menghairankan. Maka dikatakan kepadaku, "Apakah engkau rela?" Aku menjawab, "Ya". Dikatakan bahawa bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang yang masuk syurga tanpa dihisab. Ditanyakan "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Baginda menjawab "Ialah mereka yang tidak pernah susah hati dan selalu bertawakal kepada Tuhannya".

Dirawikan bahawa ketika Ibrahim A.S dilemparkan ke dalam api, ditanya Jibril "Apakah engkau memerlukan sesuatu?" Baginda menjawab "Jika kepadamu, maka tidak. Allah telah mencukupiku". Baginda membaca kalimah itu ketika hendak dilemparkan ke tengah api.

Bersempena dengan musim imtihan ini sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama memperingatkan diri agar sentiasa bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan susah mahupun senang, janganlah kita lupa bahawa segala usaha penat lelah kita selama ini tidak akan bernilai tanpa diiringi tawakal kepada Allah.
Berusahalah semampu mungkin, berdoalah, buatlah yang tebaik dan bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, kejayaan menanti kita semua.

~Salam imtihan, salam kecemerlangan~