Allah Azza Wa Jalla telah berfirman:
Ertinya: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal". (Ali Imran:159)
Alangkah agungnya maqam orang yang telah tenggelam ke dalam mahabbah Allah SWT. Dia akan mencukupi, juga menjaga dan mendapatkan keuntungan yang agung. Sesungguhnya seorang kekasih tidak akan diseksa, dijauhi mahupun dihalangi.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda:
Suatu ketika aku telah melihat beberapa umat. Kemudian aku melihat umatku telah memenuhi gunung dan jurang. Keadaan mereka amat menghairankan. Maka dikatakan kepadaku, "Apakah engkau rela?" Aku menjawab, "Ya". Dikatakan bahawa bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang yang masuk syurga tanpa dihisab. Ditanyakan "Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Baginda menjawab "Ialah mereka yang tidak pernah susah hati dan selalu bertawakal kepada Tuhannya".
Dirawikan bahawa ketika Ibrahim A.S dilemparkan ke dalam api, ditanya Jibril "Apakah engkau memerlukan sesuatu?" Baginda menjawab "Jika kepadamu, maka tidak. Allah telah mencukupiku". Baginda membaca kalimah itu ketika hendak dilemparkan ke tengah api.
Bersempena dengan musim imtihan ini sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama memperingatkan diri agar sentiasa bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan susah mahupun senang, janganlah kita lupa bahawa segala usaha penat lelah kita selama ini tidak akan bernilai tanpa diiringi tawakal kepada Allah.
Berusahalah semampu mungkin, berdoalah, buatlah yang tebaik dan bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, kejayaan menanti kita semua.
~Salam imtihan, salam kecemerlangan~