Down syndrome (Mongolism)
Setiap insan di dunia ini diciptakan daripada berbillion-billion sel. Terdapat 2 jenis sel di dalam badan kita iaitu:
Sel somatic (sel yang terdapat pada seluruh badan) dan
Sel gamete (sel ovum dan sel sperma).
Manusia yang normal memiliki 23 pasang kromosom=46 kromosom di dalam nukleus setiap sel somatic. Walau bagaimana pun, Allah selaku pencipta berhak menentukan ciptaannya, kerana setiap daripada apa yang diciptakannya mempunyai hikmah nya yang tersendiri untuk membuktikan kekuasaan-Nya terhadap hambanya.
Pernahkah anda mendengar tentang penyakit Down Syndrome?
Down Syndrome merupakan salah satu daripada kejadian yang tidak normal berkaitan dengan jumlah kromosom di dalam badan manusia. Down Syndrome memiliki kelainan yang berlaku pada kromosom 21. Kromosom ini adalah satu-satunya pasangan kromosom yang berlainan dari kromosom yang lain.
Kenapa? Setiap kromosom itu memiliki pasangan masing-masing. Walau bagaimanapun, extra kromosom boleh terjadi dengan kuasa al-Khaliq. Maka terjadilah abnormaliti pada salah satu pasangan kromosom yang memiliki 3 kromosom berbanding yang sepatutnya adalah 2.
Kelainan pada kromosom 21.
Tentu anda pernah melihat mereka yang memiliki ciri-ciri penghidap Down Syndrome ini. Mereka ini memiliki otak yang terencat dan secara fizikalnya mempunyai badan yang pendek, kepala yang kecil, hidung yang pesek, mata yang sepet dan mulut yang kecil. Sementara itu, lapisan kulit mereka biasanya tampak keriput atau kedut (dermatoglyphics).
Memang tidak dinafikan penderita Down Syndrome ini mudah dikenali bahkan anda pasti dapat mengenali kelainan wajah ini kerana rata-rata wajah mereka hampir sama tak kira berada di peringkat umur mana sekalipun. Abnormaliti pada kromosom ini boleh menyebabkan gangguan bahkan kerosakan pada sistem organ yang lain.
Nah, yang demikian jangan lah kita memandang rendah ataupun mencaci malah menghina para penderita down syndrome ini kerana mereka telah ditakdirkan oleh pencipta sebegitu rupa dengan penuh hikmah yang mungkin kita sendiri tidak dapat untuk tafsirkan. Mungkin juga Allah ingin menguji sejauh mana iman kita dalam membantu insan-insan yang kurang bernasib baik ini.
Renungilah sahabat-sahabat,
Andai KROMOSOM itu merupakan struktur makromolekul besar yang memuatkan DNA dan membawa MAKLUMAT GENETIK di dalam sel, maka Manusia (kromosom) memuatkan sejumlah besar darjat keimanan (DNA) dalam tubuh badan lalu berfungsi sebagai membawa manusia menelusuri hidayah melalui Dakwah (maklumat genetik) terhadap sekalian manusia.
Maka dengan yang demikian, sudah semestinya yang namanya DNA itu pasti berfungsi sebaik-baiknya dalam replication, kemudian di transkripsi atau disalinkan kepada bentuk RNA sesudah itu pula di translasi kepada bentuk polipeptida lalu terhasil lah protein yang diinginkan oleh sang DNA supaya informasi yang disampaikan oleh DNA itu sama seperti apa yang diterimanya. Lalu, lahirlah genetik-genetik yang sama seperti genetik yang asalnya sebagai mewarisi genetik sang DNA pada awalnya itu.
Subhanallah!
Namun, tidak semua proses yang berlaku itu perfect semuanya. Bahkan, akibat tersalah step dalam salah satu proses itu tadi, akhirnya protein yang dihasilkan akan berlainan. Lalu, terjadilah Down Syndrome bilamana kelainan itu terjadi pada kromosom 21 seperti yang disebutkan di atas.
KROMOSOM DAN MANUSIA.
Jika diteliti, tidak banyaklah beza fungsi kromosom itu dengan manusia. Ya, itulah kita. Kromosom, manusia.. yang hina. Jangankan hanya terdapat syndrome pada kromosom 21, malah syndrome manusia lebih banyak yang bermaharajalela.
'Syndrome keimanan' yang telah menapak dalam hati sang manusia telah lama bertapak malah semakin reput dek kerana kejahilan dan keakuran pada hawa nafsu yang pada zaman sekarang ini, kita lebih ber sindrom asa bangga andai lebih banyak berbuat berbuat maksiat. Semuanya berpunca daripada HATI..
"Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat..." (Hadis Mutafaqa'alaih)
Renungilah bersama;
"...Ketahuilah, dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, bila mana baiknya daging ini, akan baiklah tubuh badan itu seluruhnya, dan bila mana rosaknya daging ini, akan rosaklah tubuh badan seluruhnya. Ketahuilah, daging itu adalah HATI.." (Hadith Arbain Imam Nawawi)
Sekiranya bagi anda para penghidap Down Syndrome ini hina dan keji, maka ketahuilah, kita lebih hina dan keji daripada mereka. Penyakit ini adalah rancangan Tuhan tetapi ' sindrom keimanan' yang berlaku pada kita ini adalah punca dari kurang kawalan diri atas dorongan hawa nafsu yang tidak boleh menyeimbangkan kita daripada yang makruf dan yang mungkar.
Di dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
Benar, Dia tidak memandang cacatkah kita atau sempurnakah kita tapi dia hanya memandang pada keikhlasan hati dan kesempurnaan iman hambanya yang beriman.
Maka, tepuklah dada tanyalah iman.