Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Friday, 5 October 2012

..beringatlah wahai manusia..





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (^_^)

Apa khbar iman.. apa khabar jasad dan rohani kalian.. moga2 selalu dalam lindungan dan pengawasan Allah Azza Wajala..amin Ya Allah.. Wahai sahabat2ku dan muslimin dan muslimat yang dikasihi dan disayangi Allah sekelian.. Puji dan syukur atas segala rahmat dan hidayahNYA… MAHA SUCI ALLAH…

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI,
KAMI SAMBUT KEDATANGAN HARI INI DENGAN KESYUKURAN KEPADA MU. SEMPURNAKAN NIKMATMU UNTUK KAMI PADA HARI INI DAN KEKALKANLAH NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI SELAMA INI DAN KURNIAKAN KELAZATAN UNTUK KAMI DALAM MENGECAP AKAN SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI..AMIN YA ALLAH..

SUBAHANAALLAH.. Setiap manusia diberi oleh Allah SWT kekuatan dan kelemahan. Tiada ada seorang pun yang tidak mempunyai kelemahan malahan kekuatan semata-mata. Dengan sebab itu, kekuatan itulah yang mampu menjadikan manusia yang berguna kepada dirinya, negaranya dan agama. Dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”. (al-Imran: 110)

Ayat ini menjelaskan potensi yang pada diri manusia ada kekuatan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih istimewa lagi dijelaskan “umat Islam dilahirkan dengan sebaik-baik ummah”… ALLAHU AKHBAR.. MAHA SUCI ALLAH.. ALHAMDULILLAH YA ROBBI.. wahai diriku dan jua dirimu yang ku cintai krnNYA..renungilah ke dalam diri.. ALLAHU AKHBAR..

Apa yang kau cari
Dalam mimpi penuh ilusi
Dalam jiwa tanpa gusar
Tanya hati ke mana pergi
Kerna jalan penuh liku dalam cabaran

Apa yang kau cari
Untuk subuh yang mungkin terakhir kali
Tenangkan hati pergi hadapi Ilahi
Semurni hati jiwa mungkin tercarik lagi
Tenanglah diri kuat tepis godaan ini

Untuk apa-apa yang kau cari
Benarkah itu yang kau kejari
Tipu daya iblis hanya jambatan rapuh bertahtakan intan
Kenali diri melalui perkenalan dengan Ilahi
Agar kau bisa mandiri
Agar kau teguh berdiri

Sembunyikan dukamu dalam senyum manis wajahmu
Kerna apa yang kau cari bukan untuk kau kesali
Apa yang kau cari itu untukmu di sana nanti
Sebagai pelindung dalam dakapan kasih Ilahi
Kejarlah apa yang kau cari

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Dunia penjara bagi orang mukmin dan
syurga bagi orang kafir. Riwayat: (Muslim)

ALLAHU AKHBAR..dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya... YA ALLAH,YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN,BERIKANLAH KEKUATAN TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI DIRI KAMI,TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL-AMAL KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM… AMIN YA ALLAH

MAHA SUCI ALLAH…dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya larangan-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.

Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya…ASTAGFIRULLAH HAL AZIM..

أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه
أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه
أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه

LAHAULA QHUWATA ILLABILLAH HILAALIYIL AAZIMM

ALLAHU AKHBAR..Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat).

Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak…ASTAGFIRULLAH HAL AZIM

SUBAHANAALLAH WABIHAMDIH.. SUBAHANAALLAH HIL AZIM..ASTAGFIRULLAH

أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه
أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه
أستغفـــــــر الله العظيـــــــم الذي لا اله الا هو الحي القيـــــــوم و أتـــوب اليــــه

LAHAULA QHUWATA ILLABILLAH HILAALIYIL AAZIMM

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN CINTA KEPADAMU,
DAN CINTA KEPADA ORANG YANG MENGASIHIMU,
DAN APA SAHAJA YANG MEMBAWA KAMI MENGHAMPIRI CINTAMU, JADIKANLAH CINTAMU ITU LEBIH KAMI HARGAI DARIPADA AIR SEJUK BAGI ORANG YANG KEHAUSAN. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAMI MEMOHON CINTAMU, DAN CINTA ORANG YANG MENCINTAIMU SERTA CINTA YANG MENDEKATKAN KAMI KEPADA CINTAMU. YA ALLAH, APA SAHAJA YANG KAU ANUGERAHKAN KEPADAKAMI DARIPADA APA YANG KAMI CINTAI, MAKA JADIKANLAH IA KEKUATAN UNTUK KAMI MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI, DAN APA SAHAJA YANG ENGKAU SINGKIRKAN DARIPADA APA YANG KAMI CINTAI, MAKA JADIKANLAH IA KEREDHAAN UNTUK KAMI DALAM MENCINTAI APA YANG ENGKAU CINTAI. YA ALLAH, JADIKANLAH CINTAMU SESUATU YANG PALING KAMI CINTAI DARIPADA CINTA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI,HARTA KAMI, DAN AIR SEJUK PADA SAAT KEHAUSAN. YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI MENCINTAIMU, MENCINTAI MALAIKATMU, RASULMU DAN HAMBAMU YANG SOLEH. YA ALLAH, HIDUPKANLAH HATI KAMI DENGAN CINTAMU DAN JADIKANLAH KAMI BAGIMU SEPERTI APA YANG ENGKAU CINTAI, YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI MENCINTAIMU DENGAN SEGENAP CINTA KAMI DAN SELURUH USAHA KAMI DEMI KEREDHAANMU. AMIN YA ALLAH.. AMIN YA RAHIM.. ALLAHU ALLAH YA RAHMAN..ALLAHU ALLAH YA KARIM.. ALLAHU ALLAH YA FATTAH..ALLAHU ALLAH YA LATIFF.. ALLAHU ALLAH YA GHAFFUR.. ALLAHU ALLAH.. YA MUHAIMI.. ALLAHU ALLAH YA ZALALWALIKRAM..AMIN YA ALLAH..AMIN YA ROBBAL ALAMIN

Akhir kata renungi hadits dari Abu malik al-Asy'ari katanya:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi.
Sembahyang itu pelita.
Sedekah itu bakti.
Sabar itu cahaya dan
al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu.
Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya. [Riwayat: (Muslim) ]


“BERILMU DAN BERAMAL BERAMAL BUKAN HANYA KEPADA DILIHAT KEPADA MENDAPAT PAHALA DARI ALLAH SWT SAHAJA TETAPI KEBAHAGIAAN DAN KEREDHAAN ALLAH SWT DI DUNIA DAN AKHIRAT….MAAFAATKAN MASA KITA DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH… AMIN YA ALLAH.. INGATAN UTK DIRIKU TERLEBIH DAHULU.. ALLAHU AKHBAR”

ayuh!!mencari semangat yang hilang



Bismillah wassolatu alaa Rasulillah.

Esok. Bermulanya perjalanan kembali ke taman ilmu. Bukan ku tidak mahu pulang menuntut ilmu-ilmu Allah yang sedia menanti di pintu kuliah, namun sedikit sebanyak masalah yang melanda pada sem baru ini membuatkan semangat ku agak tercalar. Maka benarlah, jalan perjuangan itu susah, payah. Tiada yang mudah. Aku sendiri saat berada di rumah, mujahadah kerap kali gagal, tarikan nafsu itu terlalu kuat, terlalu banyak masa yang disiakan. Mungkin kerana itulah hati sudah berat untuk kembali ke bumi anbia`, kerana sudah terikat nafsu duniawi.

Nafsu memprotes.
Iman memujuk.
Aku tersepit.
Namun aku tahu, by hook or by crook, aku terpaksa jua pergi meninggalkan kesenangan ini. Dan kini aku sedang berusaha untuk menjadikan rasa terpaksa ini sebagai sukarela.
Allah sedang mendidikku.
Allah sedang mendidikku.
Allah sedang mendidikku.

Terlalu banyak berfikir akan hal yang sia-sia telah merobek hatiku. Aku menjadi double sensitif akan hal yang kecil-kecil, jiwaku tidak setabah dahulu. Rapuh. Di manakah kekuatan yang selama ini tersimpan rapi di benak diri? Di manakah ceria yang dulunya menghias suasana? Kini yang tinggal hanyalah ketegangan, senyuman pudar dari wajah, kebaikan hilang dari lisan, tubuh longlai dihentam kemalasan, lemas dalam kefuthuran duniawi sehingga hilang spirit sang daie. Zon selesa, terlalu lama berada di dalam zon selesa, mematikan semangat juang.

Kembali berdiri.
Kerana itu aku merasai urgensi untuk aku kembali ke medan jihad ini. Jihad menuntut ilmu, jihad memerangi hawa nafsu, kembali pada suasana tarbawi, teman-teman yang senantiasa mengingatkan diri ini agar mendekati Ilahi. Ia bukan lagi suatu makanan tambahan, tetapi satu dos wajib rawatan bagi mengubati penyakit futhur, penyakit lalai, penyakit cintakan dunia, penyakit hati, dan pelbagai lagi penyakit yang menambah lagi jarak antara kita dengan Rabbul Izzati.

Aku akui, dalam hati ini, masih terlalu pekat jahiliyah merajai. Cinta kesenangan dunia, takut mati, riyak, takabbur, semua itulah yang bakal menjadi punca kelelahanku dalam medan dakwah dan tarbiyah. Dengan mas'ulah yang terpaksa ku pikul, apakah mungkin dapat ku jalani dengan sempurna bila mana masih ada penyakit-penyakit ini dalam hati?
Masih banyak yang perlu diproses. Tazkiyatunnafs, penyucian diri. Aku, masih lemah lagi. Aku, masih jauh lagi. Aku, masih aku yang dulu. Peningkatan, zero.

Aku tahu, Allah sedang mendidikku menjadi matang.
Allah sedang mendidikku menjadi daie.
Allah sedang mendidikku menjadi pejuang.
Lantaran itu sekiranya aku lari dari proses, maka aku telah sia-siakan peluang yang Dia berikan.
Meskipun aku rasa amatlah tidak mampu memikul tanggungjawab yang Dia beri atas alasan aku kenal diri aku sendiri, aku tahu sejauh mana keupayaanku, tapi aku lupa Dia lah yang menciptakanku, pastinya Dia lebih mengenali aku berbanding diriku sendiri, dan tidak mungkin dia akan membebaniku sesuatu yang aku tidak mampu. Laa yukallifullah nafsan illa wus'ahaa. Maka aku harus percaya Dia, percaya pada Allah yang telah menyusun aturan yang cukup indah. Percaya, Dia maha tahu apa yang terbaik buat kita.

ayuh.Teruslah berdiri.
Bergerak demi Dia, bekerja untuk Islam.
Moga Allah cinta, Moga Allah redha

Sunday, 20 May 2012

:..13 langkah hilangkan ngantuk dan tekanan..:


Tersengguk2 ketika mengulangkaji pelajaran?? Anda baca buku atau sebaliknya?? Stress imtihan semakin menghampiri?? Tak tahu bagaimana ingin mengatasinya?? Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

7 tips untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian..ape khabar anda semua??moge baik2 aje di musim imtihan yang akan menjelang hanye tinggal beberape hari lagi.Bagaimana dengan persediaan anda untuk imtihan kali ini?


Sepertimana yang kita sedia maklum,hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi imtihan akan diadakan.Saya percaya disaat ini kita bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam imtihan nanti.


Dengan demikian,saya ingin berkongsi sedikit tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang akan dihadapi nanti.Tip ini diambil dari akhbar berita harian untuk perkongsian kita bersama..insyaALLAH..Antaranya ialah..


 1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas,kita akan lebih berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? 
Bersama kita merealisasikannya.. ^ ^

Thursday, 29 March 2012

..Sedap Tertarik Menarik..


DUMPLING SUP:



Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • Kulit wantan
  • 1 keping isi ayam bahagian dada-cincang*
  • 6 ekor isi udang-cincang*
  • Lobak merah-cincang halus*
  • 1 sudu/k tepung jagung*
  • Sikit garam&lada sulah*
  • 1 sudu/k sos tiram *
  • Air secukupnya
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 ulas bawang merah,1 ulas bawang putih&sedikit halia.
  • Minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Campurkan bahan2 bertanda * kedalam 1 bekas..gaul sebati.
  2. Ambil 1 sudu kecil isi dumpling & bubuh di tengah2 kulit wantan.Lekatkan dgn air di tepi kulit.Buat sehingga habis isi dumpling&ketepikan.
  3. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.Tumis bawang merah,bawang putih&halia sehingga naik bau.Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan kiub ayam & sedikit garam.Masukkan juga sayur2 yg disukai seperti carrot,cendawan&daun bawang jika suka.
  5. Tunggu sehingga mendidih,baru masukkan wantan yg sudah berisi dumpling tadi.Tunggu sehingga dumpling masak,bolehlah ditutup api
SELAMAT MENCUBA SAHABAT-SAHABAT…..

..Syeikh Hafiz Salamah,Kassyaf Dalam Perang Mesir-Israel..



            Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya' di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya' adalah utusan daripada Allah SWT.
Kebiadapan mereka perlu diajar seperti yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun 1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh Hafiz Salamah.
Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.
Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah
Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10 Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez. Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan baginda.
Dalma Perang Dunia Kedua, ayahnya berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala sktiviti harian termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.
Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang datang.
Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai Jam'iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk penjajahan asing ke atas Mesir.
Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung
Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948 yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan menakluk bumi Mesir.
Beliau yang juga terlibat dalam menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk diambil tindakan undang-undang.
Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di dalam akhbar "An-Nazir" yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.
Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang dikenali sebagai "Revolusi Julai 1952" yang dianggap sebagai satu petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.
Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana PResiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke dalam Penjara Za'bal.
Berjihad di belakang tabir penjara
Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-'Atawilah tidak berdiam diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah ajaran Islam dan akidah. Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahan Mesir dari serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah dalam peperangan itu.
Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir. Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.
Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel
Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr. Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.
Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki rakyat negara Mesir mati diracun, maka dengan berkat dan keramat (karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan jarinya yang mulia itu.
Takdir Allah menentukan segala-galanya apabila Mesir menerima kemengan dalam peperangan tersebut atas berkat doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.
Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah SWT.

العلماء ورثة الأنبياء

Thursday, 15 March 2012

## Diet Rasulullah ##


- Jangan makan susu + daging
- Jangan makan daging + ikan
- Jangan makan ikan + susu
- Jangan makan ayam + susu
- Jangan makan ikan + telur
- Jangan makan ikan + daun salad
- Jangan makan susu + cuka
- Jangan makan buah + susu cth : koktel


* Jangan sesekali tinggal makan malam.Sesiapa yang tinggal makan
  malam dia akan di makan usia dan kolestrol
  dalam badan akan berganda.
* Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah
  dahulu sebelum makan nasi.
* Tidur satu jam selepas makan tengahari.


SELAMAT BERAMAL..:)

..: Wanita syahidah pertama dalam islam :..


Dialah Sumayyah binti Khabath hamba sahaya dari Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.Begitulah ketabahan Sumayyah,biarpun diseksa tapi bibirnya tidak pernah lekang dari menyebut kalimah ALLAH.Semoge kite dapat mencontohi Sumayyah walau cuma wanita akhir zaman..
insyaAllah..:)

Wednesday, 14 March 2012

" القلب السليم "


ADA SESUATU YANG MENARIK BUAT AKHAWAT TERSAYANG
BERSEMPENA DENGAN MUZAKARAH BERKELOMPOK PADA MINGGU INI.!!!!!



TARIKH          :       15 MAC 2012


HARI                    :         KHAMIS
MASA                  :         8.30 MALAM
TEMPAT              :         MUSOLLA RNSK


TENTATIF : TARBIYAH RUHIYYAH; Suatu Pengenalan
        - DISKUSI KUTAIB ; تزكية النفس
        - SLOT BERSAMA WAKIL HEWI 
4.00 Pagi  : QIAMULLAIL                    
 : SUBUH BERJEMAAH DAN MA’THURAT             
Ahli Mtp yang berada di Rumah Sewa dijemput hadir.


                       HEWI MTPANSM 2011/12