Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Tuesday, 30 December 2014

CARTA ORGANISASI HEWI N9 2014/2015

ORGANISASI HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)  

  MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR
(MTPANSM) 2014/2015

        PENASIHAT
           TN HJ ABDUL HAMID BIN JAMAN

     PENGERUSI
     ABDUL RAHIM BIN SABTANI
     KETUA HEWI
 SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU HANIZAN 
KULIAH BAHASA ARAB
+201122138511
syue_aida65@yahoo.com.my


SETIAUSAHA HEWI
NURJANNAH ATIRAH BINTI ARIF
TIMB EXCO PENDIDIKAN
KULIAH SYARIAH ISLAMIAH
+201122071392
teira_syrll92@yahoo.com

BENDAHARI HEWI
ZULAIKA BINTI ZAMRI
TIMB EXCO ICT, TEKNIKAL DAN PROMOSI
KULIAH PERUBATAN 
+201124462588
ika_jzn@yahoo.com

SITI KHADIJAH BINTI AZMIN
TIMB EXCO DAKWAH DAN TARBIAH
KULIAH USULUDDIN
+201159647311
cadich22@yahoo.com

SITI ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM
TIMB EXCO PERUMAHAN
KULIAH BAHASA ARAB
+201122109760
sitiathirah92@gmail.com

SITI RAMIZAH BINTI RAMLAN
TIMB EXCO KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN SUKAN
KULIAH BAHASA ARAB
+201122076120
izzahct_92@yahoo.com

ANIS SURAIYA BINTI RAMLI
TIMB EXCO KEBAJIKAN
KULIAH BAHASA ARAB
+201116691783
surayaisgu@gmail.com

Friday, 19 December 2014

[TASYJI' DHUHA 19.12.14]

[TASYJI' DHUHA 19.12.14]
28 Safar 1436


Bismillah 
jam 7.30 pagi program dimulai dengan solat Dhuha yang diimamkan oleh Ustazah Hilwa. Kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Exco Dahwah dan Tarbiah, Ustazah Khadijah Azmin. Bacaan Yasin ini diadakan sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Seterusnya, program diteruskan dengan kalam taujihat yang disampaikan oleh Ketua Hewi MTPANSM, Ustazah Syuhaidah debgan tajuk 
"Jangan Ditanya 7 Perkara"
1. Jangan Ditanya Kenapa Aku Malas? 
Sebaliknya tukar soalan itu kepada BAGAIMANA MAHU RAJIN BELAJAR?
2. Jangan Ditanya Kenapa Susah Sangat Subjek ni?
Sebaliknya kita perlu positif dengan subjek dan tukar kepada SUBJEK INI SANGAT MENCABAR.
3. Jangan Ditanya Sempat Ke Nak Ulangkaji?
Sebaliknya teruskan belajar dan tetapkan target untunk habiskan bacaan.
4. Jangan Ditanya Mengapa Aku dah Ulangkaji Tapi Lupa?
Sebaliknya tambahkan fokus belajar dan cari jalan untuk ingat point-point penting. Saidina Ali a.s. pernah berkata 'ilmu itu nur dan ia takkan masuk dalam hati yang bermaksiat.' Maka perbanyakkan istighfar dan taubat.
5. Jangan Ditanya Boleh ke Aku Skor Ni?
Sebaliknya teruskan usaha untuk mencapai target.
6. Jangan Ditanya Boleh ke Aku JAwab Kalau Soalan Terlampau Susah?
Sebaliknya fikirlah positif aku mampu buat yang terbaik.
7. Jangan Ditanya Layakkah Aku Jadi Pelajar Cemerlang?
Ya anda layak! Anda layak untuk cemerlang selagi anda mahu kerana cemerlang bukan hak individu.
Sentiasalah perbaharui niat dalam menuntut ilmu.
Majlis Ditutup dengan tasbiah kafarah dan Surah Al-Asr dan pengagihan 'hagah' sempena imtihan oleh Hewi MTPANSM 2014/2015

"Indahkan hari Jumaatmu Dengan Penuh Keimanan jua Ketaqwaan."

Monday, 15 December 2014

[TASYJI' DHUHA 12.12.14]

BISMILLAH
Seperti mana biasa program ini dimulakan dengan solat sunat Dhuha yg telah diimamkan oleh Ukhti Muniratul Aqilah.
Kemudian Pengerusi Majlis (Ukhti Khadijah) telah membuka majlis dan memulakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustzh Jannah Athirah, Timb Exco Pendidikan MTPANSM dengan tajuk USAHA TANGGA KEJAYAAN .
Betepatan dengan fatrah imtihan yang akan tiba tidak lama lagi. Ustzh Jannah telah berkongsi 8 perkara sebagai persediaan imtihan. 
1. Doa
2. Usaha
3. Istiqamah
4. Tawakal
5. Ihsan
6. Sabar 
7. Berdisiplin
8. Jaga kesihatan
-kalau jatuh kita kene bangun semula
-Allah melihat apa yang kita usahakan
-kita sebagai hamba tidak memperlekehkan doa selepas solat
-qada boleh diubah dengan doa sekiranya Allah nak
-lihat tokoh2 yg tdahulu dalam mereka memperjuangkan ilmu
-istiqamah dalam sesuatu perkara kerana Allah suka perkara yang sedikit tapi berterusan
Kemudian diteruskan lagi dengan kalam taujihat dari ahli dan ditamatkan dengan salam ukhwah.
Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Pertandingan Piala Pengerusi 2014





Pada 5 Disember 2014, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu pertandingan sukan bola jaring (akhawat) dan futsal (ikhwah), iaitu program piala pengerusi yang berlangsung di nadi syabab dan terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan. 

Baca selanjutnya >>>  Piala Pengerusi MTPANSM

Friday, 18 April 2014

Zikir Dan Hubungannya Dengan Sains





Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.




Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

Artikel asal dinukilkan oleh Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi.

Tuesday, 1 April 2014

KAMI NAK SIHAT !

Pada 28 Mac 2014 yang lalu, HEWI Negeri Sembilan telah mengadakan Program “Kami Nak Sihat” yang berobjektifkan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan akhawat RNSK selain untuk mempererat hubungan antara satu sama lain. Program ini telah diadakan di International Bowling Centre(IBC) Kaherah dan acara utama yang diadakan ialah bowling. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada akhawat selain Ibu Hamidah sendiri turut turun padang bagi memeriahkan lagi program ini.

Program bermula pada jam 1.30 petang dengan dirasmikan oleh Ibu Hamidah. Kemudian, pertandingan bowling dimulakan dan semua akhawat menunjukkan semangat yang luar biasa. Antara kampung-kampung yang turut bertanding termasuklah Kg Kendong, Kg Sri Pilah, Kg Serting, Kg LBJ dan Kg Sri Asahan.

Akhirnya, pada jam 4 petang pertandingan bowling berakhir . Program berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama dari akhawat sendiri. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan : Kg Sri Pilah
Naib johan : Kg Serting
Ketiga : Kg Kendong
Keempat :  Kg LBJ
Kelima : Kg Sri Asahan

Semoga dengan penganjuran program ini mencapai objektif yang telah disasarkan.












Friday, 21 March 2014

JOM IKUT RASULULLAH !! ^_^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh warga pena siswi .. 

Mari kita belajar bagaimana cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi. Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.

Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-

1. Selalu bangun sebelum Subuh.

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

4. Gemar berjalan kaki.

Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pernah iri hati.

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

6. Tidak pemarah.

Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

7. Pemaaf.

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang

Monday, 17 March 2014

RAUDHATUL ILTIZAM 2014

Pada 14 Februari 2014 yang lalu,barisan HEWI telah mengadakan Program Raudhatul Iltizam yang bertempat di Dewan Sheikh Qadir Al-Jailani,RNSK. Program bermula pada jam 8 pagi. Ibu Hamidah juga turut serta menyertai dan memantau program ini.

Program bermula dengan Penerengan KEM-U dan RAUDHATUL ILTIZAM .Penerangan kem-u disampaikan oleh Ukht Syuhaida dalam bentuk video yang menarik manakala penerangan dan penjenamaan raudhatul iltizam menggantikan muzakarah berkelompok oleh Ukht Khadijah .

Program disambung dengan Diskusi Kutaib yang bertajuk “Risalah Min Ghoriq”. Ukht Asyikin terlebih dahulu memeperkenalkan barisan Naqibat Raudhatul Iltizam.Diskusi kitab kemudian disampaikan oleh para Naqibat.Berikut ialah senarai nama barisan Naqibat sesi 2014 :
1    -      Ukht Asyikin
2    -      Ukht Ida
3    -      Ukht Syahidah
4    -      Ukht Amira
5    -      Ukht Rehan

Sebelum berakhir,pembahagian taakhi diadakan.Setiap akhawat hendaklah mencabut sehelai kertas yang berada didalam kotak dan mencari taakhinya menurut cabutan kertas.Pembahagiaan taakhi ini diadakan untuk mengerat ukhwah sesama akhawat disamping saling mengingatkan antara satu sama lain.

Program  berakhir jam 10 pagi dan semua akhawat bersurai.










Sunday, 16 March 2014

RISALAH RUHUL FATAYAT EDISI 3 : FORMULA REDHA

FORMULA REDHA 



[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139

Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?
Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

Bagaimana Untuk Redha?

Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah. Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.
Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.

Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.
Andai  selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

p/s: perkongsian




Tuesday, 11 March 2014

#prayforMH370


Nothing much to say..
Just ‪#‎keepprayingforMH370‬.

Allah tahu apa yg terbaik.
Yakin, setiap kejadian ada hikmah.
Jangan putus berdoa kepadaNya.

Sahabat2ku, mari kita kembali bermuhasabah.
Moga taubat kita hari ini mmbuka jalan keluar buat mereka.
dan… semoga takdir mereka adalah yg terbaik!

Allah, kuatkan kami dengan Islam.
Allah, kuatkan Islam dengan kami.

Mari menjadi hamba!


Credit : langit ilahi.

Monday, 17 February 2014

KENALI H1N1

Egyptian schoolgirls in Cairo wear masks in class for protection against H1N1 flu in 2009

(AFP/Getty Images)



Baru-baru ini,Mesir sekali lagi telah dikejutkan dengan penularan kes H1N1.Setakat 15 Februari 2014 yang lalu,sebanyak  52 kes kematian dilaporkan akibat virus ini.Penularan virus ini di Mesir bukanlah suatu yang mengejutkan kerana pada 2009,virus ini bukan sahaja telah menyerang Mesir namun seluruh dunia.Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlulah di ambil dan setiap orang sewajarnya mengetahui  beberapa fakta tentang virus ini.

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. 

SIMPTOM H1N1

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.Symptom pada orang dewasa ialah:• Kesesakan nafas• Sakit dada• Pening secara tiba – tiba• Muntah• Selsema• Batuk terukSymptom pada kanak – kanak ialah:• Pernafasan laju atau mempunyai masalah pernafasan• Warna kulit kebiruan• Muntah • Berat badan kurang• Selsema• Batuk teruk


CARA PENYEBARAN H1N1

Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). 


LANGKAH PENCEGAHAN

1. Mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan. Tangan hendaklah dicuci dengan sabun dan air (pencuci beralkohol/antibakteria adalah efektif dalam mengelakkan penularan virus H1N1)

2. Mengamalkan adab batuk yang sesuai (menutup mulut dengan tisu dan membasuh tangan sesudah itu, tidak menyentuh bahagian muka dan mulut selepas batuk atau bersin atau selepas memegang permukaan atau alatan-alatan yang terdedah).


3. Tidak menyentuh bahagian muka (mulut, mata dan hidung) kerana virus boleh memasuki tubuh melalui sentuhan.

4.Mengamalkan penggunaan topeng muka (face mask) apabila berada ditempat umum/sesak.

5. Elakkan dari berada berhampiran dengan mereka yang mengalami ILI (influenza like illness)/simptom-simptom influenza


SUMBER

http://ubatpenyakit.blogspot.com/2012/09/virus-h1n1-punca-dan-rawatan.html
http://h1n1.moh.gov.my/
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/94305/Egypt/Politics-/Eight-more-swine-flu-deaths-in-Egypt-Health-minist.aspx
http://www.dailynewsegypt.com/2014/02/04/swine-flu-outbreak-leaves-24-dead/

Wednesday, 12 February 2014

RISALAH RUHUL FATAYAT EDISI 2 : PENYAKIT KRONIK !!

PENYAKIT KRONIK ….!!!



Kita tahu tiga jenis penyakit; penyakit hati, penyakit jiwa, dan penyakit fizikal. Untuk membezakan penyakit fizikal dengan penyakit jiwa lebih mudah berbanding  membezakan penyakit jiwa dengan penyakit hati. Walaupun demikian, ketiganya memiliki persamaan. Apa  pun yang ditimpa oleh ketiga penyakit itu, ia tidak akan mampu menjalankan fungsinya dengan baik.Di antara fungsi hati, menurut Imam Al-Ghazali, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hati yang berpenyakit ditandai dengan tertutupnya mata batin kita dari penglihatan-penglihatan ruhaniah.

Tanda-Tanda Penyakit Hati

Pertama, kehilangan cinta yang
tulus. Orang yang menghidapi penyakit hati tidak akan mampu mencintai orang lain dengan ikhlas. Orang seperti itu agak susah untuk mencintai Nabi, apalagi mencintai Tuhan yang lebih abstrak. Kerana dia tidak boleh mencintai dengan tulus, dia juga tidak akan mendapat kecintaan yang tulus dari orang lain. Sekiranya ada yang mencintainya dengan tulus, dia akan curiga akan kecintaan itu.
Kedua, kehilangan ketent
eraman dan ketenangan ruhani
Ketiga, memiliki hati dan mata yang keras. Penghidap penyakit hati mempunyai mata yang sukar terharu dan hati yang susah tersentuh. 
Keempat, kehilangan kekhusyukan dalam ibadat. 
Kelima, malas beribadat atau beramal. 
Keenam, senang melakukan dosa. Orang yang berpenyakit hati merasakan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Tidak ada perasaan bersalah yang mengganggu dirinya sama sekali.
Dalam kitabnya Ihyâ `Ulûmuddîn, Al-Ghazali menyebutkan sebuah doa yang dibaca oleh Nabi sallalahu alaihi wasalam isinya meminta agar kita diselamatkan dari berbagai jenis penyakit hati: "Ya Allah aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang, mata yang tidak menangis, dan doa yang tidak diangkat."
 Merujuk pada doa di atas, kita b
oleh menyimpulkan ciri-ciri orang yang berpenyakit hati sebagai berikut:

Pertama, memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt. Al-Quran menyebutkan orang yang betul- betul takut kepada Allah itu sebagai orang-orang memiliki ilmu: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang yang berilmu. Jika ada orang yang berilmu tapi tidak takut kepada Allah, berarti dia memiliki ilmu yang tidak bermanfaat.

Kedua, mempunyai hati yang tidak  khusyuk. Dalam menjalankan ibadah, dia tidak mampu mengkhusyukkan hatinya sehingga tidak boleh menikmati ibadahnya. Ibadah menjadi sebuah kegiatan rutin yang tidak mempengaruhi perilakunya sama sekali. Tanda lahiriah dari orang yang hatinya tidak khusyuk adalah matanya susah untuk mengalirkan air mata. Nabi saw menyebutnya sebagai jumûd al-`ain (mata yang beku dan tidak bisa mencair).

Ketiga, memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang. Dia memendam impian yang tidak pernah habis, keinginan yang terus menerus, serta keserakahan yang tidak pernah puas.

Adapun ciri keempat dari orang yang berpenyakit hati adalah doanya tidak diangkat dan didengar Tuhan.

K
aedah Merawat Penyakit Hati
 
Pertama , menurut Al-Ghazali, adalah dengan mencari guru yang mengetahui penyakit hati kita. Ketika kita datang kepada guru tersebut, kita harus datang dengan segala kepasrahan. Kita tidak boleh tersinggung jika guru itu memberitahukan penyakit hati kita. Kita juga harus mencari guru yang lebih sedikit penyakit hatinya daripada diri kita sendiri.
Umar Ibn Al-Khattab berkata, "Aku menghargai sahabat-sahabatku yang menunjukkan aib-aibku sebagai hadiah untukku."
Kedua, mendapatkan sahabat yang jujur. Sahabat adalah orang yang membenarkan bukan yang `membenar-benarkan' kita. Sahabat yang baik adalah yang membetulkan kita, bukan yang menganggap apapun yang kita lakukan itu betul
.
Ketiga, jika su
sah mendapatkan sahabat yang jujur, kita boleh mencari musuh dan mempertimbangkan ucapan-ucapan musuh tentang diri kita. Musuh dapat menunjukkan aib kita dengan lebih jujur berbanding sahabat kita sendiri. 
Keempat, memperhatikan tingkahlaku orang lain yang buruk dan kita bayangkan akibat tingkahlaku tersebut pada diri kita. Dengan cara itu, kita tidak akan melakukan hal yang sama. Hal ini sangat mudah karena kita lebih sering memperhatikan tingkahlaku orang lain yang buruk daripada tingkahlaku buruk kita sendiri.

Sebuah kisah dari Jalaluddin Rumi , di sebuah kota ada seorang pemuda yang menanam pohon berduri di tengah jalan.
Gabenor kota sudah memperingatkannya agar memotong pohon berduri itu. Setiap kali diingatkan, orang itu selalu mengatakan bahwa dia akan memotongnya besok. Namun sehingga dia tua, pohon itu belum dipotong juga. Seiring dengan waktu, pohon berduri itu bertambah besar. Ia menutupi semua bagian jalan. Duri itu tidak saja melukai orang yang melalui jalan, tapi juga melukai pemiliknya. Orang tersebut sudah sangat tua. Ia menjadi amat lemah sehingga tidak mampu lagi untuk menebas pohon yang ia tanam sendiri.
Di akhir kisah itu Rumi memberikan nasihatnya, "Dalam hidup ini, kalian sudah banyak sekali menanam pohon berduri dalam hati kalian. Duri-duri itu bukan saja menusuk orang lain tapi juga dirimu sendiri. Ambillah kapak Haidar, potonglah seluruh duri itu sekarang sebelum kalian kehilangan tenaga sama sekali."
Apa yang dimaksudkan Rumi dengan pohon berduri dalam hati adalah penyakit- penyakit hati dalam ruh kita. Seiring dengan pertambahan usia, bertambah pula kekuatannya. Tidak ada lagi waktu yang lebih tepat untuk menebang pohon berduri di hati kita itu selain saat ini. Esok hari, penyakit itu akan semakin kuat sementara tenaga kita bertambah lemah. Tidak ada daya upaya kita untuk menghancurkannya.

                                                                                                                                      -HEWI N9-


Tuesday, 14 January 2014

TAK KENAL MAKA TAK CINTA MAKA TAK SAYANG...???



Dari Anas ibnu Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa menghidupkan sunnahku maka dia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka dia akan bersamaku di syurga" (HR.Thabarani)
  

 NAMA: 
- MUHAMMAD BIN ABDULLAH -

BAPA: 
ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BIN ABD. MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRAH

IBU:  
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB BIN MURRAH

NENEK ( SEBELAH BAPA ): 
FATIMAH BINTI UMAR AL-MAKHZUMIYAH

NENEK ( SEBELAH IBU ): 
BURRAH BINTI ABDUL UZZA BIN USMAN BIN ABDUL DAR BIN QUSAY BIN MURRAH

TARIKH LAHIR: 
ISNIN SEBELUM TERBIT MATAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 53 SEBELUM HIJRAH 570 MASIHI 

TEMPAT LAHIR: 
MAKKAH AL- MUKARAMAH BERHAMPIRAN BUKIT SOFA ( RUMAH ABU TALIB )

TARIKH DIANGKAT MENJADI NABI:
27 RAMADHAN, TAHUN KE 13 SEBELUM HIJRAH/609 MASIHI ( GUA HIRA’ ) MAKKAH AL- MUKARAMAH

UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI NABI:
40 TAHUN

WAFAT: 
ISNIN SEBELUM TENGAHARI 12 RABIUL AWAL TAHUN KE 11 HIJRAH/632MASIHI DI MADINA


JANTINA: 
PENGHULU LELAKI

AGAMA: 
PENGHULU AGAMA ISLAM

ALAMAT: 
MAKKAH AL-MUKARAMAH,KEMUDIAN HIJRAH KE MADINAH AL-MUNAWARRAH (MASJID NABI)

PEKERJAAN: 
1) PENGEMBALA KAMBING 
2) BERNIAGA ( SEHINGGA BERUMUR 40 TAHUN ) 
3) BERTUGAS SECARA RESMI SEBAGAI NABI/RASUL ( MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH )

TANDA ISTIMEWA: 
1) COP KENABIAN DIANTARA 2 BAHU 
2) SENTIASA DI NAUNGI OLEH BAYANGAN AWAN KEMANA SAHAJA BAGINDA PERGI

SIFAT:  
WAJAH PUTIH BERSIH BERSERI/BERCAHAYA, MATA HITAM, RAMBUT HITAM, KETINGGIAN SEDERHANA DAN DADA BIDANG

4 SIFAT-SIFAT TERPUJI: 
1) SIDDIQ -BERKATA BENAR
2) AMANAH- BOLEH DIPERCAYAI
3) TABLIGH- PENYAMPAI AJARAN ISLAM
4) FATANAH- BIJAKSANA

KEISTIMEWAAN: 
PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM

WARNA KEGEMARAN: 
HIJAU, HITAM, MERAH DAN PUTIH

 MAKANAN KEGEMARAN: 
KURMA, BALI, BUAH TIN & ANGGUR

SUKAN KEGEMARAN:
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH & BERENANG


 PEPERANGAN YANG DISERTAI:
1) PERANG BADAR
2) PERANG UHUD
3) PERANG BANI NADHIR
4) PERANG KHANDAK
5) PERANG BANI QURAZHAH
6) PERANG KHAIBAR
7) PERANG FATHU MAKKAH
8) PERANG HUDAIBIYYAH
9) PERANG TABUK

NAMA BIDAN:  
SHIFA BINTI AUF ( UMMU ABD.RAHMAN )

NAMA PENJAGA: 
UMMU AIMAN

NAMA PENYUSU: 
1) TSUWAIBAH AL-ASLAMIAH 
2) HALIMAH BINTI DZUAIB AS-SAADIAH

SAUDARA SESUSUAN: DARIPADA TSUWAIBAH:
1) ABDULLAH BIN JAHAY
2) HAMZAH BIN ABD. MUTALIB 
3) ABU SALAMAH BIN ABD. ASAD 
4) MASRUH BIN TSUWAIBAH ( DARIPADA HALIMAH ):
  1) ABDULLAH BIN AL-HARITH 
2) ANISAH BINTI AL-HARITH 
3) HUZAIFAH BIN AL-HARITH

 BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
 (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

BAPA SAUDARA:
1) AL-HARITH
2) MUQAWWAM
3) HAMZAH *
4) AL-ABBAS *
5) ABU TALIB
6) ABU LAHAB (ABDUL UZZA)
7) ABDUL KAABAH
8) HIJL
9) ZIRAR
10) GHAIDAQ

IBU SAUDARA:
1) UMAIMAH
2) ATIKAH #
3) ARWA #
4)
 UMAIMAH
5) BARRAH
6) 
AL-BIDHA (UMMU HAKIM)
7) SAFIAH *

* Sempat masuk Islam.
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

12 ISTERI – ISTERI RASULLULLAH:
  • SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • AISHAH BINTI ABU BAKAR R.H
  • HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • JUWAIRIAH BINTI AL-HARITH R.H
  • SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
7 ANAK-ANAK RASULULLAH:
  • AL-QOSIM R.A
  • ABDULLAH R.A
  • IBRAHIM R.A
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • FATIMAH R.H
10 CUCU-CUCU RASULULLAH:
  • ALI R.A
  • ABDULLAH R.A
  • AL –HASSAN R.A
  • AL-HUSAIN R.A
  • YAHYA R.A
  • MUHAMMAD R.A
  • UMAMAH R.H
  • UMMU KALTHUM R.H
  • ZAINAB R.H
  • RUQAYYAH R.H
BINATANG KESAYANGAN NABI:
  • 4 EKOR KALDAI( KELDAI KESAYANGAN RASULULLAH BERNAMA DUL- DUL)
  • 20 EKOR UNTA ( UNTA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA ATBA )
  • 20 EKOR KUDA ( KUDA KESAYANGAN RASULLULLAH BERNAMA YA’AFUR )

BIODATA ISTERI – ISTERI RASULLULLAH


Berdasarkan kepada hadis-hadis, ketahuilah mencintai keluarga Nabi Muhammad 
Sallallahu Alaihi Wasallam adalah wajib dan haram hukumnya membenci mereka
sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Sesiapa yang mencintai
keluargaku maka wajib bersamaku di dalam syurga dan sesiapa yang membenci
keluargaku maka haram baginya mendapatkan syafa’atku nanti di hari kiamat.”


ISTERI PERTAMA:                                                                                                                                                                                 
  • NAMA: SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.H
  • BAPA: KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD.UZZA BIN QUSAI BIN KILAB
  • IBU: FATIMAH BINTI ZAIDAH
  • TARIK LAHIR: TAHUN KE 68 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH KAHWIN: TAHUN KE 28 SEBELUM HIJRAH
  • MAHAR: 20 EKOR UNTA( MUDA ) BETINA
  • TEMPOH BERKAHWIN: 25 TAHUN
  • ANAK ANAK BERSAMA NABI: 1) ZAINAB R.H 2) AL-QOSIM R.A 3) RUQAYYAH R.H 4) UMMU KALTHUM R.H 5) FATMAH R.H 6) ABDULLAH R.A
  • SUAMI TERDAHULU: 1) AN-NABASH BIN ZARARAH AT-TAIMIY ( ABU HALAH ) 2) ATIQ BIN ABID AL-MAKHZUMI
  • KEISTIMEWAAN : 1) MANUSIA PERTAMA YANG MASUK ISLAM 2) RASULULLAH TIDAK BERPOLIGAMI KETIKA HAYAT SITI KHADIJAH R.H 3) WANITA PALING TERHORMAT DIKALANGAN KAUMNYA DARI SEGI KETURUNAN,KEKAYAAN DAN KEPINTARAN
  • WAFAT: TAHUN KETIGA SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
ISTERI KEDUA:
  • NAMA: SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
  • BAPA: ZAMAH BIN QAIS BIN ABD.SHAMS
  • IBU: AL-SHUMUS BINTI QAIS BIN ZAID
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 68 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH KAHWIN: BULAN SYAWAL TAHUN KE 10 KENABIAN( TAHUN KE 3 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 14 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: RASULULLAH MEMINANGNYA SELEPAS KEWAFATAN KHADIJAH R.H UNTUK MENJAGA ANAK-ANAKNYA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI ( TIADA )
  • SUAMI TERDAHULU: AL-SAKRAN BIN AMRU ( ADA 5 ANAK )
  • KEISTIMEWAAN: 1) WANITA PERTAMA DINIKAHI SELEPAS KEWAFATAN SITI KHADIJAH R.H 2) SANGAT PANDAI BERGURAU SERTA BERJENAKA DENGAN RASULULLAH
  • WAFAT: SYAWAL AKHIR PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR R.A DI MADINAH
ISTERI KETIGA:
  • NAMA: AISHAH BINTI ABU BAKAR R.A
  • BAPA: ABU BAKAR ASSIDDIQ R.A
  • IBU: ZAINAB ( UMMU RUMAN ) BINTI AMIR BIN UWAIMIR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 9 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIK BERKAHWIN: BULAN SYAWAL TAHUN KE11 KENABIAN( TAHUN KEDUA SEBELUM HIJRAH ) DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN : 13 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN SAIDINA ABU BAKAR R.A
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • ANAK DARA
  • KEISTIMEWAAN: 1) WANITA YANG PALING ALIM DALAM PENGETAHUAN AGAMANYA 2) TURUN WAHYU KHUSUS MEMBERSIHKANNYA DARI FITNAH DALAM PERISTIWA HADITH AI-IFKI
  • WAFAT: RAMADHAN TAHUN KE 58 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KEEMPAT:
  • NAMA: HAFSAH BINTI UMAR R.H
  • BAPA: UMAR AL-KHATTAB R.A
  • IBU: ZAINAB BINTI MAZH’UN
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-18 SEBELUM HIJRAH,DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE-3 HIJRAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 8 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MERAPATKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN BAPANYA,SAIDINA UMAR DAN MEMULIAKAN SUAMIYA YANG SYAHID DALAM PEPERANGAN UHUD
  • ANAK-ANAK BER SAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: KHUNAYS BIN HUDHAFAH
  • KEISTIMEWAAN: 1)ORANG YANG PANDAI MENULIS DAN BER BAHASA 2)PERNAH DI CERAI OLEH RASULULLAH LALU DATANG JIBRIL MEMERINTAHKAN RUJUK
ISTERI KELIMA:
  • NAMA: ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
  • BAPA: KHUZAIMAH BIN AL-HARITH BIN ABDULLAH
  • IBU: HINDUN BINTI AUF
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-26 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: PENGHUJUNG 3 HIJRAH/AWAL 4 HIJRAH DI MADINAH
  • TEMPOH BER KAHWIN: 2 HINGGA 3 BULAN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMULIAKAN SUAMINYA YANG SYAHID DALAM
  • PEPERANGAN UHUD
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ABDULLAH BIN JAHSY,SAUDARA SESUSU RASULULLAH
  • KEISTIMEWAAN: 1)DIGELAR UMMU AL-MASAKIN(IBU ORANG-ORANG MISKIN)KERANA SIKAPNYA YANG PENYAYANG DAN KELEMBUTANYA TER HADAP MAREKA 2)MATI SEMASA HAYAT RASULULLAH
  • WAFAT: RABIUL AKHIR TAHUN KE-4 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KEENAM:
  • NAMA: UMMU SALAMAH HINDUN BINTI ABU UMAYYAH R.H
  • BAPA: AL-MUGHIRAH(ABU UMAYYAH)
  • IBU: ATIKAH BINTI AMIR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE-30 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: SYAWAL TAHUN KE-4 HIJRAH DI MADINAH
  • TEMPOH BERKAHWIN: 7 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMECAH TEMBOK PEMUSUHAN DENGAN KABILAH BANI MAKHZUN TERHADAP ISLAM DAN MEMADAMKAN KEBENCIAN MEREKA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ABDULLAH BIN ABDUL ASAD(ABU SALAMAH)
  • KEISTIMEWAAN: 1)WANITA PERTAMA HIJRAH KE HABSYAH 2)PARAS CANTIK DAN AKAL PINTAR 3)SALAH SEORANG AHLI MESYUARAT DALAM PERISTIWA HUDAIBIAH
  • WAFAT: SYAWAL TAHUN KE-60 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KETUJUH:
  • NAMA: ZAINAB BINTI JAHSY R.H
  • BAPA: JAHSY BIN RIAB
  • IBU: AMINAH BINTI ABD. MUTTALIB
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 30 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIKH BERKAHWIN: ZULKAEDAH TAHUN KE 5 HIJRAH DI MADINAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 6 TAHUN
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: ZAID BIN HARITHAH( ANAK ANGKAT RASULULLAH
  • KEISTIMEWAAN: 1) KUAT BERIBADAH , HADITH RASULULLAH “ SESUNGGUHNYA ZAINAB BINTI JAHSY R.H ADALAH SEORANG AWWHAH. NABI DITANYA APAKAH ITU AWWHAH YA RASULULLAH? KHUSYUK DAN RENDAH DIRI BILA BERIBADAH KEPADA ALLAH” 2) YANG PALING BANYAK BERSEDEKAH DAN MERAIKAN ORANG MISKIN 3) PERKAHWINAN DENGAN RASULLLAH ADALAH PERINTAH LANGSUNG DARI ALLAH
  • WAFAT: TAHUN KE 20 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KELAPAN:
  • NAMA: JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITH R.H
  • BAPA: AL-HARITH BIN DHARAR
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 16 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: SHA’BAN TAHUN KE5 HIJRAH ( SELEPAS PERISTIWA PEPERANGAN BANI MUSTALAQ
  • MAHAR: 400 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 6 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: TAWANAN PERANG BANI MUSTALAQ YANG DI BEBASKAN OLEH RASULULLAH DAN KEMUDIAN DI NIKAHI BAGINDA
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: MUSAFI BIN SAFWAN
  • KEISTIMEWAAN: BANYAK BERPUASA DAN BERIBADAH
  • KATA AISHAH R.H: “TIDAK AKU KETAHUI SEORANG WANITA YANG PALING BESAR KEBERKATAN TERHADAP KAUMNYA MELAINKAN DIA”
  • WAFAT: TAHUN KE 56 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEMBILAN:
  • NAMA: SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
  • BAPA: HUYAI BIN AKHTAB
  • IBU: BARRAH BINTI SAMUAL
  • TARIKH LAKIR: TAHUN KE 10 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE7 HIJRAH DALAM PERJALANAN BALIK DARI PERANG KHAYBAR
  • MAHAR: BEBAS DARI MENJADI TAWANAN KHAYBAR
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: PEMBEBASAN DARI TAWANAN PERANG
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • SUAMI TERDAHULU: 1) SALAM BIN MISHKAM 2) KINANAH BIN RABIE
  • KEISTIMEWAAN: SANGAT BERLEMAH LEMBUT DAN BERSIKAP BENAR
  • WAFAT: TAHUN KE 50 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEPULUH:
  • NAMA: UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN R.H
  • BAPA: ABU SUFIYAN SOKHR BIN HARB
  • IBU: SUFIYYAH BINTI ABI AL-ASH
  • TARIKH LAHIR: THAN KE 24 SEBELUM HIJRAH
  • TARIKH BERKAHWIN: TAHUN KE 7 HIJRAH SELEPAS PULANG DARI KHAYBAR
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ABU SUFIYAN
  • ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • KEISTIMEWAAN: BERHIJRAH KE HABSHAH BERSAMA SUAMINYA DAN SUAMINYA MENINGGAL DI SANA. NABI MEMINANG BELIAU MELALUI RAJA NAJASYI. RAJA NAJASYI TELAH MEMBAYAR MAHARNYA SEBANYAK 500 DIRHAM.
  • WAFAT: TAHUN KE 44 HIJRAH DI MADINAH
ISTERI KESEBELAS:
  • NAMA: MAIMUNAH BINTI AL-HARITH R.H
  • BAPA: AL-HARITH BIN HUZN AL- HILALI
  • IBU: HINDUN BINTI AUF
  • TARIKH LAHIR: TAHUN KE 18 SEBELUM HIJRAH DI MAKKAH
  • TARIK BERKAHWIN: ZULKAEDAH TAHUN KE 7 HIJRAH SELEPAS PERISTIWA UMRAH AL QADHA DI MAKKAH
  • MAHAR: 500 DIRHAM
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • SEBAB PERKAHWINAN: MENYEBARKAN SYIAR ISLAM
  • ANAK ANAK BERSAMA NABI: TIADA
  • KEISTIMEWAAN: 1) PALING BERTAQWA 2) PALING BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYAMBUNG SILATURRAHIM
  • SAIDINA AISYAH R.H BERKATA: “ BELIAU ADALAH YANG PAING BERTAQWA DI KALANGAN KAMI ( ISTERI-ISTERI RASULULLAH ) DAN YANG PALING BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYAMBUNG SILATURRAHIM
  • WAFAT: TAHUN KE 51 HIJRAH DI MAKKAH
ISTERI KEDUABELAS:
  • NAMA: MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
  • BAPA: SYAM’UN ( AL-QIBTIYYAH )
  • TARIKH LAHIR: ASYUT,MESIR
  • KAHWIN BERKAHWIN: TAHUN KE 7 HIJRAH DI MADINAH
  • MAHAR: HADIAH DARI RAJA MUQAWQIS
  • TEMPOH BERKAHWIN: 4 TAHUN
  • ANAK-ANAK BERSAMA NABI: IBRAHIM R.A
  • KEISTIMEWAAN: SATU SATUNYA ISTERI YANG MEMPUNYAI ZURIAT SELEPAS SITI KHADIJAH R.H
  • WAFAT: TAHUN KE 12 HIJRAH DI MADINAH
10 SAHABAT RASULULLAH YANG DIJAMIN SYURGA:
  • ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A
  • UMAR BIN KHATTAB R.A
  • USMAN BIN AFFAN R.A
  • ALI BIN ABU TALIB R.A
  • THALHAH BIN UBAIDILLAH R.A
  • ZUBAIR BIN AWWAM R.A
  • SAAD BIN ABI WAQAS R.A
  • SAID BIN ZAID R.A
  • ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A
  • ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH R.A
PERKARA YANG KHUSUS KEPADA RASULULLAH:
  • MUSUH MERASA TAKUT SEBELUM MENEMUI RASULULLAH DALAM JARAK TEMPOH SEBULAN ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • RASULULLAH DI ANUGERAHI KEFASIHAN DALAM BERBICARA ( RIWAYAH MUSLIM )
  • MAKSUM ( TERPELIHARA DARI DOSA )
  • KELUARGA DAN KETURUNANNYA DILARANG MENERIM ZAKAT DAN SEDEKAH
  • DIANTARA KEDUA BAHUNYA ADA TANDA KENABIAN
  • QIMULAILDI WAJIBKAN BAGINYA
  • SAAD MATANYA TERPEJAM HATINYA TETAP TERJAGA ( HADITH RIWAYAT BUKHARI )
  • JANDA RASULULLAH DILARANG MENIKAHI OLEH SESIAPA
  • ALLAH MENGIZINKAN MENIKAHI WANITA MELEBIHI 4 ORANG
  • PEMIMPIN BANI ADAM
  • PENUTUP PARA NABI DAN ALLAH MENGUTUSKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA ( HADITH RIWAYAT MUSLIM )
10 AMANAT TERAKHIR RASULULLAH ( KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH:
  • MENJAGA JIWA DAN HARTA SETIAP ORANG MUSLIM SEBAGAI AMANAH SUCI
  • JANGAN KAMU SAKITI SESIAPA PUN AGAR ORANG LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU
  • MENGINGATI HARI KEMATIAN DAN HARI PEMBALASAN
  • RIBA’ ADALAH DI HARAMKAN DI SISI ISLAM
  • BERWASPADA TERHADAP GODAAN SYAITAN DEMI KESELAMATAN AGAMA ISLAM WALAUPUN DALAM HAL-HAL YANG KECIL
  • MENJAGA KEHARMONIAN SUAMI ISTERI
  • MENGHARAMKAN ZINA
  • SEMPURNAKAN LIMA (5) RUKUN ISLAM
  • MENGEKALKAN IKATAN SILATURAHIM SESAMA ISLAM(SEMUA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA)
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AI-QURAN DAN SUNNAH
" MARILAH KITA BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W "


والله أعلم بالصواب
(HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG BENAR)