Baru-baru ini,Mesir sekali lagi telah dikejutkan dengan penularan kes H1N1.Setakat 15 Februari 2014 yang lalu,sebanyak 52 kes kematian dilaporkan akibat virus ini.Penularan virus ini di Mesir bukanlah suatu yang mengejutkan kerana pada 2009,virus ini bukan sahaja telah menyerang Mesir namun seluruh dunia.Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlulah di ambil dan setiap orang sewajarnya mengetahui beberapa fakta tentang virus ini.
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain.
SIMPTOM H1N1
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.Symptom pada orang dewasa ialah:• Kesesakan nafas• Sakit dada• Pening secara tiba – tiba• Muntah• Selsema• Batuk terukSymptom pada kanak – kanak ialah:• Pernafasan laju atau mempunyai masalah pernafasan• Warna kulit kebiruan• Muntah • Berat badan kurang• Selsema• Batuk teruk
CARA PENYEBARAN H1N1
Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit).
LANGKAH PENCEGAHAN
1. Mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan. Tangan hendaklah dicuci dengan sabun dan air (pencuci beralkohol/antibakteria adalah efektif dalam mengelakkan penularan virus H1N1)
2. Mengamalkan adab batuk yang sesuai (menutup mulut dengan tisu dan membasuh tangan sesudah itu, tidak menyentuh bahagian muka dan mulut selepas batuk atau bersin atau selepas memegang permukaan atau alatan-alatan yang terdedah).
3. Tidak menyentuh bahagian muka (mulut, mata dan hidung) kerana virus boleh memasuki tubuh melalui sentuhan.
4.Mengamalkan penggunaan topeng muka (face mask) apabila berada ditempat umum/sesak.
5. Elakkan dari berada berhampiran dengan mereka yang mengalami ILI (influenza like illness)/simptom-simptom influenza
SUMBER
http://ubatpenyakit.blogspot.com/2012/09/virus-h1n1-punca-dan-rawatan.html
http://h1n1.moh.gov.my/
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/94305/Egypt/Politics-/Eight-more-swine-flu-deaths-in-Egypt-Health-minist.aspx
http://www.dailynewsegypt.com/2014/02/04/swine-flu-outbreak-leaves-24-dead/