Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Thursday, 21 April 2016

~Fizikr 2.0~ [RF.21]

.....SAMBUNGAN……

"La tahzan innallaha ma'ana". Bisikan qalbunya memujuk hiba. Lantas dia pasrah dengan Qadha' dan Qadar Allah.


Amy redha.

          ************************


'Flash back'.


   Sekitar era 2000 , Amy dan Sahilah merupakan sahabat karib semenjak sekolah rendah lagi. Namun, takdir telah memisahkan mereka tika mereka sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan 'UPSR'. Sahilah telah ditaklifkan untuk berpindah ke Bumi Kenyalang lantas meninggalkan Amy keseorangan di Bumi Kilang- Senawang. Namun 'duration' tempat yang jauh tidak membataskan perhubungan serta ukhwah mereka lantaran adanya kecanggihan elit di 'zaman IT'.

     Mereka saling bertukar-tukar pandangan serta pendapat. Maklumlah,kedua-duanya adalah makhluk yang dianugerahkan dengan kehebatan yang amat sekitar era 2010 di  'ranking' Sekolah  Berasrama Penuh (SBP). Sahilah tercampak jauh di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Pahang. Walau bagaimanapun, Amy terhempuk di benua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU). IQ mereka sangat tinggi sehingga mencecah 2000. Sekiranya mereka digandingkan ,dunia mampu tunduk pada mereka dan 'assumption' untuk membina republik Atlantis mungkin tercapai.

'Both are the head of prefects'.

   Sahilah diibaratkan seperti Saidina Umar Al-Khattab,khalifah yang dihormati kerana kebijaksanaannya di sebalik keseriusan wajahnya. Manakala Amy sendiri diumpamakan seperti Saidina Ali Karramallahu Wajhah, dek kerana kelembutan hatinya untuk membentuk ustaziatul alam di madrasahnya dahulu walaupun dipalit dengan mehnah cacian daripada para 'students' mahupun 'teachers'.

     Dia berjuang untuk menjaga 'biah solehah' di Taman Islam itu walaupun hatinya pernah beribu kali terluka. Namun kegundahannya didengari Allah, lalu Allah hadiahkan pelangi yang sangat indah padanya. Kini, dia berjaya menempatkan diri sebagai pelajar yang berstatus jurusan perubatan di Mesir. Ardhul Kinanah.  Mereka terpisah jauh antara dua benua 'once more', dek kerana Sahilah juga bergelar graduan perubatan namun terdampar di Australia.

    Bagi mereka, 'sharing is caring' dan mereka 'take for granted' di atas ukhwah yang tersemai sejak sekian lama ini.


            **********************


    Mentari mulai mengintai alam. Kabus berlalu pergi meninggalkan jalanan di sekitar Universiti Ain Shams yang sepi. Pintu-pintu kedai sepanjang syari' jamiah masih terkunci. Amy melangkah melintasi jalan, menapak kesunyian seorang diri.

   Nyaman. Kebisingan dan kesibukan belum menjengah di jalanan itu. Rata-rata masih tidur dibuai mimpi manusiawi dan duniawi. Langkahannya yang diiringi bacaan Al-Mathurat diperlahankan tatkala menuruni lorong menuju ke rumahnya.

  " Sahilah! ". Terpacul dari mulutnya nama bidadari syurga itu, sahabat yang sentiasa menyokongnya daripada belakang apatah lagi 'communication'  di antara mereka dibatasi dengan dua benua.

    "Aku tidak bermimpi."  Hatinya menjerit.

Jubahnya diangkat, dia mula berlari mengejar kelibat itu. Hilang!

    Peluh memercik di dahi, termengah-mengah dirinya menyedut udara melangsaikan hutang 'oxygen debt' dari tubuhnya. Lelah.

    Jiwa Amy tampak keriangan berselitkan seribu kebingungan di benaknya. Sahilah sebentar tadi di hadapan matanya.


    Ya, itu Sahilah!

"Astagfirullah".

   "Bukankah dia sudah pergi menemui Ilahi?". Kewarasan akal menghentak keriangan di sukmanya.

   Dia dihuni rasa bersalah, seolah-olah dia tidak mempercayai takdir Yang  Maha Esa.

Al-Fatihah.

         ************************


"Assalamualaikum".

" Waalaikumusalam."

" Aku ada keperluan denganmu. "

" Sebutkan keperluanmu itu."

" Aku adalah malaikat maut."

" Ahlan wasahlan. Silakan, marhaban wan ahlan wa sahlan. Sudah lama kau tidak bertamu dalam hidupku. Demi Allah, tiada seorang pun yang lebih aku sukai di bumi untuk berjumpa dengannya daripada engkau. "

"Laksanakanlah keperluanmu"

"Aku tidak ada keperluan yang lebih besar dan aku sukai daripada berjumpa dengan Allah."

"Pilihlah dalam keadaan apa yang kamu sukai nyawanmu dicabut olehku?"

"Kau boleh melakukan itu?"

"Ya, aku disuruh melakukan itu."

"Biarkan aku berwuduk dan bersolat, lalu cabutlah nyawaku ketika aku sujud."

Gementar hatinya. Getaran yang lahir dari jiwa hamba yang yakin bahawa maut itu pasti berkunjung jua. Rasa yang tiada dalam jiwa si pencinta wanita dan dunia.

Allahuakbar. Allahuakbar.

        ……….....T.A.M.A.T…………


Wednesday, 13 April 2016

~Fizikr 1.0~ [RF.20]





Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

******************************

Amy tersenyum sendirian menampakkan lekuk lesung pipitnya yang manis seusai membaca bait-bait nasyid itu. Sahilah. Sahabat karibnya yang sudah sepuluh tahun tidak bersua wajah, namun hati mereka sering bertaut rindu dalam keasyikan cinta Rabitah pada Nya. Kemaruk rindu itu datang kembali, mencengkam 'SA Node' qalbunya seiring sekali dengan denyutan kasih di dalam aluran 'AV Node' nya. Ah, indahnya memalit asmara rindu pada sahabat sejati berqiblatkan ma'rifat Mu ,Ya Allah.

Begitu asyiknya sebuah persahabatan. Mencintai seorang sahabat kerana Allah, akan mendapat kemanisan Iman. Doa seorang sahabat di belakangnya secara 'secret' lebih cepat dimakbulkan oleh Allah.

Amy hanyut dalam syahdu tahajjudnya.

         ***********************************





Ya Allah, dahsyat teramat sangat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Begitulah bukti cinta Rasulullah kepada ummat baginda. Jauh mengalahkan simbolik cinta agung Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang mendirikan Taj Mahal, apatah lagi cinta Romeo dan Juliet yang hanya sekadar hiasan dunia. Amy termengkelan dengan melankolik 'history' Rasulullah s.a.w itu lantas dia bertafakur sejenak.

Selawat ke atas 'the God Messenger' terbit dari bibir mulus Amy. Dia tidak mahu tergolong dalam golongan insan yang bakhil dan rugi.

" Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya ". al-Ahzab ayat 56.

"Ya Allah, Kau jadikanlah akhlak ku sebagaimana akhlak Rasulullah. Kau kuatkanlah hatiku dan temanku meneruskan perjuangan baginda". Titipan doa ikhlas dari hati yang kudus seorang perantau di Ardhul Kinanah.

Gambaran wajah seorang bidadari syurga, berwajah 'innocent' beserta senyuman yang tidak lekang dari bibirnya muncul dari celah pandangannya.

" Sahilah, kau jangan lupakan aku bila tiba di Australia nanti. Aku sentiasa doakan kau berjaya mengutip segala mutiara yang ada di sebalik 'ocean' yang kebiruan di sana. Kita pasti akan bersua."


Aura doanya berserakan di seluruh ruangan 'atmosphere' Bumi, berpadu seiring dengan 'molecules' tasbih yang diratibkan oleh seluruh alam semesta lantas mewujudkan satu gelombang. Ya,satu gelombang di mana boleh mencapai amplitude '3000 wave length'. Betapa ajaibnya sebuah kuasa doa seorang sahabat kepada sahabat Islamnya yang lain.

           *******************************

"Bip..bip..bip". Telefon bimbitnya berbunyi.

Amy tersedar dari tidurnya yang lena umpama Ashabul Kahfi. Matanya berpinar-pinar namun digagahkan untuk dibuka sedaya upaya. Butiran penghantar sistem pesanan ringkas yang tertera pada layar 'handphone' nya cuba dibaca.

"One message  received".
"From: Sahilah binti Hamdan"

Hatinya berbunga ceria menerima pesanan itu. Namun timbul sedikit keraguan di hatinya memandangkan waktu Malaysia baru menjangkau jam 2 pagi. Apakah hal yang begitu 'important' sehingga mesej itu bertamu di dalam halaman tidurnya.

Ditekannya kekunci lantas diamati baris demi baris yang tertulis rapi.

" Ya Allah! "

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.

Terbit titisan jernih dari anak matanya. Hatinya dihurung rasa sedih bercampur redha.
Kasihnya tidak setanding tuhan yang Mencipta dan Maha Pengasih. Dialah tempat kita kembali.

Suasana sekeliling kamarnya seolah-olah bisa membaca liku rasa hatinya. Turut menangis sama. Bungkam dan suram serta membisu seribu bahasa. Tangisan itu bukan tangisan berdukacita, itu tangisan fitrah. Fitrah manusia yang tidak betah akan perpisahan, sedangkan pertemuan di alam yang fana itu adalah sebuah janji Tuhan buat orang-orang beriman.

Sahilah pergi buat selama-lamanya dari dunia yang sementara menuju alam yang abadi. Mesej dari ummi Sahilah mengungkap segala-galanya.

Hampir setahun bidadari itu bertarung dengan 'brain cancer'. Tidak pernah sekalipun Amy dimaklumkan tentang derita yang ditanggungnya.

"Sahilah, kau sungguh pesimis. Tergamak kau tak mahu berkongsi kesakitan kau dengan aku." monolog hati Amy.


"La tahzan innallaha ma'ana". Bisikan qalbunya memujuk hiba. Lantas dia pasrah dengan Qadha' dan Qadar Allah.


Amy redha.


         ************************

......BERSAMBUNG......


Monday, 4 April 2016

~Pasca Peribumi 3.0~ [RF.19]



SAMBUNGAN.......


“ Ke mana lagi kita nak lari Zack?! Sudah tiada lagi tempat untuk lari lagi hari ini. Masanya telah tiba…kiamat Zack.. kiamat… “

                                         ………………………….……………..**…………………………

   Ketika itu manusia bertempiaran lari seolah-olah mereka sudah tidak siuman lagi. Seorang wanita hamil,gugur kandungannya. Lintang pukang berlari tanpa tujuan. Kelihatan seorang ibu meninggalkan anak kecilnya yang sebelum ini dalam ribaannya untuk menyusu. Hilang sudah perasaan kasih kemanusiaan.


Lupa segala-galanya lantaran takut ,gerun melihat melihat apa yang sedang berlaku di hadapan mata ketika itu.
Aaaaaaaaa!!! Aaaaaaaaaaaaaa!!! Aaaaaaa!!! Lari!.,.  Tolong!!!.. Allahu Akbar….. Ampun Ya Allah….. Aaaaaaaaaaaa!!! Raungan manusia yang hingar bingar menggawatkan lagi suasana. Hanya Zack dan Lyz yang masih lagi menunggu… menanti… Zack hanya terpinga-pinga,kaget dengan apa yang berlaku.


Dirasakan apa yang terjadi ketika itu seolah-olah seperti mimpi ngeri. Terlalu ngeri. Pandangan mereka tertumpu ke arah satu dentuman kuat yang terdengar dari atas langit. Terlihat pancaran cahaya terang menerjah dataran langit.

“Zack! Langit sudah mula terbelah! Matahari semakin menghampiri  Bumi. I takut Zack.. I takut,”lantas Lyz cuba memaut tubuh Zack, kerana seolah-olah merasakan kakinya tidak terpijak lantai.

“Kraak!.. Doooom!!! Gunung ganang luluh satu persatu. Runtuh tertiarap menyembah Bumi. Satu ketika dahulu pernah dikagumi lantaran sifatnya yang tinggi memasak Bumi. Kini,tiada apa yang tinggal lagi.




   Bumi mula membongkar khazanahnya. Tanah merekah,pecah. Isi perutnya terburai kini. Tulang-belulang,mayat-mayat reput,ulat-ulat,bangkai terkeluar dari tanah. Lahar Bumi meleleh seumpama darah dan nanah mula melimpah. Magma panas membahang membakar. Manusia masih lagi menggila. Bertempiaran lari tiada berarah. Mencari tempat berlindung. Tidak. Sudah tiada tempat berlindung lagi ketika ini wahai manusia.

   Dalam manusia berlari-larian tanpa hala itu,kengerian yang maha hebat mula berlaku. Ada yang mati ditelan Bumi. Ada yang dibakar carian magma. Ada pula yang dipanah petir yang menyambar. Nyawa manusia sudah tiada harga lagi kerana sudah ada saat untuk mereka mati. Rela atau terpaksa.

   Gegaran Bumi semakin menjadi-jadi. Bukan lagi seperti gempa Bumi,bukan juga seperti gunung berapi,dan musibah kali ini juga tidak setara dengan letupan atom di Nagasaki. Malah lebih dari itu. Skala Ritcher tidak lagi mampu menilainya.

   Langit mula menggulung. Matahari semakin menghampiri. Bahangnya mula membakar. Membakar setiap makhluk yang masih tinggal. Anjung apartmen mewah Zack mula dimakan api. Kolam renangnya mula ditelan Bumi. Bumbung rumah merekah. Runtuh. Mereka berdua sedar ajal mereka sudah terlalu hampir. Nampak di mata mereka kini Izrail menghampiri.

   Terdengar kini satu bunyi yang tidak pernah didengari sebelum ini. Sangkakala Israfil mula memecah kesunyian di ruang angkasa. Ribut taufan melanda. Langit merapati Bumi. Satu dentuman kedengaran lagi. Dooooooooooom!!!

   Zack dan Lyz masih lagi di situ. Masih melihat dan hanya memerhati. Menanti.

Tiba-tiba…

“Zack…”,nada ketakutan berbaur tangisan Lyz menarik perhatian Zack seketika.
“Katakanlah Lyz”,desir Zack.
“Andainya you diberi peluang untuk hidup sekali lagi.Setelah you lihat semua ini. Mahukah you bertaubat?!”,tanya Lyz kembali.

“Kalau I tahu sejak awal lagi kedahsyatan kiamat yang menakutkan ini berlaku,nescaya I lah yang akakn menjadi orang yang paling bertaqwa kepada Allah! Ya Allah! Hentikanlah semua ini! Aku ingin bertaubat Ya Allah! Hentikan semua ini Ya Allah! Hentikannnnnnnnn!!!
Jeritan itu berkumandang dalam suasana kegelapan.
Hentikannnnnnnnnnnn!!!

                                ………………………………………….**…………………………





Satu cahaya terang mengejutkannya.
   Perlahan-lahan Zack membuka tangan yang menekup wajahnya. Peluh bercucuran membasahi tubuhnya yang terdedah itu. Matanya dibuka. Dilihat rupanya cahaya pagi yang masuk melalui jendela kamarnya.
“Astaghfirullah… Astaghfirullah…”,ucapan istighfar pertama yang keluar dari mulut Zack sepanjang 25 tahun hidupnya.

Sekilas pandangan dihalakan kearah jendela. Kelihatan langit sudah mula cerah. Semenjak daripada tadi Zack termanggu,mengenangkan mimpi ngerinya itu dan dia kehairanan seolah-olah ia satu reality.

“Ah! Itu hanya mimpi. Mainan di kala lena. Aku masih muda menikmati dunia”,bisik hati kecilnya.

   Mentari pagi sudah menerangi kebiruan langit,namun tidak sebagaimana hari-hari yang lalu. Lazimnya dari jendela itu mentari akan menjengah dari celahan gunung-ganang nun di ufuk sana. Tapi, pagi ini setelah diteliti dari jendela kaca itu,langit cerah tetapi tiada mentari.

“Mungkin jerebu yang sudah  berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari”,bisik hati kecilnya lagi.

Namun tanpa disedarinya, mata sang mentari sedang meninjaunya secara sinis dari arah barat!!!


                         ……………………………………….**………………………………

  ...............T.A.M.A.T..........