SAMBUNGAN.......
“ Ke mana lagi kita nak lari Zack?! Sudah tiada lagi tempat untuk lari lagi hari ini. Masanya telah tiba…kiamat Zack.. kiamat… “
………………………….……………..**…………………………
Ketika itu manusia bertempiaran lari seolah-olah mereka sudah tidak siuman lagi. Seorang wanita hamil,gugur kandungannya. Lintang pukang berlari tanpa tujuan. Kelihatan seorang ibu meninggalkan anak kecilnya yang sebelum ini dalam ribaannya untuk menyusu. Hilang sudah perasaan kasih kemanusiaan.
Lupa segala-galanya lantaran takut ,gerun melihat melihat apa yang sedang berlaku di hadapan mata ketika itu.
Aaaaaaaaa!!! Aaaaaaaaaaaaaa!!! Aaaaaaa!!! Lari!.,. Tolong!!!.. Allahu Akbar….. Ampun Ya Allah….. Aaaaaaaaaaaa!!! Raungan manusia yang hingar bingar menggawatkan lagi suasana. Hanya Zack dan Lyz yang masih lagi menunggu… menanti… Zack hanya terpinga-pinga,kaget dengan apa yang berlaku.
Dirasakan apa yang terjadi ketika itu seolah-olah seperti mimpi ngeri. Terlalu ngeri. Pandangan mereka tertumpu ke arah satu dentuman kuat yang terdengar dari atas langit. Terlihat pancaran cahaya terang menerjah dataran langit.
“Zack! Langit sudah mula terbelah! Matahari semakin menghampiri Bumi. I takut Zack.. I takut,”lantas Lyz cuba memaut tubuh Zack, kerana seolah-olah merasakan kakinya tidak terpijak lantai.
“Kraak!.. Doooom!!! Gunung ganang luluh satu persatu. Runtuh tertiarap menyembah Bumi. Satu ketika dahulu pernah dikagumi lantaran sifatnya yang tinggi memasak Bumi. Kini,tiada apa yang tinggal lagi.
Bumi mula membongkar khazanahnya. Tanah merekah,pecah. Isi perutnya terburai kini. Tulang-belulang,mayat-mayat reput,ulat-ulat,bangkai terkeluar dari tanah. Lahar Bumi meleleh seumpama darah dan nanah mula melimpah. Magma panas membahang membakar. Manusia masih lagi menggila. Bertempiaran lari tiada berarah. Mencari tempat berlindung. Tidak. Sudah tiada tempat berlindung lagi ketika ini wahai manusia.
Dalam manusia berlari-larian tanpa hala itu,kengerian yang maha hebat mula berlaku. Ada yang mati ditelan Bumi. Ada yang dibakar carian magma. Ada pula yang dipanah petir yang menyambar. Nyawa manusia sudah tiada harga lagi kerana sudah ada saat untuk mereka mati. Rela atau terpaksa.
Gegaran Bumi semakin menjadi-jadi. Bukan lagi seperti gempa Bumi,bukan juga seperti gunung berapi,dan musibah kali ini juga tidak setara dengan letupan atom di Nagasaki. Malah lebih dari itu. Skala Ritcher tidak lagi mampu menilainya.
Langit mula menggulung. Matahari semakin menghampiri. Bahangnya mula membakar. Membakar setiap makhluk yang masih tinggal. Anjung apartmen mewah Zack mula dimakan api. Kolam renangnya mula ditelan Bumi. Bumbung rumah merekah. Runtuh. Mereka berdua sedar ajal mereka sudah terlalu hampir. Nampak di mata mereka kini Izrail menghampiri.
Terdengar kini satu bunyi yang tidak pernah didengari sebelum ini. Sangkakala Israfil mula memecah kesunyian di ruang angkasa. Ribut taufan melanda. Langit merapati Bumi. Satu dentuman kedengaran lagi. Dooooooooooom!!!
Zack dan Lyz masih lagi di situ. Masih melihat dan hanya memerhati. Menanti.
Tiba-tiba…
“Zack…”,nada ketakutan berbaur tangisan Lyz menarik perhatian Zack seketika.
“Katakanlah Lyz”,desir Zack.
“Andainya you diberi peluang untuk hidup sekali lagi.Setelah you lihat semua ini. Mahukah you bertaubat?!”,tanya Lyz kembali.
“Kalau I tahu sejak awal lagi kedahsyatan kiamat yang menakutkan ini berlaku,nescaya I lah yang akakn menjadi orang yang paling bertaqwa kepada Allah! Ya Allah! Hentikanlah semua ini! Aku ingin bertaubat Ya Allah! Hentikan semua ini Ya Allah! Hentikannnnnnnnn!!!
Jeritan itu berkumandang dalam suasana kegelapan.
Hentikannnnnnnnnnnn!!!
………………………………………….**…………………………
Satu cahaya terang mengejutkannya.
Perlahan-lahan Zack membuka tangan yang menekup wajahnya. Peluh bercucuran membasahi tubuhnya yang terdedah itu. Matanya dibuka. Dilihat rupanya cahaya pagi yang masuk melalui jendela kamarnya.
“Astaghfirullah… Astaghfirullah…”,ucapan istighfar pertama yang keluar dari mulut Zack sepanjang 25 tahun hidupnya.
Sekilas pandangan dihalakan kearah jendela. Kelihatan langit sudah mula cerah. Semenjak daripada tadi Zack termanggu,mengenangkan mimpi ngerinya itu dan dia kehairanan seolah-olah ia satu reality.
“Ah! Itu hanya mimpi. Mainan di kala lena. Aku masih muda menikmati dunia”,bisik hati kecilnya.
Mentari pagi sudah menerangi kebiruan langit,namun tidak sebagaimana hari-hari yang lalu. Lazimnya dari jendela itu mentari akan menjengah dari celahan gunung-ganang nun di ufuk sana. Tapi, pagi ini setelah diteliti dari jendela kaca itu,langit cerah tetapi tiada mentari.
“Mungkin jerebu yang sudah berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari”,bisik hati kecilnya lagi.
Namun tanpa disedarinya, mata sang mentari sedang meninjaunya secara sinis dari arah barat!!!
……………………………………….**………………………………
...............T.A.M.A.T..........