.....SAMBUNGAN……
"La tahzan innallaha ma'ana". Bisikan qalbunya memujuk hiba. Lantas dia pasrah dengan Qadha' dan Qadar Allah.
Amy redha.
************************
'Flash back'.
Sekitar era 2000 , Amy dan Sahilah merupakan sahabat karib semenjak sekolah rendah lagi. Namun, takdir telah memisahkan mereka tika mereka sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan 'UPSR'. Sahilah telah ditaklifkan untuk berpindah ke Bumi Kenyalang lantas meninggalkan Amy keseorangan di Bumi Kilang- Senawang. Namun 'duration' tempat yang jauh tidak membataskan perhubungan serta ukhwah mereka lantaran adanya kecanggihan elit di 'zaman IT'.
Mereka saling bertukar-tukar pandangan serta pendapat. Maklumlah,kedua-duanya adalah makhluk yang dianugerahkan dengan kehebatan yang amat sekitar era 2010 di 'ranking' Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sahilah tercampak jauh di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), Pahang. Walau bagaimanapun, Amy terhempuk di benua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU). IQ mereka sangat tinggi sehingga mencecah 2000. Sekiranya mereka digandingkan ,dunia mampu tunduk pada mereka dan 'assumption' untuk membina republik Atlantis mungkin tercapai.
'Both are the head of prefects'.
Sahilah diibaratkan seperti Saidina Umar Al-Khattab,khalifah yang dihormati kerana kebijaksanaannya di sebalik keseriusan wajahnya. Manakala Amy sendiri diumpamakan seperti Saidina Ali Karramallahu Wajhah, dek kerana kelembutan hatinya untuk membentuk ustaziatul alam di madrasahnya dahulu walaupun dipalit dengan mehnah cacian daripada para 'students' mahupun 'teachers'.
Dia berjuang untuk menjaga 'biah solehah' di Taman Islam itu walaupun hatinya pernah beribu kali terluka. Namun kegundahannya didengari Allah, lalu Allah hadiahkan pelangi yang sangat indah padanya. Kini, dia berjaya menempatkan diri sebagai pelajar yang berstatus jurusan perubatan di Mesir. Ardhul Kinanah. Mereka terpisah jauh antara dua benua 'once more', dek kerana Sahilah juga bergelar graduan perubatan namun terdampar di Australia.
Bagi mereka, 'sharing is caring' dan mereka 'take for granted' di atas ukhwah yang tersemai sejak sekian lama ini.
**********************
Mentari mulai mengintai alam. Kabus berlalu pergi meninggalkan jalanan di sekitar Universiti Ain Shams yang sepi. Pintu-pintu kedai sepanjang syari' jamiah masih terkunci. Amy melangkah melintasi jalan, menapak kesunyian seorang diri.
Nyaman. Kebisingan dan kesibukan belum menjengah di jalanan itu. Rata-rata masih tidur dibuai mimpi manusiawi dan duniawi. Langkahannya yang diiringi bacaan Al-Mathurat diperlahankan tatkala menuruni lorong menuju ke rumahnya.
" Sahilah! ". Terpacul dari mulutnya nama bidadari syurga itu, sahabat yang sentiasa menyokongnya daripada belakang apatah lagi 'communication' di antara mereka dibatasi dengan dua benua.
"Aku tidak bermimpi." Hatinya menjerit.
Jubahnya diangkat, dia mula berlari mengejar kelibat itu. Hilang!
Peluh memercik di dahi, termengah-mengah dirinya menyedut udara melangsaikan hutang 'oxygen debt' dari tubuhnya. Lelah.
Jiwa Amy tampak keriangan berselitkan seribu kebingungan di benaknya. Sahilah sebentar tadi di hadapan matanya.
Ya, itu Sahilah!
"Astagfirullah".
"Bukankah dia sudah pergi menemui Ilahi?". Kewarasan akal menghentak keriangan di sukmanya.
Dia dihuni rasa bersalah, seolah-olah dia tidak mempercayai takdir Yang Maha Esa.
Al-Fatihah.
************************
"Assalamualaikum".
" Waalaikumusalam."
" Aku ada keperluan denganmu. "
" Sebutkan keperluanmu itu."
" Aku adalah malaikat maut."
" Ahlan wasahlan. Silakan, marhaban wan ahlan wa sahlan. Sudah lama kau tidak bertamu dalam hidupku. Demi Allah, tiada seorang pun yang lebih aku sukai di bumi untuk berjumpa dengannya daripada engkau. "
"Laksanakanlah keperluanmu"
"Aku tidak ada keperluan yang lebih besar dan aku sukai daripada berjumpa dengan Allah."
"Pilihlah dalam keadaan apa yang kamu sukai nyawanmu dicabut olehku?"
"Kau boleh melakukan itu?"
"Ya, aku disuruh melakukan itu."
"Biarkan aku berwuduk dan bersolat, lalu cabutlah nyawaku ketika aku sujud."
Gementar hatinya. Getaran yang lahir dari jiwa hamba yang yakin bahawa maut itu pasti berkunjung jua. Rasa yang tiada dalam jiwa si pencinta wanita dan dunia.
Allahuakbar. Allahuakbar.
……….....T.A.M.A.T…………