Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Monday, 21 December 2015

LAPORAN RAUDHATUL ILTIZAM GABUNGAN

 

TARIKH: 18 DISEMBER 2015
HARI: JUMAAT
MASA: 7 MALAM
TEMPAT: DEWAN SYEIKH ABDUL QADIR AL- JAILANI, RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH

   Pada hari Jumaat, 18 Disember 2015, Hal Ehwal Wanita Islam Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan Program Raudhatul Iltizam Gabungan melibatkan semua ahli Raudhatul Iltizam RNSK. Program ini bermula pada jam 7 malam bertempat di Dewan Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani RNSK dan dipengerusikan oleh Ustazah Siti Nur Syuhaida binti Abu Hanizan. Majlis dimulakan dengan kehadiran ahli Raudhatul Iltizam dan bacaan Asmaul Husna. Seterusnya, setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan Raudhatul Iltizam masing- masing untuk meneruskan aktiviti permainan teka silang kata yang dikendalikan oleh Doktor Khairunnisa binti Noor Azli.

   Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas yang mengandungi teka silang kata dan beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang telah dibekalkan sebelum program bermula di mana setiap ahli perlu menjawab soalan tersebut tanpa merujuk semula kepada apa yang telah dibekalkan bagi menguji ingatan dan tahap keprihatinan ahli raudhah terhadap apa yang telah dibekalkan oleh naqibat masing masing. Setiap ahli raudhah dikehendaki untuk berbincang di mana setiap jawapan yang diberikan berperanan dalam mengumpul markah bagi kumpulan masing masing yang akan dibawa sehingga ke akhir program.

   Seterusnya, program diteruskan dengan permainan kotak beracun yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Aisyah binti Maasir. Permainan ini memerlukan setiap ahli raudhah untuk duduk di dalam satu bulatan besar dan memastikan setiap orang yang duduk bersebelahan dengannya bukanlah dari kalangan ahli raudhahnya sendiri. Setelah muzik dimainkan, kotak beracun akan bergerak mengelilingi bulatan dan orang yang memegang kotak ketika muzik berhenti dikehendaki untuk mencabut sehelai kertas dan menjawab soalan yang tertulis di dalamnya, di mana soalan itu terdiri daripada bahan bacaan yang dibekalkan dan juga pengetahuan am. Setiap peserta yang menjawab soalan dengan betul akan menyumbang markah kepada kumpulannya dan diberi sedikit hadiah saguhati.

   Kemudian, sesi pengiraan markah setiap raudhah telah dijalankan oleh para naqibat sendiri dan hadiah telah disampaikan kepada setiap raudhah yang layak. Sebelum, mengakhiri majlis, Ustazah Faizah binti Baharudin telah mengetuai sesi muhasabah yang berkaitan dengan Adab Terhadap Ibu Bapa. Antara pengisian yang telah dibentangkan oleh beliau ialah berkenaan dengan definisi adab, kepentingan adab terhadap ibu bapa, kesan tidak beradab terhadap ibu bapa dan sedikit tayangan video yang berkait rapat dengan kehidupan bersama ibu bapa.
Program Raudhatul Itizam Gabungan ini akhirnya melabuhkan tirai pada kira- kira jam 9.30 malam dengan bacaan doa rabithah dan salam ukhwah melibatkan semua ahli raudhah berserta naqibat. Penganjuran program ini diharapkan dapat memberikan impak positif dan meningkatkan kualiti kepimpinan para naqibat di samping mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli raudhah secara keseluruhannya.

Disediakan oleh,

Hal Ehwal Wanita Islam ,
Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir.


Friday, 18 December 2015

~Keunggulan Bahasa Arab~ [RF.7]





  


B

ahasa Arab. Menurut Sheikh Mustafa Al-Gulayaini: “Bahasa Arab adalah kalimat yang digunakan bangsa Arab dalam menyampaikan maksud atau tujuan mereka.”

Manakala Ahmad Al-Hasyimi mengatakan, bahasa Arab adalah suara-suara yang mengandungi sebahagian huruf hijaiyyah.


            Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W dalam kehidupan baginda sama ada ketika bercakap, menyampaikan ilmu, menceritakan kisah-kisah orang terdahulu dan peristiwa yang akan datang di kemudian hari. Begitu juga bahasa ini menjadi bahasa di akhirat kelak. Rasulullah S.A.W bersabda: “Cintailah orang Arab kerana tiga perkara; kerana aku adalah orang Arab, Al-Quran itu berbahasa Arab dan ucapan ahli syurga adalah bahasa Arab.”


            Bahasa Arab adalah bahasa yang mulia dan tinggi darjatnya. Sungguh! Allah, Rabb Semesta Alam telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa firman-Nya yang mulia. Sudah pasti bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran mengandungi hikmah dan bukan sembarangan. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran berbahasa Arab agar kamu memahami.” (Surah Yusuf 12:2)


            Bangsa Arab sebelum datangnya Islam (zaman jahiliyyah) sangat mengagungkan bahasa mereka dari segi susunan dan bunyi, kesan yang mendalam (atsar), makna yang mendalam dan juga kefasihan ketika menyampaikan. Jadi, pada masa itu bahasa arab sudah menjadi istimewa dan sangat hebat pada pandangan mereka. Kemudian datanglah satu kitab, iaitu Al-Quran.




            Apabila telah turunnya Al-Quran ini kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan kalam Allah yang sememangnya dapat menyaingi dan mengalahkan kalam manusia, bangsa Arab yang angkuh dan keras hatinya itu tetap tidak dapat menerima hakikat bahawa kalam Allah lebih indah pada lafaznya, makna, gaya (uslub) penyampaiannya dan hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Al-Quran ini telah mengalahkan orang yang fasih pada zaman itu. Walaupun mereka cuba untuk menandingi Al-Quran dengan mendatangkan satu muka surat sepertinya, tetap juga tidak dapat. Sedangkan Al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka. Bahasa Arab. Menakjubkan!


            Al-Quran telah memberi pengaruh besar pada bahasa Arab ketika penurunannya pada masa itu. Antaranya:


1)      Al-Quran memperindah dan mencantikkan lafaz bahasa Arab.

2)      Muncul makna-makna baru dalam lafaz bahasa Arab seperti perkataan solat, zakat, mukmin, kafir, munafiq, ruku’, sujud dan perkataan-perkataan yang berkaitan agama Islam.

3)      Kecintaan terhadap Al-Quran menyebabkan orang Islam cinta untuk mendalami ilmu. Maka, berkembanglah ilmu-ilmu seperti Ilmu Qiraat, Tafsir, Hadith, ‘Ulum Hadith, Fiqh dan Usul Fiqh.

4)      Muncul ilmu-ilmu tentang kaedah bahasa Arab seperti Nahu dan Sorf.


Kesimpulannya, Allah telah menjadikan Al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan yang agung yang mana dengannya, bahasa Arab itu tidak akan pernah pupus dan menjadikan bahasa Arab itu bahasa yang hidup tidak seperti bahasa-bahasa lain.





Cik_Kasturi.


Monday, 19 October 2015

~Saintis Pertama Di Dunia~ [RF.6]

Sejarah perkembangan sains sukar untuk diungkapkan kerana masih banyak lagi maklumat yang masih belum berjaya dileraikan  Korang tahu ke, siapa manusia pertama yang mampu mengungkapkan segala kejadian yang berlaku di dalam dan luar angkasa raya ini? Siapakah Saintis pertama itu? Nak tahu jawapannya, baca kat bawah ni…







وَعَلَّمَ ءَادَمَ الأَسمَآءَ كُلَّهاَ  ثُمَّ عَرَضَهُم عَلَى المَلآءِكَةِ   فَقَالَ أَنبِئُونِى  بِأَسمَآءِ هَؤُلآءِ إِن     كُنتُم صَدِقِينَ                                   

“Dan Dia (Allah SWT) telah mengajarkan Nabi Adam , akan segala nama benda-benda berserta kegunaannya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat . Lalu Dia (Allah SWT) berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar…”

                                                   ~al-Baqarah: 31~


Lalu dijawab oleh malaikat:


قَالُوا سُبحَنَكَ لاَ عِلمَ لَنآ إِلَّا مَا عَلَّمتَنَآ،إِنَّكَ أَنتَ العَلِيمُ الحَكِيمُ                          

“Malaikat  itu menjawab:Maha suci Engkau (Ya Allah )! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

                                                

                                                  ~al-Baqarah:32~


     Berdasarkan firman Allah di atas, menggambarkan bahawa Allah SWT telah mengajarkan Nabi Adam AS segala macam perkara serta kegunaanya sekali . Bahkan ,  Nabi Adam AS tidak perlukan  i-Pad, i-Phone dan internet dan segala macam alat teknologi canggih  ….Kerana yang menjadikan seseorang itu faham dan mengetahui sesuatu perkara ialah Allah SWT.


    Pastinya Nabi Adam AS mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas.Bahkan malaikat pun menyerah kalah.Sedangkan antara malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menjaga syurga, menurunkan hujan, mengawal peredaran bumi dan sebagainya.Tetapi Allah SWT memberikan ilmu pengetahuan yang lebih kepada Nabi Adam AS bagi menjawab pertikaian malaikat yang mempersoalkan, mengapakah  Allah SWT mahu menjadikan manusia khalifah di atas muka bumi ini.


      Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi anak-anak adam untuk terus menggali segala ilmu pengetahuan yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada nabi Adam suatu ketika dahulu. Tak kiralah ilmu perubatan ke..astronomi ke..sains dan teknologi ke…untuk itu kita boleh memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup manusia.


       Dunia tanpa sempadan hari ini membawa isyarat buat umat islam agar peka terhadap isu-isu yang nyata dan fakta pada masa kini. Perkembangan Sains dan Teknologi yang begitu cepat perlu diselaraskan dengan pemahaman agama, agar dapat disesuaikan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat di sekeliling. Insya-Allah , dengan menerapkan fakta Sains dan Teknologi yang bersandarkan al-Quran serta hadis manusia mampu menegakkan dakwah islam yang diperjuangkan oleh Nabi kita, Muhammad SAW. Seterusnya mengembalikan kembali zaman kegemilangan umat islam suatu ketika dahulu...


Insya-Allah….


by Mizah_92


Friday, 5 June 2015

~Solat Tahajud Dari Sudut Perubatan~ [RF.5]





SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

    Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
    Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.



TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD


    Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
    Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.
    Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlet hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
    Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
    Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :


1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.


2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.


3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.


4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.


5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.


    Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
    Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
    Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.


Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.



PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT


Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.


Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."


Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."


"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow


Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "


Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


    Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.


    Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
    Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.




Sumber: Internet


Thursday, 4 June 2015

~Ramadan is Coming Soon..~ [RF.4]





Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, we are now in 17th Syaa'ban.
Near to Ramadan, a month that most of muslim waiting for.
Why?
Because it is a month that we can focus on our job as a slave of Allah. (Beribadah)
So, in my opinion to our ibadah smooth in Ramadan, we should get ready in many aspect.
Furthermore, live in Egypt we have to face Summer and more than 12 hours fasting.

In this sharing, I would like to note you some tips in diet during Ramadan.
The main point is : "We should take more Potassium than Sodium during Ramadan."

Sahour food:
Chicken breastOatmealBrown rice, wholemeal breadBananasRaw, dark HoneyRaisins or DATES (of course, its sunnah)Fibrous vegetables –This will help increase the feeling of fullness as well.Olive oil – preferably extra virgin (which means it’s cold processed and the essential fatty acids are preserved)Plenty of water

# It is very important to watch your sodium intake at this time as high sodium can cause greater dehydration plus increase thirst during the day – not good for fasters. Avoid high sodium foods like soups, sauces, condiments, gravies, high sodium bread products, and canned meats. Of course eating fried foods and heavy oil items can cause heartburn and problems for you all day so it is best to avoid those if possible! (source 1)


Iftar food :

datesfruit juicessoup and porridgemilk and dairy productsfruits and nutssaladchicken/ fish - steamed, boiled, grilled, roastedgreen veggies or mix vegetables1 cup brown rice

#For Iftar, having foods high in carbohydrates can compensate for the reduced glucose levels experienced as a result of fasting.

#Do not indulge in an unbalanced diet with too many servings of sherbets and sweets with added sugar as it is very unhealthy. (source 2)


Train you jasad and roh..

May Allah grant us Jannah..


_AKINZ_