Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Wednesday, 30 March 2016

~Pasca Peribumi 2.0~ [RF.18]



SAMBUNGAN...

Mungkin jerebu yang sudah berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari. Bisik hatinya. Disisinya seorang wanita jelita yang telah lama dikenalinya. Lyz nama manjanya. Entah bagaimana dia boleh berada di kamar tidurnya ketika itu,dia sendiri pun tidak tahu. Wanita itu masih lagi ketiduran.

                                                 …………………………………..**…………………………………

   Terlintas di benak memorinya bahawa wanita ini yang melayannya berbicara semalam di CyberPub di Damansara. Mungkin selepas aku ‘kena’ 3 gelas BrandyWhite semalam aku terbawa dia ke sini. Bicara hati kecilnya.

   Dari luar apartmen mewahnya itu terdengar keriuhan suara manusia…Bising. Tidak terdengar butir bicara mereka. Timbul tanda tanya di hatinya tentang apa yang sedang berlaku ketika itu. Terdengar ada yang meraung….Yang bertakbir..Aaaah..pagi-pagi ni lah nak memekak. Teriak hatinya lagi.

   Zack  bingkas bangun mencapai tuala lantas menyusun langkah menuju ke bilik air.

                              …………………………………………..**…………………………

   Kedengaran suara manusia semakin ramai.  Meraung-raung..Bertakbir.. Allahu akbar! Apa mereka buat ni?! Protes hatinya… Dia mengubah haluan jalannya menuju ke jendela hadapan apartmentnya. Diselakkan sedikit tabir jendela kacanya itu.Zack tergamam.Wajahnya disinari cahaya mentari pagi.

“Aik! Macam mana ada cahaya matahari sebelah sini pula? Biasanya matahari pagi memancar daripada bilik aku. Sudah tukar ke? Ataukah aku masih pening lagi? Atau sudah senja ke sekarang  ?”.Gerutu hatinya. Dilihat jam digital di tangannya baru menunjukkan pukul 8.00 a.m. AM? AM. Maknanya masih pagi. Kalau pagi macam mana matahari terbit dari sini? Berlaku konfrontasi dalam dirinya tentang realiti waktu jam yang betul atau matahari yang silap? Kalau kesilapan matahari …mustahil! Maka mungkin jamnya turut tersilap. Itu mustahil juga. Bateri jam baru ditukar semalam.

   Zack kembali semula ke kamarnya.  “ Lyz..Lyz… Bangun! Dah pagi ni,you cepat siap. I nak hantar you balik!” Dalam nada yang mencapai frekuansi tinggi..

   “Apa marah-marah ni! Kita dah layan dia baik-baik, marah-marah pula. Kalau ye pun nak halau I balik, bayarlah dulu Zack. Ingat free ke?!”,tempelak Lyz secara sinis.

   “Apa pulak you yang ikut I balik siapa suruh?”, Zack mempertahankan dirinya.
“Itu cerita lain la brother, ni lain”,sindir Lyz.

“Okay..Okay.. Nanti I bayarlah. Nasib baik I ni anak orang kaya. Apartmen ada, Virago ada,Porche ada. Ada duit semua jalan!”,balas Zack dengan nada bongkak.

“Zack..janganlah marah-marah,I tak sukalah you marah-marah.", rungut Lyz.

“Okaylah. I’m sorry. Actually I tension dengan orang kat luar tu memekak sejak dari tadi. Macam orang gila je”,luah Zack kepada Lyz.

“Entah..lantak dia oranglah. Sudahlah, pergi siap cepat I nak hantar you balik sekarang ni.”kata Zack dengan lantang.

“Zack.. hari ni hari apa?” ,tanya  Lyz.

“You ni,hari pun dah tak ingat. Tulah,hari-hari buat maksiat mana nak ingat hari”,selar Zack.

“Ooo.. minum sampai mabuk  semalam tu tak kira maksiat?”,Tanya Lyz.

“Cukup Lyz. Tak payah nak nasihat I. Hari ni hari Jumaat. Semalam,malam Jumaat. Kira kita buat amalan sunatlah ye malam tadi? Kah..kah..kah”,gelak Zack di bawah paras alpha.

“Hei,ingat sikit..kita bukan suami isteri!”,jerkah Lyz.

“Aah…zaman sekarang ni kahwin tak kahwin sama je.. eh, Lyz tou tahu tak hari ni ada perkara ganjil yang berlaku “,Tanya Zack.





“Perkara ganjil? Apa yang ganjilnya?”,Lyz keliru.

“You  perasan tak matahari terbit dari arah lain?”,tanya Zack lagi.

“Manalah I tahu,ni rumah you”,jerkah Lyz.

“Biasanya matahari terbit dari arah tingkap ini, tapi hari ini terbit melalui sebelah sana. Mengikut ilmu geografi masa I belajar dulu. Matahari terbit dari timur. So arah tingkap sini timur. Jadi kalau terbit dari arah ruang tamu,tu maknanya terbit dari sebelah barat”, kata Zack lagi.

“Apa?! Terbit sebelah barat! Pada hari Jumaat! Ya Allah!!! Habislah kita Zack!”, Lyz terkedu sejenak.

“Eh,you pun dah gila macam orang di luar tu?”,soal  Zack lagi.

“Allahu Akbar! Habislah aku!...Nahaslah aku!...”,rintih Lyz.

“Apa yang habis…apa yang habis ni Lyz?”,tanya Zack kembali.

“Hari ni dah hari kiamat! Kiamat! Pintu taubat dah tutup! Pintu taubat dah tutup!”, Lyz seakan-akan ingin menangis.

“Kiamat?! Taubat?! Apa ni Lyz? You cakap apa ni? Rilekslah..cool down. Apa kiamat-kiamat ni? Mana ada kiamat? Ribut tak ada,taufan tak ada..macam mana boleh kiamat?”,keluh Zack.

‘Dulu I sekolah agamalah Zack, I tahulah! Ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar. Apabila matahari terbit sebelah barat bererti kiamat sudah terlalu hampir dan pintu taubat telah tertutup.. I nak bertaubat Zack.. I nak taubat..”,rintih Lyz dengan nada terkejut bercampur menyesal.
    
“Wah,GRO pun ada yang sekolah agama ye! Bagus betul!”,sindir Zack kembali.

“ Kalau you tak percaya cakap I ni Zack,mari ikut I keluar”,lantas Lyz bangun menuju ke pintu hadapan.”

                                             ……………………..…………………….**…………………...

  




Lyz kini telah hampir hilang akal mengenangkan dosa-dosanya yang menggunung sehingga lupa keadaan dirinya.

   Zack mengekori Lyz menuju ke anjung apartmen. Kedengaran suara manusia semakin menggila bisingnya. Ada yang mengganas,berteriak memanggil nama Allah,ada yang terjelepok  di atas Bumi meraung-raung.

   Zack memandang di ufuk langit. Benar..matahari kini sudah segalah. Tetapi di sebelah barat.

“Zack..cuba you lihat langit berjerebu. Ia telah berlaku sejak empat puluh hari yang lalu. Asap ini juga adalah tanda kiamat sudah terlalu hampir”,terang Lyz lagi.

“Tu di sana,tempat ramai orang berkumpul. Lihat! Bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Itu juga adalah tanda-tanda kiamat”.

Tiba-tiba..”Lyz! Cuba you lihat tu di sana! Besarnya orang tu! Matanya satu! Macam cyclope cerita Excalibur!”,Zack hairan seketika.

“Itulah dia Dajjal,Zack. Dia akan menjadikan kita syirik! Syirik kepada Allah! Lihat padanya ada 2 karung. Awas! Jangan kita tertipu dengan perkara luar biasa yang dilakukan. Kelak kita akan sesat!:,Lyz mengingatkan Zack.

“ Eh,Lyz! Kaum  apa tu? Badannya kecil-kecil,mukanya hodoh. Eh, dia musnahkan rumah dan tanam-tanaman!”,teriak Zack.

“Kalau tak silap Lyz,itu Yakjuj dan Makjuj. Mereka adalah makhluk perosak. Mereka akan musnahkan segala-galanya!”,terang Lyz .

“Lyz,lihat! Tanah terbongkar! Eh! Ada dinasour keluar dari tanah tu! Besarnya haiwan tu! Macam T-Rex Jurassic Park!”

“Mungkin  inilah yang dinamakan Daabah”

“Lyz,Bumi mula bergegar! Eh lihat tu! Langit mula terbelah! Matahari semakin hampir menuju kearah Bumi! Lari Lyz! Lari! selamatkan diri!”

“ Ke mana lagi kita nak lari Zack?! Sudah tiada lagi tempat untuk lari lagi hari ini. Masanya telah tiba…kiamat Zack.. kiamat… “

                                         ………………………….……………..**…………………………

BERSAMBUNG


Thursday, 24 March 2016

~Pasca Peribumi 1.0~ [RF.17]





Pasca Peribumi

CyberPub di Damansara
12 Jun 2012.

Zack : Sayang, ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan?

Lyz: Aku tak percaya pada dirimu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Zack: Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi bukan sebatian.

Lyz: Tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Zack: Tapi cintaku padamu adalah pemalar!

Lyz:  Aku masih belum mengerti lagi  kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Zack: Tapi aku mengamalkan hukum Newton ketiga di mana tindakbalas cintaku bersamaan cinta yang kau berikan.

Lyz: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah random yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak

Zack: Itu adalah fitnah yang terbesar melalui proses pancaran dan perolakan

Lyz: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Zack: Itu masih belum diketahui tetapi hasilnya nanti akan dapat dilihat dengam menggunakan mikroskop cahaya.

Lyz: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Zack: Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian   Segitiga untuk menyelesaikannya.

Lyz: Tapi aku telah memberi  cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Zack: Ya,aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Lyz: Itu semua boleh diabaikan,yang aku mahu ialah tempoh perkenalan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Zack: Kau harus bersabar kerana sabar itu adalah 0.5 daripada iman.

Lyz: Tapi imanku adalah infiniti!

Zack: Aku tidak akan fikir iman kau adalah infiniti kerana kau masih belum mendarabkan dengan 6x10’23.

Lyz: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau juga yang susah kerana aku mengalami hemolisis.

Zack: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Aku telah mengalami plasmolisis.

Lyz: Kau betul-betul menyakitkan hatiku. Kusangkakan kau intan,rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini! Biar aku kesendirian.

..................................****…………………………….




                                      

   Serpihan cahaya pagi mengejutkan lamunan malam yang sudah berakhir. Perlahan-lahan Zack membuka mata.Terasa  berat kelopak matanya. Keletihan.
 
   Sekilas pandangan dihalakan kea rah jendela. Kelihatan langit sudah cerah. Subuh… Ah,tak perlu. Zohor, Asar, Maghrib,dan Isyak hari-hari yang lalu juga tak pernah aku tunaikan. Juga minggu-minggu yang lalu,tak pernah dilakukan. Juga bertahun-tahun yang lalu,tak pernah dilaksanakan tuntutan itu.Malaslah..lecehlah..Kena bangun pagi,basuh muka,basuh tangan,kepala,telinga,kaki, …Sejuk! Getus hatinya. Sememangnya dia tidak pernah mendirikan tiang agama itu. Anak zaman teknologi..Agama  bukan lagi pegangan diri.  

   Semenjak dari tadi Zack termanggu. Kehairanan. Walaupun mentari sudah menerangi kebiruan langit, namun tidak sebagaimana hari-hari yang lalu. Lazimnya dari jendela itu mentari akan menjengah  dari celahan gunung-ganang nun di ufuk sana lantas akan menjamah wajahnya yang tenang itu. Tapi, pagi ini setelah diteliti dari jendela kaca itu,langit cerah tetapi tiada mentari.

   Mungkin jerebu yang sudah berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari. Bisik hatinya. Disisinya seorang wanita jelita yang telah lama dikenalinya. Lyz nama manjanya. Entah bagaimana dia boleh berada di kamar tidurnya ketika itu,dia sendiri pun tidak tahu. Wanita itu masih lagi keletihan.

                                                 …………………………………..**…………………………………

………BERSAMBUNG…………


Monday, 14 March 2016

~Jangan Tegur Dia~ [RF.16]





Ramai tanya saya:

"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:

"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.

Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!





3) Nabi Muhammad dakwah kaum Quraisy, ramai kot yang terasa. Abu Jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu Sufian berang, sampai mereka nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup muka dengan baju, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?

Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN:
Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR:
Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?
Nauzubillah.

TS


Friday, 11 March 2016

Laporan Ziarah Mahabbah 2015/2016

              LAPORAN HEWI
Program Ziarah Mahabbah sesi 2015/2016

26 FEBRUARI 2016, JUMAAT-Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) MTPANSM di bawah unit Exco Kebajikan (EKEJ ) telah mengadakan program ziarah mahabbah ke muhafazah Tanta dan Mansurah .

      Program ini dijalankan adalah untuk memupuk nilai-nilai persaudaraan antara pelajar negeri  Sembilan yang berada di Mesir, sama ada pelajar yang berada di Kaherah mahupun di muhafazah.

      Program ziarah mahabbah ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama telah diketuai oleh saudari Nur Ika Etika Binti Amir Hamzah yang telah menziarahi pelajar negeri Sembilan yang berada di Tanta.Manakala kumpulan kedua telah diketuai oleh saudari Norfaizah Binti Baharudin  yang telah menziarahi pelajar negeri Sembilan yang berada di Mansurah.




Kumpulan 1 (ziarah Tanta)
                          Ketua: Nur Ika Etika Binti Amir Hamzah
                          HEWI: Siti Khadijah Binti Azmin
                                     : Siti Ramizah Binti Ramlan
                                     : Anis Suraiya Binti Ramli
Pelajar yang terlibat : Ahli Kg. Serting (4b) dan Ahli Kg. LBJ (5a)

    Kumpulan pertama telah menziarahi dua buah rumah mutazawijin, iaitu ustaz Faizul Akmal beserta isteri beliau ustazah Siti Sarah, kemudian pasangan yang kedua ialah ustaz Auf beserta isteri beliau ustazah Siti Humaira.

    Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan dari pihak kami, dan kami berasa sangat terharu atas layanan mesra yang diberikan.




Kumpulan 2 (ziarah Mansurah)
                      Ketua: Norfaizah Binti Baharuddin
                      HEWI: Siti Athirah Binti Abdul Rahim
                                : Nor Attira Binti Mohammad Mahadi
                                 : Zukhirni Binti Mohtar
                                  : Zulaika Binti Zamri
Pelajar yang terlibat: Ahli Kg.Sri Pilah (4a) dan Ahli Kg. Sri Asahan (5b)

      Kumpulan kedua telah menziarahi dua buah rumah , iaitu rumah pelajar qiraat dan rumah pelajar perubatan di Tir’ah.

      Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan dari pihak kami, dan kami berasa sangat terharu atas layanan mesra yang diberikan.

      Alhamdulillah semoga usaha ini dapat melicinkan lagi pergerakan pentadbiran Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM), sama ada kepada pelajar negeri Sembilan yang berada di Kaherah ataupun  yang berada di muhafazah.Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak amatlah dihargai.Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

“Muslimah Berthaqofah Pemangkin Serikandi Solehah”

Disediakan oleh,

SITI RAMIZAH BINTI RAMLAN
Timb.Exco Kebajikan (EKEJ)
Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM)
Sesi 2015/2016


Monday, 7 March 2016

~Peranan Muslimah Sebagai Dai'eah~ [RF.15]





    Penglibatan muslimah dalam gerakan dakwah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contohnya apa yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti Saiditina Khadijah Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam.

   Juga, Nusaibah yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumayyah sebagai orang yang pertama medapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah lebih luas daripada sekadar beroperasi di rumah.

    Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia sama ada lelaki mahupun perempuan merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslim dan muslimah.

    Kebanyakan perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yamg merangkumi lelaki dan wanita. Islam tidak membezakan sama sekali antara mereka dari sudut tanggungjawab di atas muka bumi mahupun pembalasan di akhirat nanti.

    Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha ke arah pelaksanaan cita-cita Iman dan Islam ke dalam realiti kehidupan. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita-cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah.

    Dalam konteks dakwah, terdapat tiga marhalah yang mesti dilalui untuk menjamin keberkatan usaha yang dilakukan. Tiga marhalah itu ialah:

Pertama – Marhalah Taarif iaitu pengenalan dalam konteks perkaderan individu muslimah yang faham dan amal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah dalam jihad. Ini dapat direalisasikan sekiranya muslimah tadi berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadat dan hubungannya dengan Allah melalui ketaatan seperti yang diwajibkan.

Kedua – Marhalah Takwin iaitu peringkat yang merasakan diri dibentuk sifat rasa masu’liyyah yang tinggi. Masu’liyyah ini yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didukungnya. Dalam marhalah ini, kewujudan sebagai nuclus terpenting dalam gerakan Islam merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Sehubungan itu, muslimah berperanan untuk menjadi isteri solehah yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastiakan tarbiyatul aulad berjalan dalam biah Islami.

Ketiga – Marhalah Iltizam iaitu peringkat memberi komitmen yang tinggi terhadap pengisian dan kefahaman kepada Islam. Islam yang hanya diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Ada 3 unsur utama yang harus diperhatikan:
Iman yang mendalam.

    Penyusunan organisasi dan gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.  
Kerja dan komitmen yang dibuat mestilah berterusan dan bukan hanya kerana masa tertentu, bukan kerana kawan dan suasana.
Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendiri untuk membawa risalah Islam.

    Seperti mana firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang dijalan-Nya dalam satu saf seolah-seolah satu bangunan yang tersusun rapi”. (Surah As-Saf)

     Jelaslah di sini menunjukkan ketiga-tiga marhalah ini, mengajak muslimah ke medan dakwah Islamiyyah demi memberi kefahaman Islam kepada ummah.


kayazmin