Pasca Peribumi
CyberPub di Damansara
12 Jun 2012.
Zack : Sayang, ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan?
Lyz: Aku tak percaya pada dirimu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Zack: Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi bukan sebatian.
Lyz: Tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Zack: Tapi cintaku padamu adalah pemalar!
Lyz: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Zack: Tapi aku mengamalkan hukum Newton ketiga di mana tindakbalas cintaku bersamaan cinta yang kau berikan.
Lyz: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah random yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak
Zack: Itu adalah fitnah yang terbesar melalui proses pancaran dan perolakan
Lyz: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Zack: Itu masih belum diketahui tetapi hasilnya nanti akan dapat dilihat dengam menggunakan mikroskop cahaya.
Lyz: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Zack: Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian Segitiga untuk menyelesaikannya.
Lyz: Tapi aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?
Zack: Ya,aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Lyz: Itu semua boleh diabaikan,yang aku mahu ialah tempoh perkenalan kita harus mengalami pecutan yang seragam.
Zack: Kau harus bersabar kerana sabar itu adalah 0.5 daripada iman.
Lyz: Tapi imanku adalah infiniti!
Zack: Aku tidak akan fikir iman kau adalah infiniti kerana kau masih belum mendarabkan dengan 6x10’23.
Lyz: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau juga yang susah kerana aku mengalami hemolisis.
Zack: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Aku telah mengalami plasmolisis.
Lyz: Kau betul-betul menyakitkan hatiku. Kusangkakan kau intan,rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini! Biar aku kesendirian.
..................................****…………………………….
Serpihan cahaya pagi mengejutkan lamunan malam yang sudah berakhir. Perlahan-lahan Zack membuka mata.Terasa berat kelopak matanya. Keletihan.
Sekilas pandangan dihalakan kea rah jendela. Kelihatan langit sudah cerah. Subuh… Ah,tak perlu. Zohor, Asar, Maghrib,dan Isyak hari-hari yang lalu juga tak pernah aku tunaikan. Juga minggu-minggu yang lalu,tak pernah dilakukan. Juga bertahun-tahun yang lalu,tak pernah dilaksanakan tuntutan itu.Malaslah..lecehlah..Kena bangun pagi,basuh muka,basuh tangan,kepala,telinga,kaki, …Sejuk! Getus hatinya. Sememangnya dia tidak pernah mendirikan tiang agama itu. Anak zaman teknologi..Agama bukan lagi pegangan diri.
Semenjak dari tadi Zack termanggu. Kehairanan. Walaupun mentari sudah menerangi kebiruan langit, namun tidak sebagaimana hari-hari yang lalu. Lazimnya dari jendela itu mentari akan menjengah dari celahan gunung-ganang nun di ufuk sana lantas akan menjamah wajahnya yang tenang itu. Tapi, pagi ini setelah diteliti dari jendela kaca itu,langit cerah tetapi tiada mentari.
Mungkin jerebu yang sudah berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari. Bisik hatinya. Disisinya seorang wanita jelita yang telah lama dikenalinya. Lyz nama manjanya. Entah bagaimana dia boleh berada di kamar tidurnya ketika itu,dia sendiri pun tidak tahu. Wanita itu masih lagi keletihan.
…………………………………..**…………………………………
………BERSAMBUNG…………