Wednesday, 30 March 2016

~Pasca Peribumi 2.0~ [RF.18]



SAMBUNGAN...

Mungkin jerebu yang sudah berlaku selama empat puluh hari itu semakin menebal dan melindungi cahaya mentari. Bisik hatinya. Disisinya seorang wanita jelita yang telah lama dikenalinya. Lyz nama manjanya. Entah bagaimana dia boleh berada di kamar tidurnya ketika itu,dia sendiri pun tidak tahu. Wanita itu masih lagi ketiduran.

                                                 …………………………………..**…………………………………

   Terlintas di benak memorinya bahawa wanita ini yang melayannya berbicara semalam di CyberPub di Damansara. Mungkin selepas aku ‘kena’ 3 gelas BrandyWhite semalam aku terbawa dia ke sini. Bicara hati kecilnya.

   Dari luar apartmen mewahnya itu terdengar keriuhan suara manusia…Bising. Tidak terdengar butir bicara mereka. Timbul tanda tanya di hatinya tentang apa yang sedang berlaku ketika itu. Terdengar ada yang meraung….Yang bertakbir..Aaaah..pagi-pagi ni lah nak memekak. Teriak hatinya lagi.

   Zack  bingkas bangun mencapai tuala lantas menyusun langkah menuju ke bilik air.

                              …………………………………………..**…………………………

   Kedengaran suara manusia semakin ramai.  Meraung-raung..Bertakbir.. Allahu akbar! Apa mereka buat ni?! Protes hatinya… Dia mengubah haluan jalannya menuju ke jendela hadapan apartmentnya. Diselakkan sedikit tabir jendela kacanya itu.Zack tergamam.Wajahnya disinari cahaya mentari pagi.

“Aik! Macam mana ada cahaya matahari sebelah sini pula? Biasanya matahari pagi memancar daripada bilik aku. Sudah tukar ke? Ataukah aku masih pening lagi? Atau sudah senja ke sekarang  ?”.Gerutu hatinya. Dilihat jam digital di tangannya baru menunjukkan pukul 8.00 a.m. AM? AM. Maknanya masih pagi. Kalau pagi macam mana matahari terbit dari sini? Berlaku konfrontasi dalam dirinya tentang realiti waktu jam yang betul atau matahari yang silap? Kalau kesilapan matahari …mustahil! Maka mungkin jamnya turut tersilap. Itu mustahil juga. Bateri jam baru ditukar semalam.

   Zack kembali semula ke kamarnya.  “ Lyz..Lyz… Bangun! Dah pagi ni,you cepat siap. I nak hantar you balik!” Dalam nada yang mencapai frekuansi tinggi..

   “Apa marah-marah ni! Kita dah layan dia baik-baik, marah-marah pula. Kalau ye pun nak halau I balik, bayarlah dulu Zack. Ingat free ke?!”,tempelak Lyz secara sinis.

   “Apa pulak you yang ikut I balik siapa suruh?”, Zack mempertahankan dirinya.
“Itu cerita lain la brother, ni lain”,sindir Lyz.

“Okay..Okay.. Nanti I bayarlah. Nasib baik I ni anak orang kaya. Apartmen ada, Virago ada,Porche ada. Ada duit semua jalan!”,balas Zack dengan nada bongkak.

“Zack..janganlah marah-marah,I tak sukalah you marah-marah.", rungut Lyz.

“Okaylah. I’m sorry. Actually I tension dengan orang kat luar tu memekak sejak dari tadi. Macam orang gila je”,luah Zack kepada Lyz.

“Entah..lantak dia oranglah. Sudahlah, pergi siap cepat I nak hantar you balik sekarang ni.”kata Zack dengan lantang.

“Zack.. hari ni hari apa?” ,tanya  Lyz.

“You ni,hari pun dah tak ingat. Tulah,hari-hari buat maksiat mana nak ingat hari”,selar Zack.

“Ooo.. minum sampai mabuk  semalam tu tak kira maksiat?”,Tanya Lyz.

“Cukup Lyz. Tak payah nak nasihat I. Hari ni hari Jumaat. Semalam,malam Jumaat. Kira kita buat amalan sunatlah ye malam tadi? Kah..kah..kah”,gelak Zack di bawah paras alpha.

“Hei,ingat sikit..kita bukan suami isteri!”,jerkah Lyz.

“Aah…zaman sekarang ni kahwin tak kahwin sama je.. eh, Lyz tou tahu tak hari ni ada perkara ganjil yang berlaku “,Tanya Zack.





“Perkara ganjil? Apa yang ganjilnya?”,Lyz keliru.

“You  perasan tak matahari terbit dari arah lain?”,tanya Zack lagi.

“Manalah I tahu,ni rumah you”,jerkah Lyz.

“Biasanya matahari terbit dari arah tingkap ini, tapi hari ini terbit melalui sebelah sana. Mengikut ilmu geografi masa I belajar dulu. Matahari terbit dari timur. So arah tingkap sini timur. Jadi kalau terbit dari arah ruang tamu,tu maknanya terbit dari sebelah barat”, kata Zack lagi.

“Apa?! Terbit sebelah barat! Pada hari Jumaat! Ya Allah!!! Habislah kita Zack!”, Lyz terkedu sejenak.

“Eh,you pun dah gila macam orang di luar tu?”,soal  Zack lagi.

“Allahu Akbar! Habislah aku!...Nahaslah aku!...”,rintih Lyz.

“Apa yang habis…apa yang habis ni Lyz?”,tanya Zack kembali.

“Hari ni dah hari kiamat! Kiamat! Pintu taubat dah tutup! Pintu taubat dah tutup!”, Lyz seakan-akan ingin menangis.

“Kiamat?! Taubat?! Apa ni Lyz? You cakap apa ni? Rilekslah..cool down. Apa kiamat-kiamat ni? Mana ada kiamat? Ribut tak ada,taufan tak ada..macam mana boleh kiamat?”,keluh Zack.

‘Dulu I sekolah agamalah Zack, I tahulah! Ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar. Apabila matahari terbit sebelah barat bererti kiamat sudah terlalu hampir dan pintu taubat telah tertutup.. I nak bertaubat Zack.. I nak taubat..”,rintih Lyz dengan nada terkejut bercampur menyesal.
    
“Wah,GRO pun ada yang sekolah agama ye! Bagus betul!”,sindir Zack kembali.

“ Kalau you tak percaya cakap I ni Zack,mari ikut I keluar”,lantas Lyz bangun menuju ke pintu hadapan.”

                                             ……………………..…………………….**…………………...

  




Lyz kini telah hampir hilang akal mengenangkan dosa-dosanya yang menggunung sehingga lupa keadaan dirinya.

   Zack mengekori Lyz menuju ke anjung apartmen. Kedengaran suara manusia semakin menggila bisingnya. Ada yang mengganas,berteriak memanggil nama Allah,ada yang terjelepok  di atas Bumi meraung-raung.

   Zack memandang di ufuk langit. Benar..matahari kini sudah segalah. Tetapi di sebelah barat.

“Zack..cuba you lihat langit berjerebu. Ia telah berlaku sejak empat puluh hari yang lalu. Asap ini juga adalah tanda kiamat sudah terlalu hampir”,terang Lyz lagi.

“Tu di sana,tempat ramai orang berkumpul. Lihat! Bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Itu juga adalah tanda-tanda kiamat”.

Tiba-tiba..”Lyz! Cuba you lihat tu di sana! Besarnya orang tu! Matanya satu! Macam cyclope cerita Excalibur!”,Zack hairan seketika.

“Itulah dia Dajjal,Zack. Dia akan menjadikan kita syirik! Syirik kepada Allah! Lihat padanya ada 2 karung. Awas! Jangan kita tertipu dengan perkara luar biasa yang dilakukan. Kelak kita akan sesat!:,Lyz mengingatkan Zack.

“ Eh,Lyz! Kaum  apa tu? Badannya kecil-kecil,mukanya hodoh. Eh, dia musnahkan rumah dan tanam-tanaman!”,teriak Zack.

“Kalau tak silap Lyz,itu Yakjuj dan Makjuj. Mereka adalah makhluk perosak. Mereka akan musnahkan segala-galanya!”,terang Lyz .

“Lyz,lihat! Tanah terbongkar! Eh! Ada dinasour keluar dari tanah tu! Besarnya haiwan tu! Macam T-Rex Jurassic Park!”

“Mungkin  inilah yang dinamakan Daabah”

“Lyz,Bumi mula bergegar! Eh lihat tu! Langit mula terbelah! Matahari semakin hampir menuju kearah Bumi! Lari Lyz! Lari! selamatkan diri!”

“ Ke mana lagi kita nak lari Zack?! Sudah tiada lagi tempat untuk lari lagi hari ini. Masanya telah tiba…kiamat Zack.. kiamat… “

                                         ………………………….……………..**…………………………

BERSAMBUNG