Bertarikh 8 Mac 2012, jam 4.30 ptng. Perjalanan kami dari
sabi’ dengan menaiki tramco telah membawa kami ke bumi muqattam. Bumi yang
sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar negeri sembilan yang bertalaqqi bersama
sheikhuna, Sheikh Wa’il Hagag. Namun demikian, perjalanan kami pada petang yang
lalu bukan bertujuan yang demikian. Namun alhamdulillah, segala yang diaturkan
berjalan dengan lancar.
Setelah 15 minit menaiki tramco, kami pun tiba di bumi yg
penuh dengan suasana haruk-pikuk manusia. Tanpa melengahkan masa, kami terus
mengambil tuk tuk.Kenderaan yang cukup sinonim dengan penduduk di sini.
Selain di bumi Mesir, kenderaan ini turut terkenal di India.
Perjalanan kami menaiki tuk tuk mengambil masa
kira-kira 10 minit memandangkan rumah yang ingin kami tuju berada di kawasan
yang agak jauh dari jalan utama. Perjalanan yang sungguh membuatkan jantung
ingin tercabut disebabkan manusia yang lalu-lalang serta kenderaan lain yang
berselisih. Tidak kurang juga jalan yang penuh lekuk serta gerakan yang agak memecut.
Setelah kami sampai, kami terus menaiki imarah yang berada
di sebelah kanan. Dengan menaiki tangga setinggi 6 tingkat, insyaallah program diet
berjalan dengan begitu baik. Setibanya di depan pintu, kami disambut dengan
senyuman penuh terukir dibibir. Lelah yang mengunjung tiba terasa hilang
serta-merta. Tanpa membuang masa, tuan rumah terus menjemput kami masuk.
Rumah yang kami maksudkan itu adalah rumah bekas pelajar
tajaan MAINS iaitu Rabiatul Adawiyah yang telah berkahwin dan tinggal bersama
suami, ust.Hilmi bin Haris yang kini sedang menyelesaikan tesis masternya.
Kami dilayan dengan begitu baik sekali. Dengan panggilan mesra ‘ateh miah’,
kami terus bertanya khabar dan bertukar cerita.
Ateh telah menyediakan buat kami juadah makan malam. Masing-masing
sungguh berselera. Terasa sedang berada di Malaysia menikmati juadah yang
disediakan oleh ibu. Nasi putih, Ayam masak kari beserta sayur goreng
benar-benar membuka selera. Tidak lupa juga buah limau yang disediakan sebagai
juadah pencuci mulut.
Setelah selesai menikmati juadah, terdengar suara azan yang
berkumandang melalui corong pembesar suara dari masjid yang terletak tidak jauh
dari rumah tersebut. Kami terus mencuci pinggan mangkuk dan bersiap-siap untuk
menunaikan solat maghrib berjemaah. Usai solat, kami terus bersiap untuk pulang
memandangkan waktu amat mencemburui.
Sementara menunggu ketibaan mushrif, kami sempat
meminta dari ateh(panggilan mesra) sedikit kalam taujihat. Namun ateh
memberikan kami lebih dari itu. Ateh menasihatkan kami agar tetap tabah dalam
memimpin. Selain dari melakukan mesyuarat (syura)ketika hendak membuat
apa-apa keputusan. Tidak lupa juga untuk melakukan solat sunnat Istikharah
dalam memilih apa-apa tindakan.
Selain itu, antara ilmu menarik lagi yang ingin saya
kongsikan ialah berkenaan wanita, iaitu diri kita sendiri. Nasihat untuk
para wanita :
Ketahuilah wahai wanita, kamu dipilih oleh bakal suamimu kelak
berdasarkan kepada empat perkara, iaitu:
-Harta
-Kecantikan
-Pangkat
-Agama
Maka pilihlah calon kamu melalui yang beragama, niscaya
beruntung kedua-dua tanganmu wahai suami. Maka pesanku pada diriku dan jua
semua insan yang sejenis denganku, ayuhlah perkasakan agamamu kerana kelak kau
akan menjadi sayap kanan para pejuang pendukung agama islam. Moga dengan kesyumulan
agamamu itu akan membuatkan suamimu kelak berasa tenang tatkala berada di
sampingmu.
As-Syahid Imam Hassan Albanna menggariskan bahawa
terbentuknya masyarakat islam itu adalah bermula dari individu muslim.
Kemudian diikuti dengan baitul muslim, mujtama’ muslim, tahrirul waton,
daulah islamiyyah, khilafah islamiyyah dan akhirnya akan membentuk
ustauziatul alam yang menjadi dambaan para da’ie
Ateh terus menyambung kata-katanya bahawa adik-adik(kalian
semua) harus bersedia dari segi mental dan fizikal kerana kehidupan sebelum
berkahwin dan sesudahnya benar-benar berbeza. Tidak mustahil andainya kalian
harus bersedia walau sejak umur seawal 15 tahun lagi. Ini adalah untuk melatih
adik-adik agar matang dalam melaui detik-detik yang bakal mendatang.
Disamping melaksanakan pelbagai persediaan, sudah tentunya
akhlak tidak boleh ditinggalkan.Begitu pentingnya akhlak sehingga Nabi S.A.W
turut diutus untuk menyempurnakannya.
Antara lain lagi nasihat beliau apabila tela berumahtangga
ialah:
-Cuba untuk mendidik jiwa dan bijak dalam mengawal emosi
-Menjaga tutur kata dan komunikasi
-Sentiasa memerhatikan makan dan minum suami
-Selalu berbincang dalam setiap perbezaan pendapat
-Cuba untuk bersepakat dalam setiap perkara
-Cuba fahami keluarga
suami dengan sebaiknya
-Kejarkanlah tentang keredhaan suami, jangan kau sakiti
hatinya walau sekali. Seandainya berlaku, bersegeralah kamu untuk memohon
kemaafan darinya.
dan cara untuk mendapatkannya ialah dengan kamu membuang
sikap egomu sejauh-jauhnya. Tidak dibenarkan untuk menerpa walau hanya
seketika.
Dan jadilah kamu isteri yang cerdik dan solehah. Cerdik di
sini tidaklah terbatas sekitar kecemerlangan dalam akademik, akan tetapi sejauh
mana dia bijak dalam mengatur emosi, menyusun jadual hariannya, menguruskan
makan dan minum suami, menguruskan keperluan anak-anak, pakaian jua tempat
tinggal dan sebagainya.
Nasihat
beliau lagi :
-Carilah kalian suami yang suka dan cinta akan ilmu yang
mampu mendidikmu dalam setiap aspek kehidupan.
-Yang sentiasa mengambil berat tentang ibadah serta memiliki
sifat-sifat mahmudah yang lain.
Begitulah nasihat beliau. Terasa waktu yang panjang begitu
singkat. Moga Allah tetap memberikan kami kesempatan lain untuk kita bertemu
lagi. Memandangkan mushrif telah pun tiba, jadi kami meminta keizinan untuk
pulang terlebih dahulu. Bimbang terlalu lewat malam. Setelah bersalaman, kami
beredar dan terus menuju ke kereta untuk pulang. Begitulah perjalan kami kali
ini. Setakat ini yang mampu saya coretkan, bertemu di lain episode insyaallah.
^_^
UHIBBUKUM FILLAH!!!....RABBUNA MUSTA’AN..WASSALAM.