Barisan HEWI mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan.

Indahnya Berukhuwwah.

Salam Mujahadah.

Sunday, 27 December 2015

~Suami Sebelum Sebuah Perkahwinan~ [RF.8]





   Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

   Suami bermaksud pendamping hidup kita di dunia dan akhirat. Suami turut menjadi pembimbing kita di kala resah dan gembira. Beliau yang setia memberi nasihat dan tunjuk ajar jika kita tersalah langkah atau bicara. Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tujuan seorang wanita memerlukan suami dalam kehidupannya. Namun, persoalannya di sini, adakah kita memerlukan  ‘suami’ sebelum berkahwin? Adakah perlu?
Jawapannya, sangat perlu!

   Jangan fikir terlalu jauh, cukuplah jawapannya ada di depan mata kita sekarang. Jadikanlah Al-Quran (sumber ilmu) sebagai suamimu kerana itulah kedudukan selayaknya dalam hati kita. Tidak ada perkara lain (novel , internet  dan sebagainya) dapat menandingi kedudukan Al-Quran. Bukan sekadar mengaji, tetapi mengkaji isi kandungannya. Kata-kata dari Dr. Daniel Zainal Abidin , tanpa kehadiran Islam (Al-Quran dan sunnah) dan umatnya, barat terus dalam kegelapan.

   Terdapat beberapa pesan terbaik di dalam buku ‘Pesan Untuk Hati’ karya Ustaz Pahrol Juoi, Rasulullah mendapat wahyu pertama ( IQRA’-Bacalah ) yang menyuruh Rasulullah membaca walaupun baginda buta huruf (ummi). Selepas Perang Badar, umat Islam mempunyai ramai tawanan perang, tawanan perang yang miskin dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak membaca dan menulis sehingga mahir, maka tawanan akan dilepaskan. Di situ , kita dapat lihat betapa Rasulullah sangat mengutamakan kemahiran membaca dan menulis sejak kecil lagi agar kemahiran itu dimanfaatkan untuk menimba ilmu.

   Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

   Kesimpulannya, jadikanlah Al-Quran sebagai suamimu yang akan menjadi pendamping hidup kita dunia dan akhirat. Al-Quran turut menjadi pembimbing kita di kala resah dan gembira. Al-Quran juga pilihan yang terbaik untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar jika kita tersalah langkah atau bicara kerana di situ tercatatnya kalam Allah.


Monday, 21 December 2015

LAPORAN RAUDHATUL ILTIZAM GABUNGAN

 

TARIKH: 18 DISEMBER 2015
HARI: JUMAAT
MASA: 7 MALAM
TEMPAT: DEWAN SYEIKH ABDUL QADIR AL- JAILANI, RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH

   Pada hari Jumaat, 18 Disember 2015, Hal Ehwal Wanita Islam Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan Program Raudhatul Iltizam Gabungan melibatkan semua ahli Raudhatul Iltizam RNSK. Program ini bermula pada jam 7 malam bertempat di Dewan Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani RNSK dan dipengerusikan oleh Ustazah Siti Nur Syuhaida binti Abu Hanizan. Majlis dimulakan dengan kehadiran ahli Raudhatul Iltizam dan bacaan Asmaul Husna. Seterusnya, setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan Raudhatul Iltizam masing- masing untuk meneruskan aktiviti permainan teka silang kata yang dikendalikan oleh Doktor Khairunnisa binti Noor Azli.

   Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas yang mengandungi teka silang kata dan beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan bacaan yang telah dibekalkan sebelum program bermula di mana setiap ahli perlu menjawab soalan tersebut tanpa merujuk semula kepada apa yang telah dibekalkan bagi menguji ingatan dan tahap keprihatinan ahli raudhah terhadap apa yang telah dibekalkan oleh naqibat masing masing. Setiap ahli raudhah dikehendaki untuk berbincang di mana setiap jawapan yang diberikan berperanan dalam mengumpul markah bagi kumpulan masing masing yang akan dibawa sehingga ke akhir program.

   Seterusnya, program diteruskan dengan permainan kotak beracun yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Aisyah binti Maasir. Permainan ini memerlukan setiap ahli raudhah untuk duduk di dalam satu bulatan besar dan memastikan setiap orang yang duduk bersebelahan dengannya bukanlah dari kalangan ahli raudhahnya sendiri. Setelah muzik dimainkan, kotak beracun akan bergerak mengelilingi bulatan dan orang yang memegang kotak ketika muzik berhenti dikehendaki untuk mencabut sehelai kertas dan menjawab soalan yang tertulis di dalamnya, di mana soalan itu terdiri daripada bahan bacaan yang dibekalkan dan juga pengetahuan am. Setiap peserta yang menjawab soalan dengan betul akan menyumbang markah kepada kumpulannya dan diberi sedikit hadiah saguhati.

   Kemudian, sesi pengiraan markah setiap raudhah telah dijalankan oleh para naqibat sendiri dan hadiah telah disampaikan kepada setiap raudhah yang layak. Sebelum, mengakhiri majlis, Ustazah Faizah binti Baharudin telah mengetuai sesi muhasabah yang berkaitan dengan Adab Terhadap Ibu Bapa. Antara pengisian yang telah dibentangkan oleh beliau ialah berkenaan dengan definisi adab, kepentingan adab terhadap ibu bapa, kesan tidak beradab terhadap ibu bapa dan sedikit tayangan video yang berkait rapat dengan kehidupan bersama ibu bapa.
Program Raudhatul Itizam Gabungan ini akhirnya melabuhkan tirai pada kira- kira jam 9.30 malam dengan bacaan doa rabithah dan salam ukhwah melibatkan semua ahli raudhah berserta naqibat. Penganjuran program ini diharapkan dapat memberikan impak positif dan meningkatkan kualiti kepimpinan para naqibat di samping mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli raudhah secara keseluruhannya.

Disediakan oleh,

Hal Ehwal Wanita Islam ,
Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir.


Friday, 18 December 2015

~Keunggulan Bahasa Arab~ [RF.7]





  


B

ahasa Arab. Menurut Sheikh Mustafa Al-Gulayaini: “Bahasa Arab adalah kalimat yang digunakan bangsa Arab dalam menyampaikan maksud atau tujuan mereka.”

Manakala Ahmad Al-Hasyimi mengatakan, bahasa Arab adalah suara-suara yang mengandungi sebahagian huruf hijaiyyah.


            Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W dalam kehidupan baginda sama ada ketika bercakap, menyampaikan ilmu, menceritakan kisah-kisah orang terdahulu dan peristiwa yang akan datang di kemudian hari. Begitu juga bahasa ini menjadi bahasa di akhirat kelak. Rasulullah S.A.W bersabda: “Cintailah orang Arab kerana tiga perkara; kerana aku adalah orang Arab, Al-Quran itu berbahasa Arab dan ucapan ahli syurga adalah bahasa Arab.”


            Bahasa Arab adalah bahasa yang mulia dan tinggi darjatnya. Sungguh! Allah, Rabb Semesta Alam telah memilih bahasa Arab ini sebagai bahasa firman-Nya yang mulia. Sudah pasti bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran mengandungi hikmah dan bukan sembarangan. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran berbahasa Arab agar kamu memahami.” (Surah Yusuf 12:2)


            Bangsa Arab sebelum datangnya Islam (zaman jahiliyyah) sangat mengagungkan bahasa mereka dari segi susunan dan bunyi, kesan yang mendalam (atsar), makna yang mendalam dan juga kefasihan ketika menyampaikan. Jadi, pada masa itu bahasa arab sudah menjadi istimewa dan sangat hebat pada pandangan mereka. Kemudian datanglah satu kitab, iaitu Al-Quran.




            Apabila telah turunnya Al-Quran ini kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan kalam Allah yang sememangnya dapat menyaingi dan mengalahkan kalam manusia, bangsa Arab yang angkuh dan keras hatinya itu tetap tidak dapat menerima hakikat bahawa kalam Allah lebih indah pada lafaznya, makna, gaya (uslub) penyampaiannya dan hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Al-Quran ini telah mengalahkan orang yang fasih pada zaman itu. Walaupun mereka cuba untuk menandingi Al-Quran dengan mendatangkan satu muka surat sepertinya, tetap juga tidak dapat. Sedangkan Al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka. Bahasa Arab. Menakjubkan!


            Al-Quran telah memberi pengaruh besar pada bahasa Arab ketika penurunannya pada masa itu. Antaranya:


1)      Al-Quran memperindah dan mencantikkan lafaz bahasa Arab.

2)      Muncul makna-makna baru dalam lafaz bahasa Arab seperti perkataan solat, zakat, mukmin, kafir, munafiq, ruku’, sujud dan perkataan-perkataan yang berkaitan agama Islam.

3)      Kecintaan terhadap Al-Quran menyebabkan orang Islam cinta untuk mendalami ilmu. Maka, berkembanglah ilmu-ilmu seperti Ilmu Qiraat, Tafsir, Hadith, ‘Ulum Hadith, Fiqh dan Usul Fiqh.

4)      Muncul ilmu-ilmu tentang kaedah bahasa Arab seperti Nahu dan Sorf.


Kesimpulannya, Allah telah menjadikan Al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan yang agung yang mana dengannya, bahasa Arab itu tidak akan pernah pupus dan menjadikan bahasa Arab itu bahasa yang hidup tidak seperti bahasa-bahasa lain.





Cik_Kasturi.


Monday, 19 October 2015

~Saintis Pertama Di Dunia~ [RF.6]

Sejarah perkembangan sains sukar untuk diungkapkan kerana masih banyak lagi maklumat yang masih belum berjaya dileraikan  Korang tahu ke, siapa manusia pertama yang mampu mengungkapkan segala kejadian yang berlaku di dalam dan luar angkasa raya ini? Siapakah Saintis pertama itu? Nak tahu jawapannya, baca kat bawah ni…







وَعَلَّمَ ءَادَمَ الأَسمَآءَ كُلَّهاَ  ثُمَّ عَرَضَهُم عَلَى المَلآءِكَةِ   فَقَالَ أَنبِئُونِى  بِأَسمَآءِ هَؤُلآءِ إِن     كُنتُم صَدِقِينَ                                   

“Dan Dia (Allah SWT) telah mengajarkan Nabi Adam , akan segala nama benda-benda berserta kegunaannya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat . Lalu Dia (Allah SWT) berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar…”

                                                   ~al-Baqarah: 31~


Lalu dijawab oleh malaikat:


قَالُوا سُبحَنَكَ لاَ عِلمَ لَنآ إِلَّا مَا عَلَّمتَنَآ،إِنَّكَ أَنتَ العَلِيمُ الحَكِيمُ                          

“Malaikat  itu menjawab:Maha suci Engkau (Ya Allah )! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

                                                

                                                  ~al-Baqarah:32~


     Berdasarkan firman Allah di atas, menggambarkan bahawa Allah SWT telah mengajarkan Nabi Adam AS segala macam perkara serta kegunaanya sekali . Bahkan ,  Nabi Adam AS tidak perlukan  i-Pad, i-Phone dan internet dan segala macam alat teknologi canggih  ….Kerana yang menjadikan seseorang itu faham dan mengetahui sesuatu perkara ialah Allah SWT.


    Pastinya Nabi Adam AS mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas.Bahkan malaikat pun menyerah kalah.Sedangkan antara malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menjaga syurga, menurunkan hujan, mengawal peredaran bumi dan sebagainya.Tetapi Allah SWT memberikan ilmu pengetahuan yang lebih kepada Nabi Adam AS bagi menjawab pertikaian malaikat yang mempersoalkan, mengapakah  Allah SWT mahu menjadikan manusia khalifah di atas muka bumi ini.


      Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi anak-anak adam untuk terus menggali segala ilmu pengetahuan yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada nabi Adam suatu ketika dahulu. Tak kiralah ilmu perubatan ke..astronomi ke..sains dan teknologi ke…untuk itu kita boleh memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup manusia.


       Dunia tanpa sempadan hari ini membawa isyarat buat umat islam agar peka terhadap isu-isu yang nyata dan fakta pada masa kini. Perkembangan Sains dan Teknologi yang begitu cepat perlu diselaraskan dengan pemahaman agama, agar dapat disesuaikan dengan nilai sosial dan budaya masyarakat di sekeliling. Insya-Allah , dengan menerapkan fakta Sains dan Teknologi yang bersandarkan al-Quran serta hadis manusia mampu menegakkan dakwah islam yang diperjuangkan oleh Nabi kita, Muhammad SAW. Seterusnya mengembalikan kembali zaman kegemilangan umat islam suatu ketika dahulu...


Insya-Allah….


by Mizah_92


Friday, 5 June 2015

~Solat Tahajud Dari Sudut Perubatan~ [RF.5]





SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

    Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
    Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.



TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD


    Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
    Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.
    Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlet hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
    Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
    Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :


1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.


2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.


3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.


4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.


5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.


    Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
    Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
    Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.


Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.



PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT


Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.


Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."


Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."


"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow


Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "


Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


    Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.


    Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
    Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.




Sumber: Internet


Thursday, 4 June 2015

~Ramadan is Coming Soon..~ [RF.4]





Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, we are now in 17th Syaa'ban.
Near to Ramadan, a month that most of muslim waiting for.
Why?
Because it is a month that we can focus on our job as a slave of Allah. (Beribadah)
So, in my opinion to our ibadah smooth in Ramadan, we should get ready in many aspect.
Furthermore, live in Egypt we have to face Summer and more than 12 hours fasting.

In this sharing, I would like to note you some tips in diet during Ramadan.
The main point is : "We should take more Potassium than Sodium during Ramadan."

Sahour food:
Chicken breastOatmealBrown rice, wholemeal breadBananasRaw, dark HoneyRaisins or DATES (of course, its sunnah)Fibrous vegetables –This will help increase the feeling of fullness as well.Olive oil – preferably extra virgin (which means it’s cold processed and the essential fatty acids are preserved)Plenty of water

# It is very important to watch your sodium intake at this time as high sodium can cause greater dehydration plus increase thirst during the day – not good for fasters. Avoid high sodium foods like soups, sauces, condiments, gravies, high sodium bread products, and canned meats. Of course eating fried foods and heavy oil items can cause heartburn and problems for you all day so it is best to avoid those if possible! (source 1)


Iftar food :

datesfruit juicessoup and porridgemilk and dairy productsfruits and nutssaladchicken/ fish - steamed, boiled, grilled, roastedgreen veggies or mix vegetables1 cup brown rice

#For Iftar, having foods high in carbohydrates can compensate for the reduced glucose levels experienced as a result of fasting.

#Do not indulge in an unbalanced diet with too many servings of sherbets and sweets with added sugar as it is very unhealthy. (source 2)


Train you jasad and roh..

May Allah grant us Jannah..


_AKINZ_


Tuesday, 7 April 2015

LAPORAN PROGRAM PEARLS IN YOU SIRI 5 2015


19 Mac 2015 - Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu program bagi akhawat, iaitu Program Pearls In You yang berlangsung di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, Mesir.
     Program ini,terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan dan ahli berdaftar.Peserta akhawat yang menyertai program ini adalah seramai 43 orang, 30 orang daripadanya adalah ahli RNSK, selebihnya ahli MTP yang menetap di luar RNSK dan ahli yang berdaftar. Para peserta juga dikenakan yuran pendaftaran sebanyak LE10.00.
     Program ini bermula dengan sesi pendaftaran di Kampung Seri  Pilah pada pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Setiap peserta diagihkan lambang simbolik program iaitu kerongsang rama-rama beserta pamplet.

     Program ini telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Hamidah binti Puteh (ibu) selaku Pembantu Pegawai RNSK tepat jam 8.30 malam yang didahului dengan bacaan doa oleh Saudari Siti Khadijah binti Azmin, ucapan daripada Pengarah Program, Ida Haryani binti Muhammad Safary, ucapan dari Ketua HEWI, Saudari Siti Nur Syuhaida binti Abu Hanizan dan seterusnya ucapan daripada ibu Hamidah. Sejurus itu, gimik program telah dilancarkan oleh ibu dengan sentuhan pada skrin LCD.
Program diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema yang bertajuk “Selalu Bersama” dan para peserta diminta masuk ke dalam kumpulan masing-masing bagi membincangkan nama kumpulan berdasarkan Jewel(permata) dan tema kumpulan. Sejurus kemudian, setiap kumpulan diberi tugasan dalam memilih isu-isu semasa dan akan membincangkan isu tersebut pada keesokan harinya.Sebelum peserta meninggalkan dewan,acara kemuncak diteruskan lagi dengan program muhasabah dibawah tajuk Ibadah Cinta.

     20 Mac 2015 - Program diteruskan lagi dengan Cinta Ilahi dibawah pengelolaan Saudari Siti Khadijah binti Azmin. Tepat jam 7.00 pagi,para peserta berkumpul di Dewan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk solat sunat dhuha dan sarapan pagi.Program diteruskan lagi dengan mengupas isu-isu semasa dari setiap kumpulan.Jam 9.00 pagi, program diteruskan dengan slot Fiqh Wanita oleh Saudari Sharifah Nur Fatimah binti Syed Abdullah dan slot We Care oleh Dr. Siti Sarah binti Mustaza pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.Peserta diberi masa untuk berehat menunaikan solat fardhu zohor dan jamuan makan tengahari.



     Selepas itu,peserta diminta berkumpul di dewan bagi meneruskan slot yang ketiga,Zoom In yang membuka minda para peserta untuk mengupas dan memberi pandangan serta memberi penyelesaian dalam pelbagai aspek.Selepas peserta menunaikan solat fardhu asar,para peserta berkumpul di Kampung LBJ untuk meneruskan program Happy Family.Diantara aktiviti yang dijalankan dalam slot Happy Family ialah permainan Sudoku, Regu, dan 3,6,9. Aktiviti ini dijalankan untuk melatih kerjasama sesama ahli kumpulan dan tahap fokus para peserta dalam sesuatu perkara. Dan program memberi laluan untuk para peserta berehat,makan malam dan Tafaquh Sidi Luqman sebelum bermulanya acara sambutan kelahiran para peserta bagi bulan Disember hingga Mac. Program diakhiri dengan dengan slot Kuiz Pearl In Us.

      21 Mac 2015 - Pertandingan bola tampar dan sukaneka berlangsung di Nadi Syabab, para peserta dibekalkan sarapan pagi sebelum acara bermula. Pertandingan bola tampar dijalankan secara kalah mati. Kumpulan Biduri Bulan berjaya mendapat saguhati dan diikuti dengan Kumpulan Zamrud tempat ketiga.Naib Johan berjaya diraih oleh Kumpulan Diamond dan Johan berjaya dirangkul oleh Kumpulan Zircon. Dan aktiviti diteruskan lagi dengan beberapa acara sukaneka. Alhamdulillah,pertandingan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Program ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam bagi memberi ruang untuk persiapan penutupan dan persedian persembahan oleh HEWI dan peserta.




  Majlis penutupan dihadiri Pegawai Kebajikan Khas Anak-anak Negeri Sembilan, Tuan Hj. Hamid bin Jaman dan isteri, Pengerusi MTPANS, Abdul Rahim bin Sabtani. Program penutupan dikendalikan oleh 2 orang pengerusi majlis. Dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan Pengarah Program,Pengerusi MTPANSM serta Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan.     
      Seterusnya,program diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada ahli jawatankuasa, cabutan bertuah, penyampaian hadian bagi tempat pertama yang disandang oleh Kumpulan Diamond,seterusnya tempat kedua disandang oleh Kumpulan Zircon,diikuti dengan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Biduri Bulan, dan tempat keempat disandang oleh Kumpulan Zamrud, serta cenderahati kepada Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan dan Pengerusi MTPANSM. Majlis menjemput tetamu untuk menjamu selera di Rumah Pegawai,diiringi oleh wakil HEWI.

     Selepas itu, majlis penutupan dimeriahkan lagi dengan tayangan video penutupan serta persembahan dari HEWI dan para peserta.Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama. Sebelum bersurai,para peserta dihidangkan dengan jamuan makan malam. Sekian terima kasih.
                       
                     “MINDA CERDAS, BADAN CERGAS, BARU IMTIYAZ”.















Laporan Tournament Bola Jaring 2015 (Sahabat Daulah)


          Pada  3  April  2015  bersamaan  Hari Jumaat  yang  lalu, Exco  Kesenian  Kebudayaan  dan  Sukan  Majlis  Tertinggi  Pengurusan  Anak-anak  Negeri  Sembilan  Mesir (MTPANSM)   telah  menghantar  wakil  sepasukan  pemain  bola  jaring  ke  satu  pertandingan  terbuka  bola  jaring  yang  dianjurkan  oleh  Sahabat  Daulah  dan  Al Quran Medik (AQM).

          Program  ini  diadakan  di  padang  Dewan  Malaysia  Abbasiyyah  Kaherah  (Istad DMAK).  Pertandingan  ini  berlangsung  dari  jam  9.00  pagi  sehingga  jam  2.00 petang.  Pasukan  dari  Negeri  Sembilan  yang  diberi  nama  "WAGHIH"  ini  dianggotai  oleh  10  orang  pemain  kesemuanya. Wakil pasukan  ini   juga  mendapat  sokongan  penuh  dari  Pegawai  Atase  Ayahanda  Abd  Hamid  bin  Jaman  serta  pembantu  pegawai  Ibu Hamidah binti Puteh.

            Program  ini  bertujuan  untuk  menguji  ketahanan  fizikal  dan jasmani  dengan  sukan disamping  mencergaskan  badan  dan  mencerdaskan  akal. Selain  itu  juga, saling  merapatkan ukhwah  dan  berkenal-kenalan  dengan  ahli  pasukan  yang  lain  memandangkan  ia  datang  dari  tempat  yang  berbeza-beza.

          Pertandingan  bola  jaring  terbuka  ini  diadakan  secara liga, dan  terdapat  7 pasukan  yang  menyertai  pertandingan  ini  termasuk  pasukan  Waghih.  Pasukan-pasukan  ini  telah  dibahagi  kepada  2  kumpulan  dan  pertandingan  pertama  diantara  Waghih  menentang  kumpulan  Bayam  iaitu  pasukan  dari  Medik  Azhar.  Waghih telah memenangi  liga  yang  pertama.

          Pertandingan  diteruskan  lagi  dengan  penentangan  terhadap  4  kumpulan  seterusnya  yang  mana  Waghih  telah  menang  kesemuanya.  Pada peringkat  akhir, Waghih  telah  bertemu  dengan  Infiniti  yang  diwakili  oleh  Pergigian  Azhar   majoritinya, dan  Alhamdulillah  Waghih  telah  berjaya  meraih  tempat  pertama  dalam  pertandingan  terbuka  bola  jaring  2015  ini. 

          Akhir  kata,  syukur  atas  nikmat  Allah  atas  segalanya  dan  pasukan  Waghih  berbesar  hati  kerana  telah  diundang  oleh pihak  penganjur  untuk  menyertai  pertandingan  ini  serta  jutaan  terima  kasih  kepada  semua  yang  menyokong  dan  mendoakan  kejayaan  pasukan  Waghih.  Diharapkan,  agar  program  seperti  ini  dapat  dianjurkan  lagi  pada masa-masa  akan  datang. Insyallah. Sekian, terima kasih.

        

Saturday, 4 April 2015

~Serikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu~ [RF.3]

    




  Wahai saudari-saudari muslimahku,


Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.


Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haid maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.


Wahai saudari-saudari seaqidahku,


Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.


Wahai srikandiku,


Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.


Wahai srikandiku,


Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w. amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.


Wahai saudariku,


Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Wahai saudariku,


Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan di rumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.


Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.


Ya ukhti,


Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempuh jalan mudah ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.


Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.


Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.


Wahai saudariku,


Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.


Ya ukhti,



Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.



#sitiathirah92


Friday, 6 March 2015

~Demi Masa~ [RF.2]



M
asa awak kat mana?..Awak kat mana?.. Dalam kesibukkan kita sebagai mahasiswi di bumi Ardhul Kinanah ini,masih ramai lagi diantara kita yang masih terumbang-ambing dalam menguruskan masa mereka. Allah s.w.t telah mengingatkan manusia tentang kepentingan masa dan ketelitian dalam menguruskannya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr (Masa) yang bermaksud :
               “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menatapi kesabaran.”
Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi Sembilan (9) saranan bagi pengurusan masa yang berkesan:

1.          Menjaga 5 waktu solat sehari semalam – Menunaikan solat tepat pada waktunya membuatkan anda tidak lagi leka dengan kerja-kerja yang tidak bermanfaat dan membantu melicinkan  perjalanan hari anda.

 2.        Budayakan Tabiat Suka Mencatat – Umumnya ramai dalam kalangan kita yang merasa penat kerana terlalu memikirkan banyak perkara, terutama apabila kita cuba untuk memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kenapa tidak cuba untuk membudayakan diri kita membuat catatan, ia sangat membantu meringankan beban fikiran.
Budaya suka mencatat juga dapat memastikan idea tidak dibazirkan hanya kerana kita lupa, sebaliknya dapat dikembangkan. Idea tidak datang selalu, jadi amalkan membawa buku catatan kecil dan pen dimana jua anda berada.

3.         Susun & bezakan Tugas Mengikut Keutamaan – Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan diri kita lebih fokus disamping dapat menjimatkan masa. Elakkan dari mencampur-adukkan tugasan utama dan tugasan sampingan.

4.         Rancangkan Jadual Kerja Anda – Rancang jadual kerja mengikut minggu dan bulan. Peruntukkan waktu untuk merancang kerja dan menyemak kembali pencapaian setiap minggu.

5.         Jadualkan Tugasan Harian Anda – Terdapat tugasan atau perkara-perkara yang dibuat secara rutin setiap hari. Agihkan waktu yang bersesuaian untuk memastikan tugasan tersebut berjalan lancar. Letakkan jadual tugasan anda di tempat yang mudah untuk dilihat.

6.         Berfikir Sebelum Bertindak & Belajarlah Berkata Tidak – Amalkan berfikir sebelum bertindak dan memberikan sebarang persetujuan. Manusia dipegang pada janji dan kerana mudah menerima dan berjanji, maka ramai dalam kalangan kita yang merasa terbeban untuk memenuhinya. Belajarlah untuk berkata tidak kepada perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu dan membazirkan masa.

 7.        Cari hobi yang bermanfaat – Masa yang kosong membuatkan anda menghabiskan masa dengan perkara melalaikan. Luangkan masa anda dengan melakukan hobi yang minat berfaedah.

8.         Kenalpasti Tabiat Buruk Anda– Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, apatah lagi dalam pengurusan masa.  Cuba kenalpasti dan hapuskan tabiat buruk berkenaan. Aktiviti seperti berbual kosong, menonton video secara keterlaluan, melayari internet tanpa tujuan, chatting dsb haruslah di kurangkan.

9.         Jangan Jadi Perfectionist – Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas memerlukan anda mengerahkan kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk dilaksanakan.
Semoga Sembilan (9) saranan ini dapat membantu anda dalam menggunakan masa  dengan sebaiknya terutama dalam konteks seorang mahasiswi. INGAT! Masa dan Ilmu adalah amanah kepada kita. Pepatah arab ada mengatakan : ‘Masa itu ibarat pedang jika anda tidak memotongnya maka ia akan memotong anda’. Marilah kita bersama menjadi Pahlawan Masa,kejarlah masa bukan masa mengejar kita. Wallahualam.

Sunday, 8 February 2015

~Pesanan Hati ke Hati~ [RF.1]


~Pesanan Hati ke Hati~

 
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini. Berkumpul  kerana mengasihiMu,
bertemu kerana mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
maka eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar,
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu,
suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya..
Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

     Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah pemilik CINTA yang sempurna juga pemegang hati-hati setiap hamba-hambanya. Ayuh lahirkan rasa syukur kita atas segala nikmat yang Allah sudi pinjamkan kepada kita yang hanya sebentar cuma. Moga-moga kita sentiasa menjadi hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur.
    
 Jika direnung dan difikir kembali. Allah itu Maha Adil, kerana DIA sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA dengan memberi ujian. Cumanya ujian yang kita hadapi itu barangkali situasinya jauh berbeza dari saudara-mara kita yang berada di Syria dan Palestin sana.. Terkadang ujian yang diberi itu hanya kecil sahaja. Itupun  sudah membuatkan diri kita mengeluh panjang. Lantas hatipun seraya melatah. Seolah-olah ujian itu sebesar gunung. Walhal barangkali ada lagi ujian yang besar menanti kita kelak. Ke mana hilangnya rasa  syukur kita...???? Tepuk dada tanyalah iman.  Usah bertanya pada makhluk yang bernama “nafsu”..!!  Kerana apa?? Kerana nafsu tidak akan pernah puas. Kerana nafsu itu tidak layak untuk dimanjakan jauh sekali untuk dimenangi dan dituruti segala kemahuannya. Selayaknya, nafsu itu sentiasa diasuh dan dididik dengan berpandukan iman dan taqwa yang sebenar.

     Sebagai insan yang berakal, dan beremosi sempurna juga sentiasa yakin dengan setiap janji-janji Penciptanya, kita seharusnya menerima ujian dengan hati yang penuh terbuka dan fikiran yang positif agar nanti diri kita mampu mengatasi setiap ujian yang mendatang dengan bijak. Pujuklah hati bahawa setiap ujian yang mendatang itu adalah satu pertarbiyahan jiwa juga sebagai satu wasilah untuk kita sentiasa dekat disampingNYA. Lebih manis lagi, ujian yang Allah berikan kepada kita merupakan tanda kasihnya dan ingatan Allah pada diri kita, kerana Allah itu Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-hambaNYA mengatasi sesuatu ujian yang Allah berikan. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Allah tidak memberati/membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang                               dilakukannya”.  (surah Al – Baqarah 2: 286)
     Potongan ayat tersebut sudah jelas untuk menjawab persoalan yang sering melanda kotak pemikiran kita yang selama ini kita lupa, kita alpa, yang mana setiap ujian itu datangnya dari Al- Kholiq. Malah kita semudahnya melahirkan keluhan yang panjang tanpa kita menyedari hakikat ujian tersebut kurniaan Allah. Ayuh sahabat!!! Bangkitlah dari lenamu yang panjang. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini.Kita perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita harus menggunakan setiap kurniaan dan kebaikan yang Allah kurniakan kepada kita untuk terus menyumbang pada Islam yang kita cintai. Usah kalah dengan ujian yang melanda malah jadikannya sebagai batu loncatan untuk kita terus tabah dan tenang dalam ketaatan kita kepada Allah Taala.
Sahabat-sahabat seakidahku, ayuh kita renung sebentar petikan dibawah,
“Adakah kebangkitan dan kemenangan Islam itu akan berlaku secara tiba-tiba sahaja..? Gedebuk!!! Nah kau negara Islam”! Begitu.. jawapannya tentu sekali ‘tidak’.
Dan mustahil juga negara Islam Madinah dapat dipertahankan seandainya tidak wujud para sahabat ‘Super Saiya’ yang bermati-matian mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam. Tetapi yang lebih utama, para sahabat tidak mungkin dapat di'Super-Saiya'kan tanpa adanya tarbiyyah, tunjuk ajar dan bimbingan daripada ar-Rasul SAW.
Itulah. Itulah tugas dan kerja kita sekarang ini. Kerja kita adalah mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah... (sila ulang sehingga air liur anda habis) tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tanpa berputus-asa dengan janji-janji Allah. Tanpa ada rasa menyesal walau sedikit sekalipun.

Sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada kita. Semoga apabila kemenangan itu dikurniakan kepada kita, kita sudah benar-benar bersedia untuk membahunya. Juga tahan dan sabar dengan mehnah dan cobaan yang akan datang bersama-samanya. Dan seandainya kita tidak 'menang' di dunia ini sekalipun, kemenangan yang agung dan hakiki sedang menunggu kita di akhirat sana. Allah sentiasa peka dengan kemampuan setiap hamba-hambaNYA.
~Bergembiralah bagi insan yg selalu diuji dan diduga..Kerana engkau diberi peluang olehNya untuk memiliki kelebihan sabar dan syukur kpdNya sedangkan insan yg selalu senang dan bahagia hanya mampu merasai nilai kesyukuran atas nikmatNya..Ingatlah ujian dan dugaan itu mampu mematangkan jiwa dan juga minda, dan kesenangan yg berpanjangan akan lebih memanjakan diri kita...~