………Sambungan………
Tok..tok..tok..
Khadijah lantas membuka segera.Terkejut melihat wajah sang suami dilanda ketakutan yang amat sangat.Manakala,Nabi pula tidak henti-henti mengucapkan
“Selimutkan aku..selimutkan aku…selimutkan aku..”Sambil badannya terketar-ketar menahan ketakutan.Khadijah memeluk nabi dengan penuh kasih sayang.Kemudian membawa nabi ke kamar tidurnya dan segera menyelimutkannya.
Kemudian,nabi pun tertidur.
Hati Khadijah pula menjadi gundah.Apakah yang telah terjadi dengan suamiku?Beribu persoalan terbit dari hati.Namun,ditenangkan dahulu hati baginda.Keesokkan harinya,baginda menceritakan perihal ganjil yang berlaku semasa di Gua Hira’.
Kata baginda,sedang nabi bertafakur,tiba-tiba datang Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi mengatakan ia adalah utusan Allah.
Lantas Jibrail menyuruhku membacakan “ Iqra!” sebanyak tiga kali.Aku pula dengan jujur mengatakan,aku tidak tahu membaca.Aku juga mengulang sebanyak tiga kali.Aku tidak tahu membaca.Lantas,datanglah malaikat Jibrail kepadaku dan seraya memelukku erat.Aku jadi ketakutan yang amat sangat sehinggakan aku lantas pulang ke rumah segera dan tidak berani lagi berada di sana keseorangan.
Justeru,tiba sahaja di rumah,aku terus meminta dirimu menyelimutkanku.
Tercenganglah Siti Khadijah mendengar kisah suaminya. Tidak pernah beliau mendengar kisah pelik sedemikian.Namun Siti Khadijah percaya cerita nabi.Nabi tidak pernah berbohong.Hatinya juga khuatir sekiranya sebenarnya ada dalam kalangan orang-orang jahat yang suka menakut-nakutkan nabi.Apatah lagi risau Khadijah jika baginda di permain mainkan oleh kabilah arab yang lain.
Terus sahaja Khadijah membawa nabi berjumpa seorang pendeta Nasrani.
Ketika mana,pendeta mendengar cerita nabi,tahulah dia bahawa sebenarnya nabi akhir zaman yang di nantikan telah pun muncul.Lantas,pendeta berpesan kepada Khadijah supaya berhati-hati menjaga Muhammad kerana ia sebenarnya adalah nabi yang terakhir,nabi akhir zaman.Hal ini kerana,semua orang kafir sedang mencari-cari dan ingin segera ,membunuh baginda jika mengetahui asal usul nabi Muhammad.
Bermula dari kisah itu,bermulalah perkembangan islam.Islam mulai bangkit dari kebisuan yang mencengkam rasa.Ummah hidup dalam zaman sinar cahaya iman.Bermula dengan bilangan penganut yang sedikit,mereka bangkit bersatu di bawah satu bumbung ummah di dalam rumah Al Arqam.Berkumpul dan membincangkan perihal islam.
Akhlak yang di bawa nabi menyentuh hati sekalian hamba abdi.Menganuti islam secara senyap-senyap sehinggakan apabila tertangkapnya Bilal Bin Robah oleh tuannya,hanya perkataan,”Ahad…Ahad..Ahad..”Berzikir di bibir mulusnya.Habis badan kurusnya di bantai teruk.Kaki dan tangan di gari oleh rantai besi serta di jemur di bawah sinaran cahaya mentari.Namun kalimah,Ahad…Ahad..Ahad..tetap meniti di bibirnya.
Kesungguhannnya mengagungkan Allah menjadi bukti bahawa keimanan sangat hebat.Meski di uji dengan pelbagai seksaan,hanya Allah sahaja tempat dia bertawakal.
Penderitaan Bilal akhirnya berakhir dengan pembebasan.Saidina Abu Bakar memerdekakan Bilal dari tuannya.Lantas,makin kuatlah keimanan dan teguh pendiriannya kepada Allah.Air mata syukur menitis tanda kesyukuran yang amat sangat kepada Allah.Tiba-tiba hatiku jadi sebak!
Aku menceritakan kisah nabi sebagai pedoman hidupku.Meski banyak lagi yang tidakku ceritakan,tetapi kisah para sahabat dan pengalaman Nabi Muhammad yangku ceritakan,mampu di jadikan iktibar hidup.Kita hari ini hidup dengan keislaman yang percuma.Tidak perlu di seksa dan di hukum untuk masuk islam.Kita sering sahaja bersuka ria,terlupa dengan perihal umat islam,saudara seakidah kita.Nun jauh di hujung benua,Palestin dan Syria menjadi mangsa kezaliman Israel dan Syiah!
Beribu-ribu rakyat islam terkorban.Anak-anak kecil di bunuh dengan kejam.Kepala di jadikan sasaran untuk di tembak.Wanita-wanita,isteri-isteri,anak perempuan,gadis sunti seusia denganku di rogol dan diseksa kejam.Mereka menjerit-jerit meminta tolong.Namun dimanakah kita?
Kita hilang di telan arus zaman pembelajaran.Kita seakan terlupa saudara seakidah kita terseksa.Bekalan makanan dan minuman makin habis.Termenung kaku menunggu bantuan yang tidak kunjung tiba.Namunpun begitu,mereka tidak berputus asa,di bawah satu paksi kesedaran,penduduk Syria melafazkan ikrar syahid! Menjadi para pemudanya berkobar-kobar bangkit menentang kezaliman pemerintah.Semoga selamat semuanya,wahai pemuda seakidahku!
Dan khilafah akan kembali tertegak semula.Di dataran Syam inilah,islam akan tergemilang semula! Insyaallah.
Kita juga hari ini,kaya dan mewah dengan kasih sayang ibubapa dan kemewahan harta benda.Kita selalu membeli bermacam bentuk makanan dan berbelanja mewah.Anak-anak yatim kita lupakan.Kita alpa,dulu nabi pun anak yatim piatu.Kita meremehkan anak yatim piatu itu.Saat mereka hadir ke pintu rumah atau masjid,kita memandang enteng dan remeh.Alah,nanti ada orang yang akan bersedekah..Alah,sikit-sikit orang derma nanti banyaklah,persoalannya asyik-asyik mereka yang menderma,kita bila lagi?
Tepuk dada,Tanya iman! Mari kita renung-renungkan dan sama-sama fikirkan.Rasullulah datang di utuskan sebagai petunjuk kepada cahaya kebenaran.Membawa satu mesej,marilah beriman dan bertaqwa kepada Allah,Yang Maha Esa,lagi Maha Penyanyang.Rasulluah juga qudwah hasanah.Idola terbaik yang perlu di ikuti.Akhlaknya yang mahmudah perlu di teladani dan di ladeni agar kita mendapat manfaat bersama.
Saat terakhir baginda bersama para sahabatnya sangatlah hiba.Umar tidak mempercayai Nabi telah wafat.Aisyah bungkam menahan kesedihan kerana suami tercinta telah pergi menemui Al Khaliq.Abu Bakar merelakan pemimipin itu pergi.Dan butir bicara nabi ketika itu hanyalah tidak lain dan tidak bukan,
Ummati..Ummati..Ummati..
Dan tidak aku tinggalkan kepada kalian semua kecuali dua perkara,hendaklah kalian berpegang teguh akan keduanya,iaitu,Al Quran dan As SunnahNya..
Kini,beribu tahun lamanya Rasullullah pergi meninggalkan kita.Baginda pergi selama-lamanya.Nabi Muhammad penutup segala nabi.Tidak ada lagi nabi selepas baginda.Bagaimanakah kita menjalankan agama islam?
Adakah sebaik seperti mana nabi mengurus dan mentadbir?Bagaimana akhlak kita?Adakah sama mengikut acuan akhlak baginda?
Dan islam itu datang dalam keadaan asing dan akan menjadi asing semula.
Semoga bemanfaat buat diriku dan jua dirimu.
Waallahu ‘ alam.
QalamQudus92.
11.32P.M,Rabu,
Teratak kasih 5A.